Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, April 1, 2010
Review 112: Demi Kasih Ini by Hasreeyati Ramli
Demi Kasih Ini
Penulis: Hasreeyati Ramli
Terbitan Alaf 21
RM16.00
334 mukasurat
"Cinta itu amat sukar dimengerti walaupun sesudah bersatu hati"
Hasreeyati Ramli adalah nama lama dalam alaf. 'Atikah' ternyata menarik perhatian ramai pembaca sejak dulu lagi. Dalam kisah yang ni memang lain dari karyanya yg pertama. Rasanya yg ni i prefer better
la daripada 'atika'.
Kisah ini bermula dengan kisah rumah tangga riana & mukhriz yg mula berantakan setelah beberapa tahun bersama. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata. Mukhriz berubah sikap dan cepat marah, riana terdera dari segi fizikal dan mental. kehadiran orang ketiga
meruntuhkan rumah tangga mereka.
kepercayaan riana kpd lelaki sudah tiada utk dijadikan suami. Dia memelihara persahabatnnya dgn Rafael. Walaupun Raf melamarnya, Riana menolak kerana tak mahu persahabatan yg dibina musnah bila berkahwin
nanti. Kehadiran Mukhriz yg merayunya utk kembali setelah dia mula menerima Raf meletakkan dirinya dlm keadaan dilema. Desakan anaknya Anis utk menerima semula Mukhriz menjadikan Riana serba salah. dia masih ingat siksaan yg diberikan oleh Mukhriz. Tetapi kemudian dia setuju menerima Mukhriz sbb Mukhriz tu sakit dan dlm keadaan kritikal. Dia menjaga Mukhriz hingga di saat dia menghadapi kematiannya. Raf mencuba nasibnya buat kali kedua dan cuba menanam
keyakinan Riana terhadap dirinya. well the story ends with a big kenduri kawin.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya. Benarkah?
Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeterai dengan ikatan. andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggi lagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiada apa yang bisa mejadi galang ganti.
Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satu demi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora. Tembelang pecah, retak menanti belah. Konflik demi konflik mencabar
keimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa.
Saat itu, dunia Iriana bagaikan mahu runtuh lagit menjadi gelap dan bumi bagaikan mahu retak. Sekian lama bersabar, akhirnya dia nekad. nekad utk mengembalikan harga dirinya, di atas nama sebuah
kesetiaan. Mungkin salahnya juga selama ini terlalu lurus bendul. Terlalu alpa, hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya dia terluka sendiri.
Begitu pun, atas nama kasih... sengketa ini bukan penamat kisah. sebaliknya, gelora cinta baru saja bermula. dan di saat inilah terdetik di hati Iriana, pesanan orang tua wajar dipertimbangkan. Sebelum menggangguk sudi menerima lelaki, sematkan di hati bahawa percintaan itu ibarat percaturan, terlalu byk rintangan yang tidak disangka akan terjadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment