Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, April 1, 2010

Review 114: Rantaian Cinta by Kusyi Hirdan

ni aku post baik semula review2 buku2 kusyi hirdan yg aku dah pernah post di yahoogroup dan multiply :).


Rantaian Cinta by Kusyi Hirdan
Terbitan NHF Media
RM12.00
299 muka surat


"Kau tanya aku, antara gadis-gadis di sawah itu siapakah yang pemalu? Akulah yang lebih pemalu!"


Kisah Ami yang cintakan sahabat pena (Mazlan) yang 6 tahun (mungkin lebih) lebih tua dari dirinya yang baru lepas SPM. Sahabatnya, Amir menyintai dirinya. Pertemuan dgn Mazlan melerai rindu dendam tetapi mereka hanyut dalam arus nafsu. Pada ketika itu Mazlan tdk dapat berfikir, dia lebih mementingkan maruah dirinya. Ami mengandung, keadaan dirinya yang masih muda dan naif menjadikan dia buntu. Amir mahu mengahwininya tapi tak lama selepas itu Ami keguguran. Ami berdegil mahu berkahwin dgn Amir walaupun Amir disahkan ada barah otak.


10 tahun Lan mencari Ami. Ami yang ditemui semula sudah keras hati dan tidak seperti dulu. Ami pernah dipinang Ika utk DAto' Malik, suaminya sendiri bagi mengganti dirinya sebagai ibu kepada anak2nya, namun Ami menolak. Ami mahu terus dirantai dgn cinta Amir, namun kehadiran warkah usang dari arwah Amir utk Mazlan melembutkan hati Ami utk menerima Mazlan.


Gaya penceritaan yang sekata, tiada naik turun. Tak terasa climax cerita di mana dan tak dapat nak kongsi kesedihan Ami. Walau bagaimanapun saya rasa isi cerita ini menarik. Saya sangat2 mahu berkongsi kesedihan Ami, mahu menangis bersama-sama Ami, namun 'rasa' itu tidak sampai dan saya sekadar membaca sekali lalu.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Pelbagai perkara berlaku pada Ami. Kerana usianya baru belasan tahun, masih hingusan, dia rasa sang lelaki yang dicintai mengambil kesempatan. Namun dia kesal, semua terjadi kerana salahnya sendiri - berbohong dgn orang tua.


Dia membawa diri pada yang lebih mencintainya. Diharap itu penyelesaiannya, pengakhir kisah dukanya. Tetapi semuanya baru bermula. Dia dirantai kenangan, cinta dan rasa bersalah. Dosa yang menghantui, walau saban hari dia bertaubat, dia gagal utk lupa.


Dia bukan lagi seperti dulu, bukan lagi gadis ceria yang manja. Sepuluh tahun menjadikannya wanita perahsia, menyendiri dan pendiam. Dirinya masih dihantui kenangan, setiap malam mimpinya berganti-ganti. Dua-dua mengikatnya pada kenangan lalu. Terus merantainya. Adakah lagi bahagia?

No comments:

Post a Comment