Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, December 1, 2011

Review 588: Sentuhan Kasih by Halina Kamarudin


Sentuhan Kasih
by Halina Kamarudin
Terbitan iBook Publication
RM21.00
540 mukasurat


"Ayu wajahmu menerbitkan rindu yg syahdu, Sentuhan kasih mu melenakan tidurku dan kupasti engkaulah kekasihku.."

Antara buku yang paling susah nak dapat di pasaran. mungkin sebab buku ini tidak diterbitkan dgn kerap kot. Saya tak pasti apa yang menyebabkan rasa tak puas hati bila membaca buku ni. Kisah yang disampaikan agak menarik, kisah perkahwinan 2 anak muda yang diaturkan keluarga. Razif sudah ada pilihan hati, tapi ikut pulak pilihan keluarga. Razif kecewa bila kesetiaan cintanya pada Anita punah setelah Anita terkantoi memadu asmara dgn lelaki lain. Lepas tu barulah dia mula menumpukan perhatian pada Syahira. Kemarahan pada Anita menyebabkan dia terlanjur kata menghalau Syahira keluar dari rumah. Syahira membawa diri dan Razif kehilangan Syahira. Pertemuan dgn keluarga baru membawa Syahira ke kota London. Setelah 4 tahun, Syahira kembali. Razif nekad mahu memikat kembali isterinya tapi Syahira pulang bersama sepasang anak kembar yang comel.

Saya rasa latar cerita yg begini mampu memikat pembaca.. tetapi gaya penyampaian kurang berkesan dan agak kelam kabut. Kadang2 seperti tiada 'rehat' penceritaan yang bertimpa-timpa dan terlalu pantas. Saya rasa cerita ini akan lebih menarik sekiranya susunan bahasanya diperkemaskan. apa2pun citer ni adalah antara cerita favourite penggemar2 novel genre 'cinta selepas kawin'.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Razif merasakan telah berputik bunga-bunga kemesraan dalam rumahtangganya yg dulunya hambar. Syahira mula menunjukkan sifat manjana kepada Rzif, namun dua malam lepas Razif merasakan Syahira takut mendekatinya apabila dia berada dalam bilik mereka. apa yg pasti, Syahira hanya akan masuk ke bilik untuk tidur, itupun apabila dia pasti Razif telah tidur lena.

Syahira berbuat demikian utk menyelamatkan dirinya drpd Razif. Kalau boleh dia tidak mahu perkara yg sama berulang lagi. Dia belum bersedia sepenuhna, apatah lagi keputusan STPMnya belum diumumkan. Walaupun menjadi isteri dia telah bersedia namun utk bergelar ibu dia perlu berfikir panjang kerana perjalanan utk mencapai cita2nya masih jauh lagi. walau apapun, dia ingin ke peringkat yang lebih tinggi , itulah hasrat yg tidak pernah padam dari dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment