Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, December 1, 2011

Review 594: Umairah dan Kuda Putih by Kusyi Hirdan


Umairah dan Kuda Putih by Kusyi Hirdan
Terbitan PTS One
RM15.00
211 mukasurat


Tengok cover memang orang akan menganggap ini buku kanak2. Penyampaian cerita ini mudah tetapi matang. Skopnya tidak terhad utk kanak-kanak sahaja kerana jika dilihat dari segi isu yang diketengahkan adalah sangat dewasa tetapi fokusnya adalah kesan kepada seorang kanak-kanak. Watak utama kisah ini adalah seorang kanak-kanak perempuan. Ia lebih kepada kisah kemasyarakatan, kasih sayang. Kisah ini tidak hanya mensasarkan pembaca kanak-kanak. Konflik yang timbul sangat realistik dan benar berlaku di sekitar kita. Part kuda bercakap tak ler. hehe.


Umairah seorang anak kecik yang terbiar apabila ayahnya menyibukkan diri dgn kerja-kerja ladang dan ibunya pula mengalami gangguan emosi setelah kematian anak bongsunya. Umairah tabah menjaga kbajikan ibunya dgn bantuan neneknya. Masa lapangnya dihabiskan di ladang kuda milik Datuk Merah (tempat ayahnya bekerja) yang membawa kepada pertemuan Umairah dgn Putih, seekor anak kuda. Persahabatan mereka unik dan mereka saling memahami pertuturan masing2. Org lain yg melihat Umairah besembang2 dgn Putih membuat tanggapan yang Umairah tidak siuman terutamanya Hamdan, anak saudara Datuk Merah yang bimbang harta kekayaan bapa saudaranya akan berpindah ke tangan Rusdi dan anaknya Umairah yang sangat disenangi Datuk merah. Hamdan menyebarkan fitnah yang ditokok tambah demi memburukkan lagi reputasi Umairah dan bapanya. Tiada ibubapa yang mahu anak2 mereka bersahabat dengan Umairah, kecuali Jaja yang mempercayai Umairah dan suka berkawan dgn Putih. Tetapi fitnah Hamdan mengganggu hubungan erat mereka. Tak sangka lah pulak yang Rusdi tu sebenarnya anak tiri Datuk Merah kerana nenek Umairah pernah berkahwin dgn Datuk Merah, lagi mudah la Hamdan nak buat Datin Mariah jeles.


Kematian nenek membuatkan umairah kecewa dan menyedarkan Rusdi betapa dia telah mempersiakan anak dan isterinya. Dia kembali dgn semangat baru. Tetapi Hamdan sudah mula menghasut isteri Datuk Merah sehingga menyebabkan Rusdi meninggalkan ladang dan berhijrah ke tempat lain yang menawarkan pendapatan yang lebih lumayan.


Bukanlah novel yang menepati selera saya tetapi cerita ini penuh pengajaran dan mengalir juga air mata masa baca part Putih mencari Umairah dan juga di saat ibu Umairah pulih dari depressi nya.


Sebenarnya kelebihan Umairah boleh bersembang dgn kuda ni bukannya kali pertama dalam keluarganya. Bapanya jga mempunyai keistimewaan ini. Sekali sekala dia mendengar suara Putih menjerit memanggil Umairah terutamanya apabila berlaku kecemasan.


Kisah Umairah ni akan jadi bersiri jugak ke macam Siri Kembara Hafiz? :) Kak Kusyi, thanks ya for Urana Exhan & Umairah dan Kuda Putih ni. Karya2 ini membuka mata saya utk mencari karya2 PTS yang lain :) thanks so much sbb sudi jengah2 kat sini :)



sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


"Umairah... Umairah, bangunlah!"
Tubuh Umairah tidak juga bergerak.
"Umairah! Umairah! Janganlah tidur lagi. Ayah kamu sudah pergi, bangunlah!"
Muncung Putih menolak lembut kaki Umairah. Umairah masih tidak sedar.
Putih makin risau. Adakah Umairah sakit kerana ditimbus jerami tadi? Ataupun Umairah sudah mati? Putih memanggil tanpa henti.


Akhirnya Putih putus harapan.

No comments:

Post a Comment