Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 6, 2011

Review 615: Demi Cinta Khisa by Abot


Demi Cinta Khisa by Abot
Terbitan Pekan Ilmu Publications
Cetakan pertama Tahun 2005
RM22.90
402 muka surat
isbn: 9789832567745


Aku dah pernah baca karya Abot sebelum ni, tajuknya 'Cinta Gonie' kalau tak silap. Cerita Demi Cinta Khisa ini mempunyai label 'novel remaja' di hadapannya. Bab pertama sahaja sudah membuat aku rasa kurang senang kerana babaknya sudah menceritakan tentang pandangan berahi dan juga kucup kucup. Aduih. Hmm tak sesuai rasanya bacaan begini disasarkan kepada golongan remaja. Tambahan pula, terlalu banyak dialog yang kasar sehingga aku agak kurang selesa membacanya. Mungkin realitinya memang ada orang bercakap dgn kawan2 yang dipanggil bodoh, bengong dan lain2 yang sewaktu dengannya. Kisah seks bebas, mabuk2 turut diceritakan dengan jelas dalam kisah ini. Agak tidak sesuai utk bacaan remaja rasanya.


Apa2pun memang menarik mengikuti perjalanan kisah hidup Yuslin, gadis tomboy yang masih bersekolah dan meminati muzik. Dia juga menyanyi utk sebuah band. Kakaknya bergaul bebas dengan rakan2 sehingga hubungan intim sudah menjadi terlalu biasa buatnya. Yuslin berbeza dari kakaknya dan pandai menjaga kehormatan diri. Yuslin sudah lama memendam perasaan kepada ketua bandnya, Khisa. Dia sentiasa cemburukan Jenny yang berjaya meraih cinta Khisa. Jenny-Khisa sudah lama menjalinkan hubungan terlarang dan Yuslin memang tau tentang hal ini namun dia terus menyintai Khisa dari jauh. Rasanya Yuslin ni syok kat Khisa sbb Khisa tu handsome macam salah seorg penyanyi F4. Kalau dari segi perangai rasanya mamat tu memang out.


Kemuncak cerita terletak di bab2 terakhir. Semasa Yuslin menghantar Khisa yg sedang mabuk pulang, Khisa telah meragut kehormatannya. Khisa tidak sedar kejadian itu dan Yuslin bertindak mendiamkan diri. Tetiba saja terbongkar wasiat bapa Yuslin yg mahu Yuslin berkahwin dgn Khisa. Yuslin serba salah dan Khisa kebingungan. Khisa hanya mengesyaki yang dia meragut kehormatan Khisa apabila menjumpai t-shirt Yuslin tapi Yuslin tu tak mengaku. Tak tau lah kenapa dia buat camtu. Bagaimanapun rahsia terbongkar melalui kakak Yuslin dan rasanya perkara itu sudah cukup utk membuat Khisa rasa bertanggung jawab dan menerima utk melaksanakan wasiat bapa Yuslin. Tapi part tu tak diceritakan lagi kerana bersambung dalam Demi Cinta Khisa2 yang aku pun tak baca lagi :) hehe.


Selain dari itu ada juga watak Rizz yang positif dan keluarganya menarik perhatian Yuslin lalu membuatkan dia menginsafi diri yang sudah lama meninggalkan tikar sembahyang. Kakak Yuslin, Yusra pula sudah mula tertarik dgn anak angkat arwah ayah mereka, Syariman.


Part tindakan Yuslin yg merahsiakan tindakan Khisa meragut kehormatannya tu mengingatkan aku kepada satu lagi buku terbitan Pekan Ilmu Publications yang bertajuk "Semalam Yang Berlalu" yg diterbitkan pada tahun 2008. dalam buku tu kesucian Afira diragut Aidil yang sedang mabuk setelah Afira menghantarnya pulang. Afira juga bertindak merahsiakan kejadian itu daripada Aidil seolah-olah utk menyembunyikan kesalahan Aidil.


sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:


Cinta Khisa adalah impian.
Kenyataan pula bagai bermimpi sekejap hari
dia bisa memandang cinta Khisa dari jauh
Umpama merenung langit cantik di tepi pantai
bersandarkan persahabatan isi dan kuku,
rela padamkan perasaan manis
Tepuklah, tamparlah, guraulah, makilah sekasar mana,
itu tanda cinta Khisa.
Dia akan berdiri di situ
tetap berkorban jiwa dan raga
hanya wasiat bisa merubah segalanya
bisa buat khisa menoleh meneliti cintanya
Persoalan pula, bersediakah dia membuka
serkup cinta diamnya? beranikah dia Demi Cinta Khisa?

No comments:

Post a Comment