Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 6, 2011

Review 617: Sandaran Hati by Aini Marisha


Sandaran Hati
by Aini Marisha
Terbitan Alaf 21
RM 18.00
480 mukasurat
isbn: 978-983-124-368-8

"Tanyalah hati ini dan ketahuilah... penantianmu ada penghujungnya"


Dah lama tengok buku ni dlm senarai queue utk aku membacanya.. haha.. dahsyatkan? sampai kena buat queue. kalau tak makin byk la buku lama yg aku tak baca. Akhirnya aku capai jugak buku ni.


Awal-awal cerita aku rasa agak kurang lancar dan dialog2 kurang convincing. Memandangkan mood membaca aku tengah bagus aku berjaya melepasi separuh novel ini. Amazingly, selepas pertengahan cerita, Aini Marisha mendapat rentak dan memanipulasi chemistry Amalia-Farhan dengan amat baik dalam kisah ni. Sebu dada biler cinta mereka membuak-buak tapi jodoh Farhan dengan orang lain. Memang terasa-rasa rontaan jiwa Amalia-Farhan ni yang saling memendam perasaan kerana masing2 pernah menyuarakan penolakan apabila dicadangkan supaya berkahwin pada mulanya. Tapi biler dah lama2 tu diorang jatuh cinta dalam diam dan serba salah pulak nak mengaku.


Raihana yg sudah lama mengidamkan Farhan sbg suami memasang perangkap dan menuntut janji dari Farhan. Farhan mulai sedar, dgn Raihana dia mengikut kehendak nafsu semata-mata tapi dia ni jenis menjaga adab pergaulan lah. Tapi kehadiran Amalia mendorong dia utk melihat kecantikan dari sudut yang berbeza, yg melibatkan jiwa, emosi dan perasaan.


Ending yg membuatkan kita tersenyum puas :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.


Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.


Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.


Puas berdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.


"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

No comments:

Post a Comment