Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, December 1, 2011

Review 587: Jibam by Ujang


Jibam by Ujang
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
RM11.90
186 mukasurat

"Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti."


Antara novel yang paling banyak direkemenkan untuk dibaca. So sebaik saja nampak buku ni, memang saya tak fikir panjang, terus jer capai dan baca. Kisah yang menghibakan seorang anak yang kurang akal namun mencuit hati. Jengkelnya saya mengenangkan Jibam yang diusik dengan kata2 berbaur penghinaan hanya kerana keadaan dirinya yang tidak sempurna. Kisah ini sebenarnya sarat dan serius, cuma nature Jibam yang menimbulkan insiden-insiden yang melucukan. Pak Ngah Sudin lelaki yang amat kejam kerana sayangnya pada harta dan anak telah menjadikan dia tamak hingga sanggup menggunakan tangan sendiri untuk meragut nyawa orang yang tak jemu-jemu menabur budi padanya walaupun di saat-saat akhir kematiannya.


Budi itu tak pernah mencuit naluri kemanusiaan Pak Ngah Sudin. Keluarga Suman dizalimi dalam diam. Dia menjadi api dalam sekam. Kehadiran Jibam sentiasa membuat dia rasa terbakar dan kadang2 dia terasa seperti Jibam dihantar oleh Suman utk membalas dendam. Dia jadi gila biler Jibam yang pernah diketuk sehingga luka terbelah di kepalanya tiba2 kembali ke rumahnya sambil tersengih-sengih seolah-olah tiada apa yang berlaku! Pak Ngah Sudin dihantui kesilapan lalu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Airmata adalah teman yang tidak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.

No comments:

Post a Comment