Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 6, 2011

Review 616: Kuusir Lara Ini by Aminah Mokhtar


Kuusir Lara ini
Penulis: Aminah Mokhtar
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM14.00
330 mukasurat
isbn: 9789831243220


"Derita dan sengsara itu memberi makna dan warna di setiap liku kenangan"


Amazingly aku boleh hooked baca buku ni sampai ke muka surat terakhir. Mungkin sebab keadaan semasa yang byk diceritakan dlm buku ini contohnya keruntuhan aqidah di sekitar kita dan juga kesengsaraan saudara2 Islam kita di Palestine.


Novel ini lebih merupakan rintihan penulis melalui watak Nilam yang melihat sendiri robeknya pekerti muda mudi yang keluar masuk hospital tempat praktikalnya. Tak ketinggalan juga si tua bangka yang meragut masa depan pemudi-pemudi yg bakal menjadi tiang negara. Buku ni membuat aku berfikir. Selamatkah lagi persekitaran kita? Yang nampak baik tak semestinya baik, berkopiah, bertudung litup pun tak malu melakukan dosa. Yang kerosakan dalam negara, penulis byk menceritakan masalah maruah anak2 muda yang tercemar akibat pergaulan bebas dan desakan nafsu yang tak mahu dikawal. Byk realiti yang dikisah dlm novel ni yg membuat kita turut susah hati memikirkan nasib masa depan negara. Mcm mana la jadi negara yang bakal dipimpin oleh generasi rosak seperti ini. Barakah yg kita perlu semakin nipis, dan sekarang ni pun macam dah tak kelihatan.


Membaca novel ni membuatkan aku teringat pada suatu situasi yg aku saksikan sendiri. Walaupun bukan secara keseluruhannya tapi aku rasa aku tau keadaannya masa tu. Hari Jumaat yg semakin senja, selepas solat kat stesen ERL Bdr Tasik Selatan, aku seretla beg balik kampung melintasi jejantas yg merentasi rel KLIA Transit/ekspress dan KTM Komuter. Semasa menghampiri bhg tengah jejantas langkah laju aku jadi perlahan sbb ternampak sorang budak lelaki ber T-shirt dan jeans serabai. Nampak jenis kaki sidai tepi2 jambatan sambil mengorat awek2 yang lintas depan diorang. Mamat tu aku tengok menunduk sambil menguis apa ntah dgn ujung kaki. Sesekali dia menoleh ke belakang memerhatikan kawannya yg sdg mendengar seorg gadis bertudung sopan bercakap. Terdetik hati aku. "eik? mamat mcm ni dating ngan awek yg nampak mcm ustazah?" Aku agak kurang senang memikirkan gadis mcm tu nak berborak borak ngan pakwe kat tepi jejambat Maghrib2 mcm tu. Nyesal aku berprasangka pada gadis tu. Rupa2nya dia bukannya berdating ngan orang tu. Dia tengah bagi tazkirah free kat mamat tu yang terkulat2 tapi tersengih sinis sambil menjeling kawannya yg berdiri tak jauh dari dia. Gadis tu membahasakan dirinya 'akak' semasa berceramah dgn budak tu. Kalau tak salah aku dia menegur budak tu sbb buat bersiul-siul sambil nak ngorat tu lah. Mentang2 awek tu jalan sorang, diorang berani lah kot nak kacau. Tapi aku risau jugak sbb diorang berdua, gadis tu sorang so aku berdiri la tak jauh dari situ kot2 la diorang nk blasah pompuan tu ker apa, bleh gak aku tolong jerit mintak tolong.. hehe. Aku tak dengar la apa dia tu ckp masa dok tunggu tu. biler aku tengok org makin ramai aku pun blah la dn menyambung perjalanan ke Puduraya. bila fikir balik risau jugak memikirkan perempuan tu. kang nanti kena dia tertegur atau terceramah kat orang yg jenis tak dengar ckp dan melawan. Mcm mana? dah la dia sorang2.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Terkesan dengan ranjau yang diharungi remaja di bumi bergolak, Baghdad dan Baitulmuqaddis, Nilam seorang jururawat pelatih mencari akar remaja bangsanya di sebuah hospital, Kuala Lumpur.

Bersama MUAZ, TARIQ DAN SHUHAIBA anak-anak mangsa perang dan rakan sepengajian di Universiti Ukhwah Antarabangsa membantu melunasi hutangnya pada negara-negara Islam yang dirundung malang, mencari dana membantu anak-anak mangsa perang dan mencari penyelesaian emosi dan sokongan anak-anak mangsa pembangunan teknologi.

Bersama ABANG HAN yang penyayang dan MIRUL yang dinamik, anak-anak yang ditinggalkan ayah akhirnya menemui kehidupan yang berperibadi di bumi yang mewah dengan aman. Projek BUKAN DOSA BANGSAKU dijalankan untuk merawat penyakit anak-anak remaja di Kuala Lumpur supaya berjaya merealisasikan impian berkat kekentalan semangat anak-anak yang cintakan sebuah negara sakinah dan berjaya mengharungi ranjau kehidupan.

KUUSIR LARA INI merakamkan pahit getir anak-anak remaja Islam dunia menghadapi golak dan olak dunia mencari jati diri yang lebih bermaruah. Akan terusirkah lara itu?

No comments:

Post a Comment