Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, December 5, 2011

Review 605: Akhirnya... by Zanariah Abdul Manan


Akhirnya... by Zanariah Abdul Manan
Creative Enterprise Sdn. Bhd
cetakan pertama 2008
RM18.90
383 mukasurat
isbn: 9789838938471


"Bagaimana lagi harus aku terangkan padanya... cintaku hanya satu dan yang satu itu sudah kuberikan padanya..."


Lagi kisah dilema cinta seorang wanita. Kisah ini berputar-putar dalam skop yang sama membuatkan terasa seperti sengaja dipanjang-panjangkan. Buku ini mungkin lebih menarik sekiranya ianya lebih nipis ataupun lebih mengembangkan kisah2 sampingan seperti kisah Salina-Zahid, Salina-Jamal atau suzy-fikri, Suzy-zahar. Zalia-Adzim dan Zalia-Amirul dan Zalia-Adzim-Amirul terasa seperti beating around the bush.. pusing2 situ jugak. SElepas selesai baca novel ni barulah saya menyemak sinopsis dan apa yg diceritakan di kulit novel ini adalah everything you need to know dlm kisah ini dari mula ke akhir. Pembaca tidak diberi jawapan tepat mengenai siapa pilihan Zalia tetapi senyuman Zalia mungkin sudah cukup untuk menunjukkan siapa yg dia mahu.


Bagi saya, saya rasa tak kisah Zalia pilih siapa. Jarang sekali kalau baca kisah dilema cinta seperti ini yg tiada favourite, selalunya saya akan ada juga berkenan salah satu watak yg saya rasakan baik utk heroinnya. Penulis tidak pilih kasih ke atas watak lelaki2 yg ada dalam senarai pilihan Zalia (Amirul & Adzim). Kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan dan Zalia memang sukar membuat pilihan.

Amirul - dia ni lelaki kaya yg baik tapi terlalu menunjukkan kasih sayang. Mesti nak belai, nak sentuh, nak cium. Kelebihan Amirul adalah dia mempunyai keluarga yg kaya raya dan tidak memilih darjat.
Adzim - rasanya dia ni lebih gentleman tapi ibunya memilih darjat, so mcm biasalah pilihan ibu yg kaya2 tentulah bakal menantu yang sexy dan ngengada.


Bagi saya kisah ini adalah happy ending walaupun yam yg terlebih dahulu membaca kisah ini seperti tidak puas hati dengan ending sebegitu.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Kata org, cinta itu perlukan pengorbanan. kata2 itulah yg sering ditiupkan ke telinganya sejak kecil. Kata2 yg sekadar angin lalu di cuping telinga. Dia tidak pernah menghadapinya hinggalah dia berkenalan dgn adzim dan Amirul. Dua lelaki yg bermula dari pangkal nama dan latar belakang keluarga yg sama, namun berbeza dari segi rupa dan peribadi. Kedua-duanya dikenali dlm masa yg hampir sama.


Dia menyintai Adzim kerana nama itu yg terdahulu menduduki takhta hatinya. namun kehadirannya tidak diterima di dalam keluarga itu lantaran perbezaan darjat yg memaksa dia melupakan semua impian yg telah dianyam secara sedar.


Tika hatinya luka berdarah, amirul kembali hadir membebat luka. Lelaki yg dianggap sbg abang pada mulanya telah berupaya menjadi teman, sekaligus penghuni hati setelah dibelai dgn keprihatinan lelaki itu. Perasaan yg sama-sama dibajai itu akhirnya merimbun segar menjadi kuntum-kuntum cinta yg mekar mewangi.


Namun saat cinta itu ingin disimpulkan di singggahsana abadi, Adzim kembali hadir menuntu janji kesetiaan. Kali ini bersama izin restu siibu yg telah kembali sedar bahawa cinta yg abadi tidak mungkin bisa dipisahkan. Tegakah Zalia membuat keputusan hati siapa yg harus dilukakan?

No comments:

Post a Comment