Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 7, 2011

Review 629: Ada Cinta by Rina Farizq


Ada Cinta by Rina Farizq
Terbitan Kaki Novel
Cetakan pertama Tahun 2009
RM18.00
sabah/sarawak RM21.00
411 mukasurat
isbn: 978975067174

"Cinta itu indah bagi yang mengerti,
namun ucapkanlah walaupun sekali...
agar hati tidak keresahan lagi."


Untuk menerima kisah cinta dengan background begini mungkin memerlukan minda yang terbuka. Ini dalam genre kisah cinta selepas kahwin.


Faktor terbesar utk membuat kisah cinta antara pasangan yang jauh perbezaan usia (lebih 20 tahun) adalah cara garapan penulisnya. Kerana saya pernah membaca kisah background begini (kisah tak samalah, kisah cinta antara 2 insan yang mempunyai perbezaan umur yg besar) tetapi sangat menarik dan meruntun perasaan. Satu tindakan yang berani dari penulis baru ini kerana menjadikan plot begini sebagai karya pertamanya.


Kisahnya tentang Qazrina yang masih bersekolah tetapi terpaksa bertunang dgn Danish kerana bapanya mahu merapatkan silaturrahim dgn sahabatnya, Azhari, seorang duda hensem. Mustakim mahu Qasrina mendapat keluarga yang menyayanginya dan dia percaya yg Azhari dan anak bujangnya, Danish dpt menjalankan tanggungjwb itu.


Danish menerima walaupun keberatan. Lama kelamaan kedua-duanya saling menerima. Ibu bapa Qasrina meninggal dunia dlm sebuah kemalangan dan Qasrina disingkirkan dari rumah mewahnya oleh ibu dan bapa saudaranya sendiri. Azahari dan Danish bertindak melindungi Qasrina. Namun perangkap yg dipasang oleh ibu saudara Qasrina, Zaila, (agar anaknya Mukhriz ditangkap basah dan terpaksa berkahwin lalu boleh lah dia membolot duit insurans Qasrina) tidak berjaya kerana Azahari yg tertangkap ketika bersama-sama dgn Qasrina. Danish hilang kepercayaan pada ayah sendiri dan tunangnya. Untuk menutup malu, Azahari berkahwin dgn Qasrina yg baru abis spm. Ntah la.. susah nak terima situasi 'terpaksa' tu sebab perkahwinan tu boleh dielak. Mungkin Azahari tu yang tak nak Qasrina terlepas ke tangan anak nya sendiri? Qasrina pulak tak der la membantah.


Qasrina melanjutkan pelajar ke luar negara. Ketika dia kembali untuk bercuti, hubungannya dgn Azhari semakin baik tetapi sekali sekala bahtera perkahwinan mereka digoncang oleh Danish yg sudah menyesal dan masih menyintai Qasrina yg kini merupakan ibu tirinya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Bermula dengan sebuah tragedi, sebuah kisah cinta tercipta. Dalam Marah dan benci, ikatan yang terjalin menambah sakit di hati. Namun akhirnya hati terpaksa akur, di suatu sudut yang paling dalam, rasa kasih dan sayang tidak dapat dipendamkan lagi.


Namun, bibir tidak mampu mengucapkan kata cinta. Hati tidak tertahan menanggung beban perasaan.


Dia sedar, cinta bukanlah segalanya. Cinta itu terlalu luas pengertiannya. Sebelum menemukan cinta sejati, cintakan Allah adalah kunci utama sebuah kebahagian yang hakiki.

No comments:

Post a Comment