Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, May 10, 2011

Review 379: Surat Ungu Untuk Nuha by Noor Suraya


Surat Ungu Untuk Nuha by Noor Suraya
RM20.00
490 mukasurat
Terbitan Jemari Seni Publishing (JS)


Nama Noor Suraya pada kulit buku ini membuat saya membeli buku terbitan Jemari Seni buat kali pertama. Ni lah baru saya tau eNovel dibukukan. menarik. masa melawat blog kak su saya tengok ada eNovel baru! nanti bleh la luangkan masa menatap eNovel baru tu.


Masa saya baca 'nyanyian tanjung sepi' dan 'rindunya kian membara' kisah cintanya berat dan endingnya memang tak disangka.. saya tak sangka kak su lg best bila menulis santai sebegini dan sarat dengan puitis yang tak melemaskan saya.. ekcili saya ni tak der la reti sangat puitis2 ni tapi kerana menghayati kisah Nuha-Alang ni, memang saya really into the story and suuuuuka sangat cara penulisan yg 'romantic comedy' lah. citer ni kat area 'bagan' ni mencuit gak hati saya sbb bagan tu tempat saya ronda2 dulu la.. naik feri pi balik sana pulau nuh. ha tu dia keluaq tequih cakap kedah!


Kisah Nuha-Alang bermula dari pertemuan yg menimbulkan rasa benci terutamanya di hati Nuha terhadap Alang yang selamba badak. Penampilan Alang yang tak menarik menambahkan lagi kebenciannya. Tapi pertemuan mereka seperti ditakdirkan dan mereka terpaksa bertemu muka setiap hari. Alang yg suka mengusik, Nuha yang tak tahan diusik memang sentiasa menjadi sebab utk mereka berperang. Tapi semua itu secara tak langsung merapatkan mereka, menjadikan mereka saling mengenali hati budi masing2. Hubungan mereka yg ntah apa2 ini teruji bila tragedi menimpa Alang. Nuha makin tak paham dgn hatinya, kekurangan Alang menyebabkan dia semakin rapat dan mesra dengan alang walaupun sesekali dia masih lagi diusik. Alang yang sudah hilang salah satu panca inderanya membawa diri setelah Nuha menolak cintanya. Perpisahan membuatkan mereka sedar, Cinta sudah mengetuk pintu hati, tapi dapatkah mereka bersama? Saat Nuha sudah mula pasti dengan perasaannya, Alang pulak mendiamkan diri. Nuha tahu apa yg patut dilakukan supaya Cinta tak berlalu pergi, tak kiralah Alang pulang dgn lengkap pancainderanya atau tidak.. eceh.. mcm nak tersajak pulak..


dalam buku ni jugak ada memberi updates mengenai Dr Aqmar dan isterinya Dara, serta Dr Kalida yg sudah ada 2 anak dgn Dr. Zainur. Err watak2 ni dari citer Nyanyian Tanjung Sepi! nasib baik dah baca..


sure fine whatever
rinn
tarikh entri ini di novelcinta @ multiply: 24 Jun 2007

Sinopsis belakang buku:


Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar


"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya


Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"


Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?


kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati
dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yg satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemani Nuha menaiki Ekspress
Langkawi ke utara. Perjalanan keretapi pada malam dingin penghujung
2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak
Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak
mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang
mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini
rupa2nya tidak pernah ada 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup
adalah suatu perjalanan waktu!

2 comments:

  1. mla2 bca crita ni kt satu forum tpi bila dah bca mla da jtuh suka kt enovel nie lpas 2 trus cri novel nie nak baca akhirny..al ang mmang puitis sngat dgn sjak2 dia..alang retak sribu n rebus x empuk tetap best ea..tahniah kak suraya

    ReplyDelete
  2. ciknie, kiter baca citer ni versi buku saja. :) memang best. lucu. menarik :) eh, js ada buku alang rebus tak empuk kan? terbitan terbaru. belum sempat lagi nak cari details nya. tapi penulisnya bukan noorsuraya

    ReplyDelete