Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, March 14, 2010

Review 96: Sinar Kasihmu by Mohd Hizam Hj. Ali



Sinar Kasihmu
Penulis: Mohd Hizam Hj. Ali
Cetakan Pertama 2001
Terbitan Creative enterprise
RM15.90
263 mukasurat
9789838934453


"Demi janji arwah ibumu, aku kau peralatkan"


Lembah Bayu sudah berada dalam genggaman Asyikin. Satu projek yg bakal melonjakkan syarikat kecilnya yg diusahakan bersama sahabat baiknya, Ikmal. Kehadiran Muzammil seperti memohon simpati kerana Lembah Bayu milik ibunya yg menyimpan kenangan sgt berharga dlm keluarganya. Asyikin hanyut dengan mainan emosi ciptaan Muzammil hingga Lembah Bayu terlepas dari genggaman. Terlepas ke tangan Muzammil, anak muda yg penuh dengan agenda.


Namun agendanya sedikit terganggu dgn kehadiran Asyikin yg menyentuh perasaannya. Dia tidak mahu terlibat dengan Asyikin tetapi apabila melihat wanita itu dengan lelaki lain, dia jadi cemburu. Dia cuba mencuri hati Asyikin walaupun terpaksa menggunakan anak comelnya, Imran.


ASyikin tak dapat mengelak dari berfikir yg Muzammil cuba memainkan perasaannya dgn lamaran yg tak diduga. Dapatkah Asyikin menolak Muzammil sedangkan dia selalu rindukan Muzammil.


Ikmal ada kisah sendiri. Pada mulanya dia seperti ada hati degan Asyikin. Perkahwinan paksanya dgn Izlynn mulanya tidak diendahkan. Tetapi simpati pada Izlynn berubah sayang. Apa taknya dapat bini model yg lawa tu... dengar kata pulak. Izlynn sanggup tinggalkan kerjaya demi Ikmal. Dia rela mencari bidang lain yg lebih elok utk diceburi. Ikmal jatuh hati pada isteri sendiri. Ikmal pun risaukan keadaan Asyikin dgn Muzammil. Tapi apabila Muzammil sanggup menawarkan agar syarikatnya membantu menguruskan projak Lembah Bayu, Ikhmal spt berpihak pada Muzammil.


Ada beberapa mukasurat yg hilang memang sangat2 mengganggu pembacaan, hampir 10mukasurat pulak tu, dan ada pulak muka surat yg berulang cetakannya. pening pening.


Penceritaan yg biasa2 saja tapi penulis ada cerita yg menarik utk disampaikan tambah2 dengan membayangkan kisah dunia korporat yg serba elegan dan menarik. Walau bagaimanapun perasaan Muzammil diceritakan dgn tidak konsistent dan alasan menyembunyikan status diri dan arwah isteri yg telah meninggal tu seperti tak munasabah.


Apa2pun citer ni happy ending :)


sinopsis/blurb


Tidak ada salahnya membina cinta baru di atas tapak runtuhnya cinta lama. Bersama harapan yg bukan sedikit, dia membina angannya sendiri. Dia ingin berhati waja. Namun ada ketikanya dia lelah menjadi dirinya. Persoalan demi persoalan hanya mampu disimpan. Mengutarakan bimbang persoalan membuahkan persoalan.

2 comments:

  1. salam..sangat sukakan novel ini kerana penulisnya berjaya menonjolkan apa yang selalu berlegar di dalam hati seorang perempuan sedangkan penulis ini lelaki.

    saya kurang minat membaca novel tetapi sewaktu menatap novel yang tidak berapa tebal ini(tahun 2001), saya sanggup tidur lewat untuk menghabiskannya...

    suatu perkara saya belajar dalam novel itu. lelaki ternyata memang lebih suka berahsia berbanding wanita. Wsalam

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing :) nanti bleh la highlight novel2 lain yg menarik lagi :)

    ReplyDelete