Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, March 8, 2010
Review 89: Citra Cinta by Antasya Balkis
Citra Cinta
Penulis: Antasya Balqis (a.k.a Syamimi Aminolah, Dhiya Syakira)
Terbitan Buku Prima
RM15.90
332 mukasurat
PErmulaan cerita yg agak biasa utk kisah2 cinta yg bermula di kolej ni. kebetulan kan? dari zaman sekolah nyer sahabat, mastura later jadi rakan sebilik Suri. then utk menyukarkan keadaan Azlin bekas kawan baik Suri yang merampas kekasihnya Fazrul turut sama belajar di kolej yang sama.. oh, sekali dgn FAzrul pun kat kolej tu jugak, dia dah bertunang dgn Azlin. semua pi longgok situ ha.. Dwen pulak.. haa.. watak dia ni ala2 ali setan.. memang suka memainkan peranan setan utk memporak peranda kan perasaan gadis2 dan mengusik Suri sampai lari lintang pukang kerana sangkanya dikejar hantu! hehe.. memang byk jugak insiden kelakar dlm kisah ini.. bila suri dan dwen menganjak dari remaja ke dewasa, saya semakin senang dgn kisah mereka... tak pening kepala otak sgt..
paling sesuai dibaca semasa tak mahu perasaan kusut tetapi nak baca novel. hujung2 cerita di mana Suri keliru sapa sebenar nya yg pinang dia tu mampu buat saya tersenyum.. hmm teringat pulak kat Eza dgn Azalan dalam ending "Berikan Cintamu".
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Suri, seorang gadis yang cekal dan tabah menghadapi hakikat cinta bersama Fazrul sejak dari bangku sekolah kecundang di tengah jalan. Suri terpaksa akur yg cintanya bersama Fazrul hanya cinta monyet setelah Fazrul ditunangkan dengan Azlin atas kehendak keluarga.
Suri berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej bersama mastura. SEwaktu hari pendaftaran suri telah diganggu oleh seorang jejaka bernama Dwen yang terkenal dgn sikap nakalnya suka mengusik pelajar-pelajar perempuan di kampus.
Cinta pandang pertama telah membuat Dwen terpikat pada suri. NAmun suri tidak menghiraukan. Dwen tidak berputus asa. Demi menawan cinta Suri, dia sanggup mengikut Farouk, abang Mastura bercuti ke rumah Suri.
Pelbagai peristiwa telah berlaku sehingga suri mula menaruh hati pada Dwen. Namun perasaan kecewa tas perbuatan Fazrul masih menjadi kudis membuatkan suri cuba menidakkan perasaan terhadap Dwen.
Keadaan menajdi semakin rumit apabila Suri ditunangkan dgn lelaki misteri bernama Eidwan Khalil sedangkan hatinya masih menyintai Dwen. Fazrul pula muncul kembali setelah ditinggalkan Azlin.
Dapatkah suri menerima Eidwan Khalil sebagai teman hidupnya? Apa pula tindakan Dwen utk menambat hati Suri? Masih adakah cinta suri utk Dwen, lelaki yang tidak jemu2 menagih cintanya?
Labels:
3.5 bintang,
Antasya Balkis,
Dhiya Syakira,
review,
Syamimi Aminolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment