Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, March 8, 2010
Review 84: Air Mata Kasih by Syamimi Aminolah
Air Mata Kasih
Penulis: Syamimi Aminolah (a.k.a Antasya Balkis)
RM25.90
572 muka surat
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
"Meniti batas waktu... ada memori yang tercipta, ada bahagia yang
mampu dilahirkan dengan kata-kata."
Penulis ada kelebihan menulis scene-scene menggambarkan perasaan cinta, flirt yang menarik tapi kesedihan bertimpa-timpan yang ingin disampaikan melalui watak 'Ain' tidak menyentuh hati saya. I expected myself to cry bila baca buku ni especially bila tengok tajuknya.. tapi hingga ke page terakhir, saya tak rasa sedih pun. Any way, the 'Qimi-Ain' interaction tu very interesting, playful and memang rasa
diorang ni 'meant for each other'. Tapi apakan daya, apa daya kuasa insan melawan takdir Tuhan. I think the 'Qimi-Ain' relatinship is too sweet to end up that way. Maybe i rasa mcm tu sebab i'm more into happy ending. Ada jugak buku yang tak happy ending tapi puashati baca contohnya maca 'kasih terakhir' by Fathillah Anas.
Ada sesetengah penulis cerita yang predictible cerita nya tapi pembaca masih buleh menangis disebabkan cara penyampaian yang berkesan. contohnya seperti buku 'Sejernih Wajah Kekasih' by Sri Anora. ceritanya memang predictable betul tapi cara penulisan sri anora mampu meruntun perasaan dan membuat pembaca menangis.
Serba sedikit tentang citer Air Mata Kasih by Syamimi Aminolah ni. Ain dan Qimi pernah rapat semasa zaman kanak-kanak. Atas perancangan bapa Qimi, Ain diambil bekerja sbg setiausaha Qimi. Ain tak kenal Qimi tu, dia panggil bos dia 'Iman' (Iman Haqimi). Qimi versi dewasa ni agak angkuh dan suka menyakitkan hati orang, tetapi kelembutan Ain merubah perangai Qimi.
Mirzan, sahabat baik Qimi yg playboy turut meminati Ain, Qimi tu memang la risau tapi apa hak dia atas Ain utk menghalang, lagipun dia dah ada girlfriend, nama anita. tapi sayangnya pada anita tiada, cuma rasa tanggungjawab ke atas seseorang yg sgt rapat dgn nya. Dia kesiankan anita yg sangat setia tu.
Ain pulak sudah ada Hisyam tapi hisyam tamak, mahu menyintai 2 wanita serentak. Akhirnya kedua-dua mereka bebas dari ikatan tetapi Ain terlalu takut meluahkan perasaan manakala Qimi pulak semakin berani mempamerkan kasih sayangnya. rindu membawa mereka bersama dan mereka bakal bertemu semula tapi takdir telah tersurat. Berapa lama lagi masa yang perlu ain tempuhi untuk merawat gundah di hati?
Buku yang saya baca ni ada beberapa muka surat yang hilang terutamanya masa part ain berjumpa qimi buat pertama kali di rumah qimi. tu la first time dia tau Iman and qimi is the same person..
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Ain begitu merindui 'Abang Qimi'. Budak lelaki yang sering mengusik dan menarik ekor kudanya. Budak lelaki yang sering memujuk kala dia merajuk... menangis semula bila ketawa bertukar sengketa. Putaran masa... Ain membesar menjadi gadis manis; bersama usikan dan sendaan yang mendewasakan. Dihitung pada usia... Ain cuba membayangkan wajah 'Abang Qimi' yang tidak terjangkau dek bayangannya. Kacakkah? Atau seperti majikannya yang mahal dengan senyuman tetapi tampan. Dan rahsia hati disimpan kemas dalam diri... Walau sesekali terdetik jua; ada persamaan yang sesekali melekakan. Selain nama... wajah itu bagai ada ceritanya... misteri tersembunyi antara Ain dan Haqimi. dan benarlah... 'Abang Qimi' adalah orang yang serupa. 'Abang Qimi' ialah
majikannya... yang sering mengusik dan membulinya seperti zaman kanak-kanak mereka dan hati mengapa tiba-tiba bertukar rasa... bertukar bicara... diulit rindu yang entah bila munculnya? Namun 'Abang Qimi'nya hilang semula dibawa angin malah, tanpa pamitan... menjadikan Ain insan kesepian.
Labels:
3 bintang,
Antasya Balkis,
Dhiya Syakira,
review,
Syamimi Aminolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment