Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 8, 2010

Review 86: Suatu Penantian by Antasya Balkis


Suatu Penantian
Penulis: Antasya Balkis (a.k.a Syamimi Aminolah, a.k.a Dhiya Syakira)
Terbitan kaki novel
Cetakan pertama 2008
RM22.00
670 mukasurat
isbn: 978-967-5067-06-8

"Mengenalimu... mencintaimu... duniaku bagaikan dikelilingi warna-warna indah!"


Ni antara buku yang paling banyak mendapat recommendations dari kengkawan. Teruja jugak nak baca. Saya dah pernah baca dua karya Antasya Balkis sebelum ini iaitu Citra Cinta dan Bila Hati Berbicara. Kedua2 mempunyai sentuhan kisah cinta romantis yang menjadi keisitimewaan penulis ini. Kisah Suatu Penantian juga ada sentuhan romantis yang membuai perasaan pembaca. Kisah lelaki kembar yg memuja gadis yang sama. Si gadis sendiri tidak perasan bila si adik mengambil alih tempat si abang yang ada urusan lain. Alis sentiasa mengenang detik2 bahagia dan ceria bersama Zahim dan tidak sama sekali sedar yang ceria itu adalah Zarul, Zahim adalah seorg anak muda yg serius dalam pembelajaran dan menurut kata org tua. Dia jarang berjenaka.


Alis hidup dlm kenangan cinta pertama yang pergi menyahut seruan Ilahi. Bertahun-tahun kemudian, muncul seorg jejaka persis Zahim. Perasaannya kucar-kacir. Cerita2 buruk yang dilambakkan kepadanya oleh Khairil, Ti dan Nini membuat Alis membenci. Elok nak suka jer, dah ada benda yg menjadikan dia benci pada Zarul. Zarul mengambil tindakan nekad utk mengikat Alis dlm hidupnya dan dengan mudahnya Alis terperangkap. Zarul yakin, dalam masa 9 hari Alis akan jatuh cinta padanya. siapa sangka yang Alis terpaksa menunggu lebih sebulan utk mengembalikan Zarul ke dalam hidupnya ;)


kenapa la Alis tak bertanya zarul awal2 tentang dakwaan Ti yg Zarul menggodanya setelah cintanya ditolak? kenapa la alis tak tanya zarul apabila ternampak Zarul dipeluk seorg wanita semasa kawan2 Zarul mabuk? Tindakan Zarul menidakkan dia adalah kembar zahim melambatkan lagi proses segala2nya terurai. Zarul yg dibayangkan sasa tu tak mampu menepis tarikan tangan gadis gatal spt Nini? kalau nak gentleman pun saya rasa tak kena tempat. Tak susah Zarul nak menepis godaan Nini tu yg memang zarul tak berkenan tu. Rasanya kalau dia menepis kata2 Nini depan Alis lebih mudah membina kepercayaan alis kepadanya. Zarul masih nak bersimpati pada Nini yg jelas sudah kehilangan maruah dan harga diri itu mahu memerangkapnya. Namun tindakan kasar Zarul mengilas tangan dan menarik rambut Nini membuatkan saya rasa puas hati lah pulak.


Yg khairil pulak kenapa amik masa yg lama utk meluahkan perasaan pada Alis. Bila alis dah macam syok kat orang lain barulah dia sibuk nak sebar fitnah. Ni jenis baik ada makna ni. Seronok jugak baca part dia kena blasah ngan Zarul.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Zarul... aku umpamakan kau seperti arca yg membalikkan semua kenanganku bersama si dia. Tanpa aku sedari sebenarnya kita yg telah menciptana bersama. Lama aku mengenanginya dgn air mata. Sesuatu telah terjadi kerana tohmahan dan juga kerana kumbang lain yg ingin memiliki diriku, aku diibaratkan kau seperti kisah semalam yg menyedihkan. Aku enggan memilikimu... namun, di suatu hari yg indah aku tiba2 menyedar... suatu penantian yg telah lama menantiku, aku tiba2 telah jatuh cinta kepadamu.

No comments:

Post a Comment