Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, March 17, 2010

Review 100: Soalnya Hati by Nurul Syahida



Soalnya Hati
Penulis: Nurul Syahida
RM15.90
9789833669226
terbitan Buku Prima
339 mukasurat


Akhirnya dapat jugak buku ni :) tema persahabatan yg dibawa dalam kisah ini menarik. Watak utama, Zulaikha adalah seorg gadis yg pernah merampas kekasih sahabat baiknya. Sepanjang melungsuri kisah ini, kita akan lebih mengenali pekerti sebenar Zulaikha. Dia sebenarnya tertipu dgn kata-kata manis Faizal.


Semasa hampir2 bertunang dengan Nurain, Faizal meluahkan perasaannya pada sahabat baik Nurain, iaitu Zulaikha. Zulaikha menyangka perasaan Faizal ikhlas tetapi sebenarnya Faizal buat macam tu supaya dia tak jadi bertunang dan dia mahu Nurain yg memutuskan perhubungan mereka. Peristiwa itu telah menyebabkan Zulaikha kehilangan sahabat yg amat dikasihinya. Nurain terus berpindah mengikut keluarga.


Zulaikha meneruskan hidup dengan a new circle of friends. Salah satu kelas telah menemukan dia dengan Amar Sufian. Jejaka yg kompleks dan sentiasa mahu menyakitkan hati orang lain. Sufian suka membina suasana yg tegang bersama sesiapa juga, termasuklah partnernya, Zulaikha. Zulaikha pada mulanya sakit hati dengan Amar Sufian namun lama kelamaan dia berjaya membaca rentak Sufian dan mereka menjadi sahabat yang pelik tapi serasi.


Sufian sedar hanya Zulaikha yg dapat membaca sikapnya dan sebab itulah dia selesa bersahabat dgn Zul. Sukahati ja Sufian tu panggil dia Zul, tapi Zulaikha saja panggil sufian Su, sampai ramai org ingat Su tu pompuan.


Sufian cuba menarik perhatian bapanya dengan memblasah Faizal. Dia sebenarnya tak ada sebab nak blasah sapa2, so disebabkan Zul pernah menyuarakan keinginan utk memblasah Faizal, Sufian terus menjadikan impian itu kenyataan. Sufian dibuang universiti dan Zulaikha terkejut dgn hasrat Sufian utk ke Afganistan.


Mereka terpisah. Yusrizal muncul dalam hidup Zulaikha. Lelaki yg memilihnya bukan kerana kecantikan tetapi kerana kebijaksanaannya. Namun, alam pekerjaan menjadikan Yusrizal seorg yg sangat sibuk dan kerap menghampakan Zulaikha. Entah berapa kali mereka putus tapi kemudian kembali bersama.


Sufian muncul semula dan mereka mudah menjalin persahabatan semula. Sufian ditunangkan dengan pilihan keluarga dan Zulaikha terkejut dan gembira kerana tunangan Sufian adalah Nurain, sahabatnya dulu. Mereka kembali menjalin persahabatan tanpa dendam. Lagipun Faizal tupun dah kawin ngan org lain.


Persahabatan kali ini membawa perasaan lain pada Sufian. Dia tidak rasa seperti itu apabila bersama Nurain. Zul lebih memahami dirinya berbanding Nurain. Dia memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Zul. Situasi ini seperti meletakkan Zulaikha dalam zon yang sama seperti dulu, Faizal-Nurain dan kini dia jadi org ketiga pula di antara Sufian-Nurain. Sanggupkah dia mengulangi keputusan yang sama seperti dulu? Di suatu sudut, Yusrizal setia menanti, namun Zulaikha takkan la tak serik2 lagi dengan Yusrizal yg selalu mungkir janji sampai Sufian yg terpaksa rela menyamar ganti tempat dia semasa nak jumpa keluarga Zulaikha di hari raya.


Ending mereka adalah satu permulaan yg manis apabila mereka dipertemukan semula di tempat yang kali pertama segala-galanya bermula antara mereka.


Aku kurang puas hati dengan situasi Nurain-Zulaikha. Walaupun tiada sengketa antara mereka, tiada scene yg betul2 meleraikan persoalan di antara mereka.

sinopsis / blurb:


Sahabat umpama bintang di langit yg mampu bersinar menerangi kehidupan. Zulaikha dan Nurain adalah teman karib sejak dari sekolah rendah hingga menengah dan seterusnya memasuki universiti yang sama. Janji dan ikrar mereka sama, sentiasa bersama dan jujur seadanya.


Namun Zulaikha telah melakukan kesilapan besar dan meretakkan hubungan persahabatan yg telah terjalin. Faizal jejaka yg dicintai Nurain telah dirampas oleh Zulaikha dan kini dia telah kehilangan Nurain atas kecurangannya itu. Nurain telah berpindah ke universiti lain.


Kehadiran jejaka bernama Amar Sufian dlm hidup Zulaikha telah mengembalikan semangatnya yg hampir pudar walaupun sikap jejaka itu kurang disenangi. Sedikit demi sedikit mereka mula menjadi teman rapat yg memahami kekurangan masing2.


Tiba-tiba Amar Sufian menghilangkan diri dan sekali lagi Zulaikha dilanda kesepian. Puas sudah dia berusaha menjejaki jejaka itu tetapi gagal dikesan. Pertemuan Zulaikha dgn Mohd Yusrizal Rivera telah mengubah hidup Zulaikha kembali bersinar. Namun kehadiran Yusrizal tidak mampu merubah hati Zulaikha terhadap Amar Sufian.


Beberapa tahun berlalu, Amar Sufian muncul mencari cinta Zulaikha yg dirinduinya. Pada masa yg sama Nurain muncul kembali tanpa rasa dendam terhadap Zulaikha. Zulaikha berasa gembira dan berjanji tidak akan mengkhianati persahbatan lagi. Tetapi janji itu sekali lagi memaksa Zulaikha berkorban kasih.


Dapatkah Zulaikha menempuhinya? Bak kata bidalan Melayu, diluah mati emak, ditelan mati bapa. antara sahabat dan kekasih, Zulaikha dilema memilih antara dua.

6 comments:

  1. 4 bintang untuk nurul syahida lagi :-). Nasib jumpa buku nie masa Popular bookfair hari tu, tak sabar nak baca. Tapi Plain Jane tak jumpa lagi :-(

    ReplyDelete
  2. Plain Jane tu nanti kat pesta buku antara bangsa pwtc mesti banyak tu. :) dengar2nya penulisnya pun akan turut hadir utk memeriahkan lagi pesta tu kat booth buku prima

    ReplyDelete
  3. Rinn, thanks! Selalu tulis yang baik2 about my book! ^^.

    ReplyDelete
  4. Saya kat Kuching - mana dapat g uwaaaa...kalau Rinn baik hati tolong belikan heheh

    ReplyDelete
  5. Shai: urw, thanks jugak utk cerita2 yg menarik :) kebetulan pulak kena dgn taste saya.

    Siti: tak buat trip datang sini ke? hehe. Baik hati? ntahla kadang2 ter 'setan' jugak. muahaha *gelak jahat. emel me ok? rinn.jay.you@gmail.com manala tau kot2 duatiga hari ni saya baik hati. hehe.

    ReplyDelete
  6. Rinn, check email ya. Harap2 dalan 2 3 hari nie Rinn jadi baik hati heheh

    ReplyDelete