Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 8, 2010

Review 83: Plain Jane by Nurul Syahida


Plain Jane by Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
Tahun 2008
RM16.90
351 mukasurat
isbn: 978 983 3669 48 6


"Aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. Aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu"


"Karya terbaru novelis Soalnya Hati"


Antara buku yg aku sambar dalam salah satu pestabuku alaf 21. Sebabnya? banyak betul recomendations dari kawan2 dan juga request review bagi those yang nak tahu mengenai cerita ini. SElepas baca buku nih, baru lah saya tau sebabnya. Nurul Syahida berkongsi rasa dengan cara santai dalam novel ini. Balkis seperti menjadi akrab dengan kita di sepanjang penceritaannya. Kelucuan yg selamba membuatkan kiter tersenyum dan ketawa.


Kis adalah seorang gadis yg biasa2 dan tidak menonjol biler dilihat dalam khalayak ramai. Dialah Plain Jane dalam kisah ini. Bagi orang, mungkin Khir yg bendul itu sesuai utk dirinya, namun Kis tidak mahu membohongi diri. Khir merimaskan. Kemunculan Zaniel membuatkan Kis terkedu. Kenapa jejaka rebutan seperti Zaniel berkenan pada seorg Plain Jane? Sedikit demi sedikit Kis seperti terkeluar dari zon 'Plain Jane' nya dibawa Zaniel. Dia tidak berasa dirinya berubah, tapi dia berasa org2 sekelilingnya berubah. Yang penah membenci dirinya makin akrab pula. Yang pernah mendampinginya seperti menjauhkan diri.


Dalam meredah perubahan Kis lupa, siapa yang berubah sebenarnya. Dia terlena dalam jaga. Seorang Plain Jane sendiri tak pernah perasan yang ada seorg Plain Joe yang menaruh perasaan kepadanya malah sentiasa ada tidak jauh dari dirinya, mamat jiwang pulak tu, huhu... Akan terus hanyutkah Kis meninggalkan dunia Plain Jane nya?


Satu kisah yang membuatkan kita muhasabah diri. Perubahan yang bagaimanakah yang kita mahu? perubahan yang bagaimanakah yang kita perlu? Ada yang mahu mengubah kita dan mungkin ramai yang tidak mahu kita berubah?


Terima kasih Nurul Syahida kerana berkongsi Plain Jane dgn kita :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Maksud saya, kawan2 Ana terdiri daripada gadis2 yg macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.


Kau gila Kis? Esok ada 5 kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.


Kadang-kadang kita perlukan drama dalamhidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa namun bukan untuk ditelan!


Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya Cintakan Awak' untuk memberitahu seseorang yg memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.


Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.



------------------------------
Seorg guru pernah memberitahuku. "Tulislah apa yg kamu tahu." Aku tahu perasaan menjadi gadis yag tidak punya apa-apa kelebihan menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara org lain mendapat tumpuan. Aku tahu bagaimana rasanya menjadi seorg Plain Jane. Namun aku bertuah kerana mempunyai keluarga yg memahami kamhuanku dan mempunyai teman2 karib yg sanggup meredah api utkku. Aku juga tahu bagaimana rasanya tiba2 mendapat sesuatu yang hanya wujud dlm mimpi. Dan aku mahu berkongsi apa yg aku tahu dgn beribu org lagi yg mungkin berkongsi rasa yg sama. Novel ini buat Tn. Haji Kamarudin dan Puan Latipah; satu2nya pasangan suami isteri yang masih menggunakan komik, hikayat rakyat dan cerita seram utk memupuk minat membaca anak-anaknya.
~Nurul Syahida~

No comments:

Post a Comment