Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, March 8, 2010
Review 85: Air Mata Kasih 2 by Syamimi Aminolah
Air Mata Kasih 2 by Syamimi Aminolah (a.k.a Dhiya Syahira a.k.a Antasya Balkis)
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2007
RM28.90
554 mukasurat
isbn: 978-983-893-837-2
"Semakin kita berlari, semakin ia mengejarnya. Semakin kuat keinginan untuk melupakan, semakin kuat perasaan ingin memilikinya semula"
Apa-apapun sebelum mula membaca Air Mata Kasih 2, anda kena pastikan anda dah baca Air Mata Kasih (kira part 1 lah). Saya memang suka sangat buku yang first dulu, cuma endingnya saja buat saya kecewa sebab saya ni kan jenis suka happy ending :). Memang tak sia2 berjaga malam menghabiskan novel kedua ni kerana novel sambungan ini membuatkan novel pertamanya pun jadi sangat best :). Patutla Cik Yam beli sampai dua2 buku sekali gus.
Di akhir Air Mata Kasih dulu Qimi excident dan meninggal dunia sebelum Ain sempat meluahkan kata2 cintanya. Ain kecewa dan walaupun 5 tahun sudah berlalu, dia merasakan Qimi sentiasa ada di sisinya. Dia tak pernah melalui hari2nya tanpa memikirkan tentang Qimi. Dia mahu memulakan hidup baru dan mahu Qimi pergi dari hidupnya supaya dia boleh membina keluarga sendiri. Dia membuat keputusan utk berhijrah ke zon yang lebih sejuk dan meneruskan kerjaya dlm bidang perhotelan. Namun hijrah itu menemukan dia dengan Nazmin Haqimi. Banyak perkara tentang Nazmin Haqimi membuat Ain teringatkan Qimi (Iman Haqimi). Pertemuan pertama mereka, pertelingkahan mereka, segala-galanya menjelmakan Qimi dalam diri Nazmin Haqimi. Nazmin Haqimi seperti menanggung derita yg sama seperti Ain. Banyak perkara yg membuatkan Ain mengesyakki yg Nazmin Haqimi dan Iman Haqimi adalah org yg sama namun Nazmin Haqimi sendiri menidakkannya.
Saya sama2 keliru seperti Ain mengenai status Nazmin Haqimi dan ini membuatkan menyelakkan buku setebal 554 muka surat ni tak terasa masa berlalu dan tak bleh stop lagi tak abis :) Kadang2 rasa mcm org yg sama, kadang2 rasa mcm bukan.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Sesungguhnya Ain tidak mampu memadamkannya dari ingatan. Bagaimana mahu melupakan kerana semua ingatan tentang kita bagaikan tayangan filem yang ditayang berkali-kali! Kisah kita yang bermula dengan perasaan benci tetapi di akhirnya membuahkan kemesraan yang bukan sedikit. Dan waktu yang memisahkan kita sebenar-benarnya telah memisahkan kita untuk selama2nya. Kalaulah semuanya terbentang di hadapan mata apa yang bakal berlaku, tidak ingin rasanya pergi dari sisi walaupun hati diduga umpama belati yang merobek kejam. Dan andai dimiliki semalam, ingin sahaja diubah menjadi hari esok kerana semalam amat menyakitkan!
Labels:
4 bintang,
Antasya Balkis,
Dhiya Syakira,
review,
Syamimi Aminolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment