Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, March 8, 2010
Review 82: Aku Tanpa Cintamu by Dhiya Syakira
Aku Tanpa Cintamu
Penulis: Dhiya Syakira (a.k.a Syamimi Aminolah, a.k.a Antasya Balkis)
Terbitan Nylea Publishing
RM25.90
605 mukasurat
"Kita memang telah ditakdirkan untuk bersama"
First time berpeluang membaca hasil karya Dhiya Syakira. Separuh terakhir buku ini memuat saya baca dgn perasaan membuak-buak ingin tahu bercampur aduk pulak dengan perasaan geram.. mixed emotions tu yg best bila baca. First half of the book agak biasa-biasa hinggalah part Kelly membongkar keapda Raziq di mana Mega berada dan rahsia kewujudan anak kecil bernama Syammer. Memang perfect timing la si Kelly tu nak
buat hal, masa Mega dah mula menerima kehadiran Ben, kelly brought Raziq between them.
Cara penceritaan baik utk sebuah novel, saya suka novel yg buat saya rasa geram. Tapi tak sampai hati nak baling buku ni sbb kulit buku ni cantik :)
Mengisahkan Mega, ibu tunggal yang melarikan diri dari suaminya yg telah menghina dan mencerca maruahnya sebagai seorang manusia. Dia lari dan membina hidup baru melalui kerjayanya. Raziq secara tiba2 menyedari cintanya hanya utk mega walaupun dia terlanjur dgn Kelly. Dia enggan mengahwini Kelly, menjadikan wanita itu seorang yg pendendam terhadap Mega. Mana2 lelaki yg cuba dekat dengn mega akan digodanya sungguh2. Mifzal tewas dengan godaan itu tapi Ben masih setia pada MEga walaupun Mega tak pernah sekali pun membalas kata cintanya.
Saat cinta Ben seolah-olah akan bersahut, Raziq muncul merayu Mega kembali kpdnya demi anak mereka yg perlukan kasih seorang ayah. Bila rayuannya tak diendahkan oleh mega, RAziq menggunakan ibunya (yg benci kat Mega) utk memujuk Mega. Usaha itu berjaya lalu menerima Raziq utk kali kedua. Ben masih berharap.
Mega masih tak dapat melupakan kata2 RAziq yg menusuk mindanya, hatinya. mengutuk keturunannya kerana ibunya pernah menjadi pelacur setelah dipaksa oleh suaminya yg kaki arak dan judi. Rasa cinta buat Raziq sudah hilang. Ternyata Raziq masih meragui Mega walaupun Mega cuba menjadi yg terbaik. Raziq terlalu cemburukan Ben, lalu
mencederakannya (smpai komma tu). ini menjadikan Mega nekad utk melucutkan ikatan dgn Raziq.
Ben pulak tak mahu Mega menerima dirinya kerana kasihan. Dia sudah tak sempurna buat Mega. Tapi kini tiba pulak giliran Mega utk memburu cinta Ben.
sure fine whatever
Rinn
Sinopsis belakang buku:
Ben, aku tanpa cintamu tidak akan sempurna umpama bunga tanpa madu dan wanginya. Sayangnya kita dipertemukan lewat musim kepedihan dan kelukaan yang tak mampu aku ubati sendiri kerana dirinya yang aku cintai. Kau kumbang yang mengekoriku tika aku di penghujung musim kemarau berpanjangan ... lalu jadilah aku bunga yang kelopaknya gugur satu persatu apabila ditiup sang bayu yang hiba. Saat aku titiskan airmata kerana cinta kita, Tuhan seakan memberi jalan kepada kita untuk bersatu selamanya...
Labels:
3 bintang,
Antasya Balkis,
Dhiya Syakira,
review,
Syamimi Aminolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment