Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, June 26, 2011

Review 428: Impikan Mentari by Shahzy Hana



Impikan Mentari
Penulis: Shahzy Hana
Editor: Putri Nur Iman & Mohd Rosdi Mohd Zin
398 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675118555


Semasa membaca bab-bab awal cerita ini aku rasa ada part yang seperti tidak kena dan terburu-buru. Bakal pengantin perempuan sibuk nak balik kampung untuk persediaan akhir tapi bakal pengantin lelaki memilih untuk memadu asmara dengan bakal adik ipar di rumah bakal pengantin perempuan? Apo lah tak kreatif nya si pembuat onar berdua tu. Pilih la tempat strategik sikit.


Kisah ini banyak melagukan kisah sendu seorang Izzati. Hatinya luka parah setelah bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri di rumahnya sendiri. Dia rela melepaskan Fahmy kepada Hanni.


Kehadiran watak Ikhman terasa seperti tiba-tiba sahaja berada di depan mata dan menawarkan cinta. Terasa ada shortcut dan tak terasa bulan-bulan atau tahun-tahun yang berlalu. Ikhman tu pulak rasanya seperti seorg pelajar sekolah yang remaja, bukannya seorang lelaki berkerjaya yang menguruskan sebuah syarikat. Mudah saja dia meninggalkan kerja hanya kerana frust cintanya ditolak Izzati.


Berdasarkan maklumbalas yang aku terima dari sorang dua yang dah mula baca novel ni, ada yang sudah berenti sebelum sampai separuh cerita. Adus ruginya! Aku syorkan korang teruskan baca sampai habis kerana emosi cerita ini sangat menyentuh hati.


Hanni seperti diburu bayang2 sendiri apabila dia sering mencemburui Izzati dgn suaminya, sedangkan dia sendiri yang merampas Fahmy dari kakaknya. Perkahwinan antara Izzati dengan Ikhman melegakan keluarga dan sedikit sebanyak mengelak Izzati dari menjadi mangsa salah sangka adiknya. Perdamaian antara Hanni dan Izzati sangat menyentuh hati tapi sedikit sebanyak aku curiga juga dengan perubahan Hanni yang mungkin menyimpan perasaan dendam dalam diam.


Apabila Izzati disahkan mengidap leukimia, keikhlasan kasih sayang Hanni dan Ikhman terhadap Izzati teruji pada tahap maksima. Ikhman yang di awal cerita cintanya kelihatan seperti terburu-buru dan keanak-anakkan berubah kelihatan seperti cinta sejati yang ikhlas dan matang. Dia setia menemani Izzati yang terlantar dan terserlah sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menyintai Izzati.


Hanni pula memang sudah sedar diri dan tanpa berfikir dua kali dia sanggup mendermakan sum-sum tulangnya demi menyelamatkan nyawa Izzati. Tapi dia sedang sarat mengandung, maka dia tak dapat menderma dengan serta merta. Susur cerita di akhir-akhir kisah ini kelihatan seperti harapan semakin malap; tapi akhirnya terang benderang disuluh mentari :). Ending yang membuat kita menghembuskan nafas lega :)


Cerita ini tak banyak conflict, hanya Hanni dan Fahmy yang menjadi pencetus tragedi cerita. izzati tiada sebarang masalah dengan keluarga mertua atau keluarga mertua-tak-jadi. Dia seorang yang sangat disenangi oleh semua orang.


Penggunaan ganti nama aku yang kadang2 berselang antara Zati dan Ikhman kadang2 mengelirukan. Sekali sekala kena semak awal bab untuk pastikan siapa yang menjadi 'aku' pada masa itu.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis:


Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat Hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba2 Izzati 'dihidangkan' dengan babak bakal suaminya bermukah dgn adiknya sendiri?


Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?


Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.


Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan mengidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?


Impikan Mentari


Shahzy Hana menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?

No comments:

Post a Comment