Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, July 26, 2010

Review 170: Rindu Cintaku by Fauziah Ashari


Rindu Cintaku by Fauziah Ashari
Terbitan Intens Idea

"Cinta ini tak akan terhakis, cuma kealpaan yang mengguris"
"Kesinambungan OMBAK RINDU & CINTA... TIADA AKHIRNYA"

Akhirnya lengkaplah trilogi kisah Izzah-Hariz. Bagi pengikut setia kisah pasangan ini memang wajib aar baca buku ini. Bagi saya kisah ketiga ini agak kurang menyengat berbanding Ombak Rindu dan Cinta... Tiada Akhirnya. Kisah sedihnya juga kurang menyentuh hati seperti OR dan CTA. Bagaimanapun FA berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pembaca melalui watak Izzah yang ingat2 lupa kisah silamnya dgn Hariz. Dia seperti pernah merasa Hariz mengasari dirinya tetapi Hariz yang sedang bersama dgnnya adalah sorang yg sangat romantis dan mengambil berat. Izzah jadi keliru dgn keadaan dirinya dan cuba mencari kebenaran. Muncul juga watak dari Ombak Rindu yang mahu menggoyahkan lagi rumah tangga Izzah-Hariz yang mula bergetar. Segalanya menguji cinta Hariz pada Izzah. Yang pastinya ending kali ini menutup kemelut kisah cinta Izzah-Hariz apabila akhirnya Izzah bahagia bersama Asyanur Juni Ibtisam dan Haji Hariz Abdullah, and oh.. another baby coming. :).

Sinopsis belakang buku:
Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud di hatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau... Nyawa?

RM23.90
634 mukasurat

1 comment: