Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, July 28, 2010

Review 174: Untuk Tiga Hari by Ahadiat Akashah


Untuk Tiga Hari by Ahadiat Akashah
RM19.90
483 mukasurat
Terbitan Roket Kertas Sdn. Bhd.

"Mereka berjanji kahwin hanya untuk tiga hari"

Menarik packing buku ni, ada sarung kotak warna putih berlubang membentuk frame kepada gambar sepasang kekasih. Bila ditarik keluar isi dalamnya sebuah novel berkulit merah menyala dengan gambar pasangan kekasih di hadapan dan di belakang buku. simple tapi menarik. Ni first time saya baca buku Ahadiat Akashah.

Buku ni mempunyai gaya bahasa yang sangat selamba.. amat sesuai untuk remaja yang sukakan sentuhan santai dalam penulisan.. ataupun mungkin semua buku Ahadiat Akashah menggunakan bahasa santai dan selamba seperti ni? Tengok ar nanti, ada rezeki nanti saya baca lagi buku2 Ahadiat Akashah yg lain.

Kisah Zafrin dan Ujie yang masing2 ada sejarah cinta tak kesampaian yang tersendiri. Zafrin cintakan Balqis, anak orang miskin yang bijak di sekolah tetapi ibunya tak merestui kerana sejak kenal Balqis, Zafrin terlalu kemaruk cinta dan lebih suka menyendiri sambil melukis wajah2 Balqis. Ibunya bertindak memisahkan mereka dgn menghantar Balqis ke luar negara bsama ibunya. Zafrin frust.

ujie pulak sayangkan Remi, sahabat rapatnya tapi mereka tak pernah melafazkan cinta. Remi sudah bosan menunggu kerana dia percaya orang secantik Ujie tentu sudah berpunya, lantas Remi menerima cinta Awie (pompuan tau!). Ujie Frust.

Awal2 lagi novel ni dah meneritakan persiapan2 perkahwinan yg kelihatannya seperti perkahwinan antara Ujie dan Zafrin.. tapi rupa2nya Ujie & Zafrin mmg becinta tapi masing2 terpaksa menerima pilihan keluarga, tetapi mereka telah saling berjanji, mereka akan meminta cerai dari pasangan masing2 pada hari ketiga selepas perkahwinan mereka.

Dalam tempoh yang amat singkat itu mereka mendapati pasangan pilihan keluarga mereka ada tarikan yg tersendiri dan mereka mula berfikir dua kali mengenai janji mereka. masing2 cuba memegang janji. mampukah mereka bertahan untuk 3 hari?

Secara kenyataannya saya tidak dapat menerima konsep yg mcm ni.. tapi kalau sekadar bahan bacaan dlm novel memang menarik. Sebab, kalau dah tak nak kawin bgtau la awai2, kenapa mesti selepas 3 hari mendirikan rumah tangga baru nak bercerai.. baik sebelum dari selepas, kan? bab kawin-cerai ni bukan main2. Di Malaysia dan Indonesia sudah ada fatwa mengharamkan perkahwinan kontrak sebegini.

sure fine whatever
Rinn

No comments:

Post a Comment