Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, July 12, 2010

Review 160: Untuk Awak Teja Aulia by Syud


Untuk Awak Teja Aulia
Penulis: Syud
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
isbn 9789675118357
479 mukasurat


Cara Syud mengungkapkan persahabatan Teja Aulia dan Adil kelihatan sangat polos dan manis.


Memang susah nak melihat lelaki dan perempuan sbg bestfriend tanpa ada cinta antara mereka. Aku suka dgn kata2 Azril bahawa biasanya kalau lelaki dan perempuan tu jadi bestfriend, salah sorang mesti 'tergelincir' terlebih suka. Well dalam kes Aulia dan Adil memang ada yg tergelincir malah dah jatuh gaung.


Kesian jugak kat Adil biler Aulia macam tertarik pada Raif yang sangat iras dengan Adil. Nampak sangat pengaruh Adil sangat kuat pada Aulia. Tapi atas nama sahabat Aulia tak betul2 fikirkan perasaannya dan Adil pula bertindak memendam perasaan sbb sangka Raif tu boyfriend Aulia.


Tempoh 'gaduh' diorang yg berlanjutan hingga 3 tahun tu pun kelihatan manis walapun diorang tak bertegur sapa. Cute!


Aku beli buku ni pagi2 Sabtu 26/6/2010 utk dibawa ke tepi tasik dalam program Outdoor Reading hari tu :) Sebenarnya aku bukan baca buku ni dulu. Aku sambung Baca 'Bila Ada Rindu' sampai habis dan sebaik saja selesai buku tu aku terus start Utk Awak Teja Aulia ni. Dan memang sebelum tengah malam sabtu aku dah selamat khatam novel ni dan tido pun tersenyum macam icon smiley kat akhir muka surat novel ni :)


tapi perjalanan cerita ini terasa agak slow. slow but sweet ;)


sure fine whatever
Rinn

also by this author
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Damai
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
Tiga Ceritera Dalam Sebuah Kebun Mimpi
Tentang... Dhiya




blurb/sinopsis belakang buku:


dalam benakku, lama tertanam sejuta bayangan dirimu


Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorg mesti akan 'tergelincir' - terlebih suka!


I


"Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
"Siapa? Pacai?" balas mak, sarkastik.
Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
"Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin."
Tawa Adil pecah.
"Anak Cik Fizah..." kata mak lagi.
"Makkk..." Adil mula memprotes, "Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa."
"Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?" ugut mak


Hatinya sudah terlanjur 'tergelincir' pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa :(


II


Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu 'dihibakan' apabila Adil guna kata ganti diri 'saya'. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?


Aidil hanya akan sebut 'saya' pada perempuan yang dia 'tak berapa kenal'; 'tak berapa biasa'; 'tak berapa sayang'. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!


Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi :(

------
SYUD menulis ceritanya seperti 'melukis'. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dlm Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah 'lukisan' yang cantik sekali!

4 comments:

  1. pon stuju ngan Rin,cter nie mmg slow tp kiut!..hihii,Adil tu yg dlm cter TAS MERAH JAMBU rupe nyer..

    ReplyDelete
  2. bg yang tak suka citer slow, mungkin akan rasa citer ni drag. Tapi kalau dah suka karya2 syud tu, mesti ada rasa sweet jugak kan? :) "Tentang Dhiya", "Dia Dalam Ramai"-Tinta, "Langit Tetap Biru"-Damai dah baca ker?

    ReplyDelete
  3. TENTANG DHIYA n DIA DLM RAMAI,blom lg..LANGIT TTP BIRU tu dah...dulu xtau pon karya SYUD nie best,tu yg x beli tu,hihiii..nie xsabo nak tggu BAJU MELAYU HIJAU SERINDIT plak..

    ReplyDelete
  4. Dia dlm Ramai & bj melayu ijau serindit dah bli. tapi belum sempat baca.

    ReplyDelete