Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, July 26, 2010

Review 168: Ombak Rindu by Fauziah Ashari


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Ombak Rindu by Fauziah Ashari
RM 19.90
576 mukasurat

Rinduku umpama ombak yang tidak berhenti, Kasihmu bagai pantai yang setia menanti."


sedih betul hidup seorang bernama izzah ni. always end up dengan orang2 yang tak berapa nak elok. kat rumah Pakcik Taha dan isterinya mendera izzah, dipaksa jadi GRO menjadi mangsa kepada Hariz. Izzah merayu dikahwini, tetiba jer Hariz lembut hati walaupun garang giler. perkahwinan mereka dirahsiakan. SEmakin lama semakin terserlah kebaikan dan kemuliaan izzah dan Hariz dah semakin kurang garangnya.. mungkin nasib izzah akan berubah, tapi ada saja cabaran yg terpaksa ditempuh izzah dalam hidupnya.


great story, penuh drama.. *sob *sob. yang penting ending bagus.. utk ombak rindu la.. sambungan kedua dan ketiga pun aku dah baca. lepas ni aku post kan review nya yg dah pernah aku post sebelum nih.


Nampaknya novel popular ni akan difilemkan! sebelum ni asyik dengar di dramakan jer. Selepas Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu pulak akan difilem kan dgn menampilkan Aaron Aziz dan Maya Karin, masing2 memegang watak Hariz dan Izzah :) dengar2nya Lisa Surihani akan berlakon sbg madu kepada Izzah, Mila.


sure fine whatever


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

No comments:

Post a Comment