Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, September 12, 2010

Review 207: Kenangan Terindah by Hezzy Azra


Kenangan Terindah
by Hezzy Azra
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008
RM19.90

520 mukasurat
isbn: 9789831243954

"Biarlah memori semalam tinggal tersimpan di sudut hati"


Hezzy Azra kembali dengan karya terbaru. Selepas Melodi Kasih memang ramai tertunggu-tunggu buah tangan baru dari penulis ini. Melodi Kasih byk mengumpulkan peminat Hezzy Azra tambah2 yg gemarkan sentuhan penulis jiwang romantis.


SEjujurnya saya lebih sukakan Akmal-Risa dlm novel ini berbanding Zaha-Fariq dalam Melodi kasih. Akmal-Risa bermula sebagai sahabat dan bertukar menjadi kekasih. Kemunculan Akmal pada permulaan cerita tak dianggap penting kerana dibayangi Ridzwan. Sama saja dgn Fariq dalam Melodi Kasih. Kemunculan pertamanya tidak menarik perhatian tetapi penulis bertindak menaikkan watak ini dalam cerita, jadi hero lah. Cinta Ridzwan-Risa rasanya kurang meninggalkan kesan, kerana mungkin sebab phase kisah mereka diceritakan dengan agak laju. Cepat rasanya cinta Wan beralih arah.


Saya suka membaca interaksi Ridzwan-Akmal di hujung cerita. Kegeraman Ridzwan dilakar dengan baik oleh Hezzy melalui kata2 Ridzwan kepada AKmal. Memang geram dengan Wan, macam nak berdiri dan sekeh2 mamat tu. Tak ada scene yg membuatkan saya rasa nak nangis. Cuma mungkin penghujung cerita Wan-Regina sahaja ada la rasa sedih sikit2.


Penulis meletakkan Wan-Regina di mukasurat2 akhir. Bagi yang suka membaca ending sebelum membeli buku, mungkin akan menganggap Wan-Regina adalah watak2 utama. Rasanya pilihan tajuk "kenangan terindah" adalah lebih baik daripada tajuk asalnya "kasih berubah" kerana ia seperti memberi hint kepada pembaca mengenai kisah dlm novel ini dan mungkin mengganggu 'surprise' cerita.


Ridzwan. dia ni baik dan bertanggungjawab tapi gelojoh. semua nak cepat. bila berlaku sesuatu yg tak disangka2 dia akan menyalahkan orang lain. sampai keputusannya mengahwini Regina dan memutuskan pertunangan dengan Risa pun dia menyalahkan Akmal. Ada ka patut? Kesian Akmal. Wan yg sedap2 kawin Akmal yg dipersalahkan kerana meninggalkan Wan semasa dia buat keputusan utk berkahwin dgn Regina. Dia juga menuduh Akmal merancang utk merampas Risa darinya.


Marisa. Seorg gadis yg sangat setia dlm bercinta. Lama masa diambilnya utk melepaskan kenangan bersama Wan. Bersahabat dgn Akmal kerana dia menyenangi gurau senda dgn lelaki itu. Mereka berkongsi suka duka. Dalam suasana bergurau mereka saling cabar mencabar dalam renungan tapi mereka lupa dengan kehebatan renungan dan benarlah kata "dari mana datangnya cinta? dari mata turun ke hati".


Akmal. Wan dan Risa adalah sahabatnya. Dia tak suka Wan memilih Regina dan meninggalkan Risa. Kembalinya dia ke Malaysia merapatkan persahabatannya dgn Risa. Dia mahu meluahkan perasaan tapi ingatan Risa terhadap Wan terlalu kuat sehingga sering terlepas menyebut nama Ridzwan. Dia menguji diri tentang sedalam mana cintanya pada Risa. Rindunya menggunung tak mampu dibendung. Pada masa yg sama dia turut menguji Risa yang resah membilang hari utk bertemu lagi dgn Akmal.


Marisa memutuskan utk meletakkan kesetiaannya pada Akmal. Namun Ridzwan kembali bersama Rayyan yg comel, tanpa Regina di sisi. Ridzwan menagih cinta dan rumah tangganya terumbang ambing. Risa memerlukan kepercayaan Akmal tapi mampukah Akmal membendung cemburu? Sorang hensem macam mat salleh, sorang hensem macam mat korea. Mana satu nak pilih ye?


Errr ada orang tanya kisah EJ (Melodi Kasih) ada terselit kat mana2 tak? hehe... ada plak tanya saya. tanya la penulisnya. ;) Ada peminat EJ nampaknya. Saya pun suka EJ jugak!


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Sanggup berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak sanggup mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah demi cita-cita yang ingin digapai Ridzwan di luar negara.


Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya.


Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka. Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya.Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas ketika masih mentah. Kesabarannya berbalas, TUHAN kirim kan seorang insan untuk menghapuskan airmata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.


Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah ke liru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap.Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?

No comments:

Post a Comment