Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Saturday, September 11, 2010

Review 196: Segalanya Untukmu by Aleya Aneesa


Segalanya Untukmu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf21 Sdn bhd
RM 19.90
544 mukasurat

"Seperti pantai yang terdampar, kurela dihempas selaut gelombang"


pada pendapat saya, watak Jehanna adalah watak wanita yang paling kuat yang pernah dicipta Aleya Aneesa. Saya amat berpuas hati dengan konsistensi watak ini dalam perjalanan buku setebal 544 muka surat ini. AA mampu mengalunkan kisah drama berat dengan baik dan sudah tentu saya tertunggu karya kelima dgn alaf dengan penuh harapan :) Saya memang suka benar dgn cara AA menggarap watak2 dalam scene sedih kerana ianya sentiasa berjaya menyentuh hati saya. JIka dibandingkan karya2 AA dgn Alaf, saya paling berpuas hati dengan novel ini.


Kisah ini tentang Jehanna Aisya yang mempunyai alasan tesendiri utk mencurigai semua lelaki dalam hidupnya. Ayahnya, Basir dan Abangnya Haled Halmy bukanlah lelaki2 yang boleh dibanggakan dalam hidupnya. Ibunya yang tersayang menghembuskan nafas terakhir di ribaannya ketika usianya baru menginjak 9 thn membuatkan dia cukup benci pada Basir. Haled Halmy yang meletakkan kesalahan pada bahunya juga menjadikan dia insan yang suka meminggirkan diri. Dia membesar dalam keterasingan.


Dia tidak berfikir dua kali utk menjadikan Fahem musuhnya sebaik saja bertentang mata. Walaupun perwatakan sedemikian dipamerkan Jehanna, hati Fahem tetap terpikat walaupun pertemuan mereka sentiasa dihiasi dentuman suara dua nada yang tinggi dan cabar mencabar.


Haled Halmy mempunyai masalah sendiri dgn isteri yang tinggi maintenance nya. Gelap matanya apabila Fahem berani menawarkan wang yang amat diperlukannya utk memujuk hati isterinya. Tetapi Fahem mahukan Jehanna. Sesuatu yang agak sukar utk Haled Halmy memberi jaminan Fahem akan dapat apa yang diingininya. Hajat Fahem ditolak mentah2 oleh Jehanna, membuatkan Fahem berazam utk memikat Jehanna dgn caranya tersendiri.


saya terkilan sikit biler Fahem sanggup berjauhan dgn nyawa, nafas dia sehingga 2 tahun! Rompak jer Jehanna tu dari Haled Halmy. hehe. Apa2pun, i looooooooove happy ending :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Jgnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.

Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.

Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.

Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

No comments:

Post a Comment