Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, July 25, 2011

Review 461: Ops! Pintu Hatiku by Noraz Ikha



Ops! Pintu Hatiku
Penulis: Noraz Ikha
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675067723
374 mukasurat


"Aku telah jatuh cinta? Oh... indahnya..."


Ini kisah Eika - Hakimi dan Sheila - Hazami.


Kimi ni ada kembar, Hazami yang selalu kelihatan bersama Sheila, kawan baik Eika. So Eika ni sering salah faham yang Kimi ada affair dengan Shiela and at the same time cuba mengorat dia. Aku tak faham kenapa Kimi nak rahsiakan siapa Hazami. Kalau dia clear things out awal-awal mungkin tak lah rumit sangat hubungan Kimi dan Eika.


Kisah love-hate antara Eika dan Kimi bermula dari zaman sekolah. hampir separuh dari buku ini adalah kisah mereka di zaman persekolahan dan kisah zaman dewasa diorang bermula 5 tahun selepas SPM.


Kebetulan yang terlalu ketara pula bila Kimi jadi bos Eika dan Hazami jadi bos Sheila. Kehadiran watak Tengku Anis meributkan lagi hubungan Eika-Kimi. Kimi sudah mula salah faham dengan kehadiran Haikal di sisi Eika lalu cuba merapati Tengku Anis mungkin dgn tujuan utk menjauhi Eika. Tak sangka Tengku Anis tu sampai sanggup upah orang untuk mencederakan Eika dalam sebuah kemalangan yang dirancang, tetapi Kimi yang kena teruk kerana cuba menyelamatkan Eika.


Group pengusik di zaman sekolah tu rasanya tak derlah jenis pengusik sangat sehingga boleh mendapat gelaran Group Pengusik. Aku agak kurang senang dgn grup tu yang mengusik atau lebih kepada menyindir seorang guru di depan kawan-kawan yang lain. Aku rasa agak kurang sopan untuk pelajar bertindak demikian terhadap seorang guru di depan orang ramai walaupun dengan alasan untuk bergurau. Guru kita kena hormat, jangan malukan dia depan orang ramai. Baru belajar dapat keberkatan. (ni kesan sampingan lepas baca buku protokol. haha)


tapi scene Eika buli Tengku Anis dan rakannya tu aku suka. Masa tu sesuailah :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


EIKA: Perasaan cinta yang berakar umbi terhadap Hakimi cuba dinafikan. Biarlah semua orang menganggapnya ego. Dalam mas ayang sama, kehadiran seseorg tanpa wajah, tanpa suara dan tanpa jasad bernama PSH telah membuka hatinya. Unik sungguh.


"Heee... budak tu? Hai sorrylah beb. Kalau dah dasar playboy tu playboy juga. Kirim salam jelah kat dia yek!"


HAKIMI: Dia sibuk ber'perang' dengan Eika. apakah yang dia cuba lakukan? Identitinya sering dibayangi seseorg sehingga ramai yang tidak menyedari bahwa satu wajah itu mempunyai dua jiwa yang berlainan.


"Kalau kau mampu, berilah sepuluh kelemahan aku yg boleh dijadikan alasan kenapa kau tak suka aku?!"


TENGKU ANIS: Cinta yang mahu dihulurkannya itu tulus. Namun sayang, emosi dirinya sering melampaui akal warasnya.


"Kenapa? Tak puas hati ke? Hei... perempuan, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi tau. Sia-sia saja menepuk angin!"


Bagaimana mungkin Eika menyintai PSH? Siapakah yang sebenarnya beraja di hati?

Review 460: Yang Ku Cari by Mimie Afinie



Yang Ku Cari
Penulis: Mimie Afinie
Editor: Shana
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
9789675367977
Cetakan pertama 2011


"Dalam sepi itu
kembali ku mengingati mu
lalu hati jadi rindu"


Dalam 'Yang Ku Cari' aku rasa kisah latar belakang Aryana lebih menarik dari kisah cintanya. Aryana bersahabat baik dengan Hatta namun setelah bertahun bersama, Hatta akhirnya jatuh cinta pada orang lain. Aryana 'frust' sorang-sorang. Kehadiran Zahim mulanya merimaskan tetapi lelaki itu sangat sabar dan cuba menarik perhatiannya. Dalam tidak sedar Aryana dibenci ibu Zahim kerana disangka ada hubungan sulit dengan suaminya. Tapi suaminya tu sebenarnya nak menyampaikan hajat untuk menyunting Aryana buat anak bujangnya. Tapi cara dia 'approach' Aryana tu buat Aryana rasa nak lari.

Lawak la watak Mustakim, bapa saudara Zahim. Dia pegi nak jadi 'spy' di kedai cermin mata, tempat Aryana bekerja tetapi dia terbeli cermin mata gelap berharga RM499.00 haha! habis duit upah jadi spy.

Aryana adalah anak isteri kedua Khalid. Khalid terpaksa membawa Aryana ke dalam keluarga isteri pertamanya kerana ibu Aryana telah meninggal dunia. Afizan tidak menghiraukan Aryana. Seolah-olah Aryana tidak pernah wujud dalam rumah itu. Dia terlalu terkilan dengan tindakan suamiya yang beristeri dua setelah sekian lama tetapi tidak memaklumkan kepadanya. Kemunculan Aryanalah yang membuka rahsia itu. Aryana kemaruk kasih ibu. Dia selalu memandang sayu kemesraan antara Afizan dengan anak-anaknya, Mukhris dan Dilla. Bilakah dia akan dapat merasakan kemesraan yang sama?

Aku lebih tertarik dengan kisah silam Aryana dan ibunya. Khalid mengahwini ibunya demi menjaga agama gadis yang baru memeluk Islam yang telah dibuang keluarga. Datuk kepada Aryana ni jenis mafia-mafia tu. Sebab itulah nyawa ibunya terancam. Malah setelah mengetahui kewujudan Aryana, datuknya turut mengugutnya. Aryana dan ibunya dianggap pembelot yang tak layak dikasihani. Aku tersentuh dengan watak nenek Aryana yang rindukan anaknya tetapi pertemuan dengan Aryana menjadi pengubat rindu.

Kak Mimie memang terbaik dalam menulis babak-babak sedih menyentuh perasaan terutamanya melibatkan Aryana dgn datuk dan nenek juga, begitu juga Aryana-Afizan, ibu tirinya.

Watak Syira memang menyakitkan hati. Gatai, miang. adusssss


sure fine whatever
Rinn




blurb/novelcinta @ multiply/ sinopsis


ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada 'si dia', dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya 'si dia' yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?


ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bedh, tetapi adakah pilihan dia juga?


BENJAMIN, Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan punya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?


HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?


Semuanya tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada saja rintangan. Yang pasti, diat idak akan mudah mengalah. dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.


YANG KU CARI, bukan sekadar cerita cinta biasa, tapi lebih daripada itu. Bacalah dan hayatilah.

Review 459: Bukan Cinta Monyet by Hasliza Ismail



Bukan Cinta Monyet
Penulis: Hasliza Ismail
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama Mei 2011
Editor: Jabatan Editorial KNE
9789675067716
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00


"Walaupun gelap, bayangan dirinya masih mampu kulihat. Jika ini bukan cinta, mungkin juga aku yang sudah gila"


Ini kali pertama aku membaca karya penulis ini. Semasa membaca ruangan biodata penulis barulah aku tahu yang penulis ni sudah ada dua karya terbitan Kaki Novel sebelum ini. Membaca 'Bukan Cinta Monyet' membuat aku teringin nak baca 'Kapal Terbang Kertas' dan 'Mencari Jalan ke Syurga' :). Hasliza Ismail kelihatan selesa melayarkan kisah cinta manis.

Kehadiran Kamal Ilham ke dalam keluarga Siti Rahmah setelah kehilangan anak sulung kesayangan bagai membawa rahmat kepadanya. Nurul Suhana turut bahagia menerima seorg abang yang mengambil berat tentang dirinya. Kamal Ilham sebenarnya mahu menebus dosa silam tetapi rahsia itu disimpan kejap dari pengetahuan sesiapa. Dia berazam akan menjaga Siti Rahmah dan Nurul Suhana sebaik-baiknya. Setelah tamat persekolah, Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Setelah 8 tahun dia kembali dan orang pertama yang dicarinya adalah ibu angkatnya, Siti Rahmah. Ibu kandungnya adalah seorang wanita yang sibuk dengan kerjaya. Dia hanya merasa kasih sayang seorg ibu dari ibu angkatnya. Pertemuan semula dgn Nurul Suhana, si manis 17, sedikit janggal kerana dahulu mereka sangat akrab dan mesra. Nurul Suhana sudah lama memendam rindu buat Kamal Ilham tetapi Kamal Ilham menganggapnya sebagai adik sendiri malah dia sudah pun ada makwe, Anne. Anne sebenarnya muncul dengan agenda ciptaan ayahnya yang mahu menumpang kekayaan Kamal Ilham tetapi Anne kalah dengan perasaan sendiri dan benar-benar jatuh cinta pada Kamal Ilham. Anne bimbang dengan kehadiran Nurul Suhana yang kelihatan teruja dengan Kamal Ilham.

Kejadian kebakaran di kampung telah meragut harga benda Nurul Suhana dan Siti rahmah yang tidak seberapa. Apa yang lebih mengharukan, Nurul Suhana mengalami kecederaan kaki yang teruk sehingga meninggalkan parut kekal. Ibu Kamal Ilham, Datuk Noura, melihat kejadian itu sbg peluang untuknya mengikat Kamal Ilham agar meluangkan lebih masa di rumahnya. Beliau mengajak Siti Rahmah dan anaknya tinggal di rumahnya. Siti Rahmah tidak dapat menolak. Pertunangan antara Anne dan Kamal Ilham telah melukakan perasaan Nurul Suhana. Siti Rahmah cuba mencari tempat tinggal lain supaya Nurul Suhana dapat melupakan perasaannya kepada Kamal Ilham tetapi gagal.

Kehadiran sepupu Kamal Ilham, Alvin sedikit sebanyak menghiburkan Nurul Suhana. Alvin hadir sekadar memenuhi jemputan ibu saudaranya, Datuk Noura, utk berkenalan dengan Nurul Suhana, tetapi setelah mengenali Nurul Suhana yang polos, dia telah jatuh cinta. Keakraban Nurul Suhana dan Alvin membuat Kamal Ilham tidak senang duduk. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia harus cemburu sedangkan dia hanya menganggap Nurul Suhana sebagai adiknya. Kehadiran Alvin telah membuat Kamal Ilham mengkaji semula perasannya tetapi lamaran Alvin membuat Kamal Ilham macam nak pengsan. Fuh mau tak pengsan, Alvin tu dah la berganda-ganda hensem, bawa lamborghini pulak tu. Dia bawak Suhana gi 'dating' guna helikopter tuuuuuu. Dan yang paling penting, Alvin tidak pernah memandang rendah pada kekurangan Nurul Suhana yang berparut hodoh di kakinya.

Bagi aku kisah ini menarik, tapi watak Nurul Suhana tu macam terlalu muda. Alvin dan Kamal Ilham tu berebut budak sekolah. Adusss, haha. Aku suka cara penulis merubah pandangan pembaca terhadap watak Datuk Noura. Pada mulanya dia kelihatan seperti watak tipikal ibu hero yang kaya dan bekenankan bakal menantu yang sofistikated. Kehadiran Siti Rahmah dan Nurul Suhana merubah tanggapan stereotype itu. Datuk Noura adalah seorang yang sangat rasional.

Memang terkejut bila tau yg kebakaran menimpa kampung Siti Rahmah tu sebenarnya adalah rancangan buruk seseorang dan apakah punca sebenar Kamal Ilham betul-betul berubah dari seorang kaki buli di sekolah kepada seorang anak muda yang sangat mengambil berat dan protektif terhadap Siti Rahmah dan Nurul Suhana?

sure fine whatever
rinn



blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


Kepulangan Kamal Iham ke tanah air selepas lapan tahun belajar di UK menemukannya semula dgn keluarga angkatnya, umi dan Nurul Suhana yg berusia 17 tahun. Pertemuan setelah sekian lama itu membuatkan jantung Nurul Suhana berdegup kencang. Apa benar dia sudah dilamun cinta atau ianya sekadar cinta monyet?

Namun begitu satu tragedi telah merubah Nurul Suhana yang dahulunya periang, menjadi pendiam dan semangatnya turut melayang pergi. Kamal Ilham benar-benar terasa kehilangan.


Di waktu Nurul Suhana terumbang-ambing melayari kenyataan hidup, muncul pula Alvin, membantunya untuk berdiri semula.


Pergolakan perasaan mula melanda Kamal Ilham yg cemburu melihat hubungan kedua-duanya. Dia mula keliru siapakah sebenarnya yang bertakhta di hatinya? Benarkan cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskan dia mengakui yang dia sudah lama meletakkan Nurul suhana di satu sudut yang istimewa dalam hatinya? Kalau benar, bagaimana dia harus menjelaskan sedangkan dahulu dialah yang telah melukai hati Nurul Suhana dan sudikan Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?

Review 458: Epilog Cinta by Lily Haslina Nasir


Epilog cinta
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan alaf 21 sdn bhd

"Bila panah arjuna menikam sukma, api asmara pun bernyala menyerlah sinar."

This is one of the book yang beli kat pesta buku baru2 ni, siap ada signature penulis lagi. I love the way the writer menceritakan 3 kisah cinta dari sebuah keluarga 3 keturunan. Bermula dari kisah cinta Daeng Amid dgn Karmini yg berkahwin di zaman Jepun, sentiasa menerima tomahan dan cacian berapi dari ibu Karmini yang tak berkenan langsung dengan Daeng Amid. Kelahiran Karmila bukannya menjernih kan keaadaan tetapi dituduh membawa keburukan kerana tak
sabar2 nak lahir masa zaman darurat begitu. Karmini amat tertekan hingga sikapnya terhadap anak pertama itu agak keras berbanding anak2nya yg lain yg lahir bertahun-tahun berikutnya. Karmila lah anak yg paling penyabar dan menurut kata. Cinta antara Karmila dan Aidit mendapat tentangan dari Karmini yang mahu mila berkahwin dgn anak kepada saudaranya, Fakri. Aidit pergi membawa diri dan Mila disulam derita hidup di samping Fakri yg tak menghiraukan kebajikan Mila malah tak malu hidup atas harta isteri.. Mila dilemparkan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati oleh Fakri sekeluarga. Mila dituduh mandul dan membawa sial, Karmini mula menyesal memaksa Mila berkahwin dgn Fakri. Mila masih mampu bersabar. Keinginannya memiliki anak membuat dia ingin mengambil anak angkat dari keluarga sebelah ayahnya tetapi anak itu meninggal dunia selepas dilahirkan.
13 tahun kemudian barulah lahir Adilla, sinar hidup Mila. Fakri masih seperti dulu. Langsung tak menghiraukan Adila dan Mila, tahu2 saja Adila sudah dewasa dan Mila hidup memendam derita.

Adila jadi model utk menampung hidup di kolej. Sikap ayahnya menjadikan Dilla pendendam terhadap lelaki dan sudah banyak hati lelaki yang dilukainya sbg balas dendam. Kehadiran Hizairi menyentuh hati Dila tetapi dia tetap berdegil, bagi nya lelaki suka bermuka-muka, sebelum kawin baik lepas kawin jadi macam bapanya, hidup atas penat lelah isteri. Tanpa pengetahuan Dila majlis bertunangannya dgn Hizairi diatur dan Dila tak berani menolak kerana memikirkan ibunya yang disahkan mengidap masalah jantung, mungkin kerana terlalu
tertekan dgn sikap Fakri yg gila nak menikah lagi satu.

Tiga kisah yang bertali arus ini ada tarikan tersendiri. Sepanjang pembacaan saya diselubungi rasa sebu dan geram, ada yg sedih tapi tak sampai menangis namun endingnya memang sangat emosional dan akhirnya termenangis jugak. A good read!

Sure fine whatever
Rinn

Synopsis belakang buku

Cinta umpama pelangi. Cantik dipandang tapi tidakmungkin dapat dipegang. Namun bagi aidit, cinta karmila ibarat dewi yang bercahaya dan menikam sukma. Dia rasa lebih indah jika cinta mereka menjadi rahsia dirinya.

Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta aidit dan karmila terhalang kerana darjah dan keturunan. Mereka Cuma ada sekeping hati, satu jiwa dan perasaan. Jadi di manakah pintu yang harus diketuk?

"Mila, tahu tak… saya separuh gila mendengar cerita Mila dipinang orang! Kenapa Mila hancurkan hati saya?"

Jiwa Aidit penasaran. Biarlah dia berterus terang. Itu lebih baik dari saban malam tidurnya tidak lena.

"Saya sendiri separuh mati Aidit! Awak cuma mendengar tapi saya yang menanggung semuanya!"

Karmila pula bagikan rentung dibakar duka. Terasa dirinya yang tidak setia pada janji kasih mereka. Sedangkan dia dipaksa mengahwini lelaki yg hanya akan diserahkan Cuma jasadnya.

Aidit terasuh dilambung gelombang, sedangkan Karmila dewasa dilukai kerikil. Apakah erti nama itu disebut-sebut jika dua jiwa terpisah jauh. Mengapa cinta tidak bersama mereka?

"Aidit, kasih awak menjadi roh jiwa saya."

"Di antara jantung dan hati ini, di situlah Mila saya simpan."

Inilah cinta terhalang yang pernah dihadapi oleh Daeng Amid dan Karmini, adakah Cempaka Adilla Zahira juga akan menempuh cerita yang sama bersama Hizairi? Doa dan berdoalah!

Review 457: Dakapan Rindu by Fatin Nabila


Dakapan Rindu by Fatin Nabila
Harga : RM 18.00
Halaman :476
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad

"Seksa rindu menjadi indah jika kutahu kau jua merinduiku."

Lepas berhari-hari mengadap buku2 utk exam, lepas selesai jawab soalan.. balik rumah terus capai novel ni and i finished reading it right before midnight! hehe baru berapa hari tak baca novel rasa gian semacam.. huhu.. kan yam kan? kira saya buat pilihan yg baik la dgn membaca buku ni.

Mengisahkan Suraya yg menyintai Ezahar tapi terpaksa berpisah kerana Ezahar melanjutkan pelajaran ke Australia. Mereka berjanji akan menunggu 2 tahun dan sekiranya Ezahar tidak muncul, Suraya bebas membuat pilihan lain. Suraya terpaksa berusaha utk setia apabila Norman hadir dan atas kehendak keluarga mereka bertunang. Suraya terpaksa kerana ayahnya yg berada dlm keadaan tertekan dengan sikap anak2 nya yg lain. Norman seorang yg penyabar dan memahami masalah Suraya. Dia tahu tentang Ezahar dan menghormati pendirian Suraya. Dia berjanji akan melepaskan Suraya apabila Ezahar kembali nanti. Suraya diburu rindu yang menyesakkan tapi bukan kepada nun yg jauh di mata, dia rindu orang yang dekat padanya.

Konflik cerita ini bukan saja sekitar janji Ezahar-suraya, ada juga diselitkan konflik yg wujud antara Suraya dan kakaknya Shakira. Shakira semakin bencikan Su apabila tunangannya seperti menyimpan perasaan terhadap Su.

Watak Suraya ni terlalu banyak mengalah dan berkorban, dia sangat setia dan sukar meluahkan perasaan. Apabila Ezahar kembali, dia perlu lakukan sesuatu utk menguji cinta Suraya ada pada siapa sebenarnya...

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang buku:

Suraya seindah nama, secantik pekertinya. Disisih, dicaci dan dihina, namun dia tetap tabah mengharungi dugaan. Mengenali Ezahar, membuatkan kasih sayangnya tertumpah pada lelaki itu. Baginya Ezaharlah pengubat lara, penyembuh derita.

Pemergian Ezahar ke luar negara memberi kesan kepada Suraya. Namun, siapalah dia untuk menghalang. Janji dimeterai; selagi ada hayat, selagi it setia takkan goyah. Tinggalkah dia memegang teguh janji yang terpahat, menghadapi onar sendirian.

Bulan berganti tahun... namun, khabar berita yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba, Suraya terkapai-kapai keseorangan, membuat pelbagai telahan dan andaian. Apakah akhirnya nanti?

"Cinta itu wujud apabila kita mula merasainya. Bila kita dah merasainya, ungkapan cinta itu sudah tidak perlu lagi."

Benarlah, hadirnya cinta tidak diduga. Hadirnya kasih tidak dipinta. Suraya sesungguhnya tidak pernah meminta hatinya dibahagi dua. Kehadiran Norman di saat hati terguris luka memberikan semangat baru untuknya.

Haruskan dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersia? Haruskan dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tak pasti? Tergamakkah dia melerai janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kali!

Sinopsis dari website Alaf 21:

Cerita yang membuai perasaan anda ini mampu membawa anda menyelami kisah seorang gadis bernama Suraya yang dihina dan dicaci oleh kakak sendiri.

Dalam diam, dia bercinta dengan seorang pemuda bernama Ezhar tanpa diketahui oleh ayahnya yang menentang keras anak-anak bercinta ketika masih belajar. Namun, untuk mengejar cita-cita Suraya merelakan pemergian Ezhar ke luar negara yang ingin melanjutkan pelajaran.

Bulan berganti tahun, namun dia tidak mendengar khabar berita dari lelaki itu. Dia akhirnya terpaksa menurut keputusan ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Norman walaupun hatinya masih menunggu kepulangan Ezhar.

Haruskah dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersiakan? Haruskah dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tidak pasti? Tergamakkah dia meleraikan janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kalinya!

Review 456: Dunia Cinta Kita by Auryss Syaquira


Dunia Cinta Kita
Penulis: Auryss Syaquira
Terbitan Nylea Publishing
RM22.90
592 muka surat


"Di sinikah destinasi pencarianku?"

Buku ni menyusul 4bulan setelah "Warna Cinta Kita" diterbitkan. Mungkin ramai yang tak perasan Dunia Cinta Kita (DCK) adalah kesinambungan kepada Warna Cinta Kita (WCK). WCK diterbitkan pd Julai 2006 manakala DCK diterbitkan pada Oktober 2006. sepatutnya ada indication mengenai hal ini.

Kewujudan DCK menjadikan WCK better. Kena baca berturutan baru rasa feelnya. Kebanyakan kekurangan dalam WCK disempurna kan dalam DCK tapi persoalan betulkah ayah masrina lemas di laut masih menjadi persoalan. Kisah dalam DCK ni lebih menyentuh hati dan termenangis jugak la.. maybe memang saya tgh sensitif kot.. hehe.. To enjoy Dunia Cinta Kita you have to read Warna cinta kita no matter how dull it is.

Pertemuan Hafiz dgn Masrina memberi semangat baru kpd Mas utk meneruskan pelajaran sambil bekerja. Fendy cuba kembali tetapi cinta mas kpd hafiz semakin mekar.

Mak syazwany yg eksyen tu xcident masa on the way ke rumah madunya utk mengamuk. Shazwany kembali dari persembunyiannya utk menjaga ibunya. Shazwany jadi seorang yg insaf.. tapi tu la dia sedih sbb dia didapati mengandung selepas diperkosa oleh Edry. Later dia keguguran, Edry cuba menebus dosanya dgn bersetuju mengahwini Shazwany tetapi shazwany menolak kerana dia sudah punya pilihan sendiri. Agak seimbang penceritaan kisah cinta Hafiz-Masrina dan Shazwany (Kisah Adnan kurang sikit)

Bagi saya konflik diceritakan dgn baik dan diolah satu satu. Rasa geram, benci, simpati semua ada bila baca buku ni. Simpati terutamanya pada Shazwany yg saya memang tak suka langsung masa dlm "Warna Cinta Kita". Rasa geram dan benci pada Puan Sri sara yg ketegaq dan eksyen tu memang agak tinggi eee geremmm rasa mcm nak tenyeh2 jer orang yg macam tu. Good end tapi tu la.. part Pn. Sri Sara sedar dan insaf tu mcm terlalu mudah la pulak.. madunya membongkar rahsia bgaimana dia terlebih dulu mengenali Shazwany selepas menyelamatkan dia setelah diperkosa dulu. Maybe Puan Sri tu insaf setelah menyedari betapa besarnya peranan Atiqah (madunya) dlm membawa Shazwany ke pangkal jalan.

WCK ada 605 muka surat, DCK ada 592 muka surat.. kalau dijadikan satu buku dah lebih seribu helai tu.. perghhh.. tebai gilerrrrrrrrr...

sure fine whatever
Rinn

Review 455: Warna Cinta Kita by Auryss Syaquira


Warna Cinta Kita
Penulis: Auryss Syaquira
terbitan Nylea Publishing
RM22.90
622 muka surat


"betapa pun payah untukku gapai, kau takkan pernah kulepaskan"

Ada beberapa kisah dalam novel ini. Pertama cinta yang baru berputik antara Masrina dan Fendy tetapi cinta mereka mengundang rasa jengkel di hati Maswin, adik Masrina yg jatuh hati dgn Fendy. Cinta mereka juga menimbulkan rasa tak puashati di kalangan kakak2 ipar Fendy kerana cemburukan layanan mesra ibu Fendy terhadap bakal menantunya. Ini memaksa Masrina cuba melupakan Fendy dan melarikan diri.

Kisah kedua tentang cinta Syazwany terhadap Hafiz yang berputik sejak kecil dan mekar bila dewasa. Tapi Hafiz keberatan menerima Syazwany yang terlalu bebas pergaulannya dan sombong serta bongkak. Dia diperkosa lalu diselamatkan oleh Adnan yang membawanya kepada Atiqah, ibu tiri Syazwany yg dia tidak tahu wujud dalam keluarga mereka. Di situ dia bertemu kasih ibu, kasih seorang adik bernama adam yg comel dan akhirnya dia menemui dirinya sendiri. Syazwany nekad utk berubah.

Takdir menemukan Masrina dengan Hafiz by accident. Tapi sejauh mana mereka boleh pergi? sudah tiba masanya Hafiz bertemu penyajak pujaannya Anir Sam. Mula2 tengok nama Anir Sam dah tau siapa dia tu.. very predictible la pen name tu.

Kulit buku yg hijau tu lebih menarik dari isi cerita.. tapi tengok2 ada sambungan! so ada harapan berbunga sikit.. hopefully 'dunia cinta kita' ada something better. i know the story can get interesting sbb penulis kelihatannya seorang penulis yg ada pengalaman tersendiri dlm penulisan.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku

Cinta ini telah lama lahir buat mu kasih... Aku terlalu mendambakanmu walaupun terpaksa melepaskan adat dan resam. Aku terlalu ingin memilikimu kasih. Aku selalu mengimpikan kita berdua hidup bersama dalam mahligai indah yang dihadiahkan papa. Pintalah apa saja, kasihku... akan ku berikan sebagai bukti cinta kasihku ini.

Namun Kasih, mengapakah kau tak pernah memahami? Keegoanmu membuat aku nanar. Kau buatkan aku merana. Kau buatkan aku sakit jiwa. Kau membuatkan aku hilang arah tujuan. Sampai hatimu, kasih... Kau buat aku seperti sampah sedangkan letakmu di hatiku terlalu tinggi... Tindakan ruang untukku di hatimu, kasih.

Review 454: Diari Bonda 3 by Rohani Din


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
RM28.90
630 mukasurat

"Aku hanya ingin dihargai"

Diari ketiga ini merapatkan lagi pembaca2 yg mengikuti kisah Diari Bonda dan Diari bonda 2 dengan watak 'Anie' yang sudah mula membuka kisahnya pada zaman kanak2 dan zaman remajanya. Ada cabaran dan dugaan yang tersendiri di sepanjang menempunh zaman mudanya.

Anie masih lagi cuba sedaya upaya untuk memantapkan lagi keluarganya tanpa putus asa. Suaminya masih diburu rasa cemburu pada Anie yang sering pulang lewat untuk menambah pendapatan keluarga. Pandangan serong masyarakat sekeliling turut menambah duka di hati Anie. Ada kepuasan dan simpati yang menebal bila membaca cerita yang very close to reality seperti ini. Macam kisah benar je kan? Rasanya ni kisah
benar la.

Kali ni nampak beberapa kali Anie listed down some dates yang berkaitan dgn perkara yg sedang diceritakan terutama yang berkaitan dgn Sani dan suaminya.

dairiku penuh dengan events yg bos kena pegi ja.. hehe..

Sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Apakah dia sudah cukup dihargai sebagai seorang isteri, ibu dan insan?
Harga sebuah pengorbanan begitu pahit untuk ditelan... cuba diluah...
adakah yang sudi berkongsi? Kerana untuk merealisasikan impian, dia
tahu hatinya banyak terluka dan kecewa... Lalu padaNYA dia mengadu
resah yang entah bila akan berakhir.

Review 453: Diari Bonda 2 by Rohani Din


Diari Bonda 2
Penulis: Rohani Din
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
RM28.90
626 mukasurat.


"Aku terima setiap pemberianmu"

sambungan rentetan peristiwa yang dilalui Anie sekeluarga sejak berakhirnya "Diari Bonda". Dlm buku ni ada disebutkan tentang 'kucing' sebaba masa baca Diari Bonda yg first tak der sebut kucing tapi kat cover buku ada gambar kucing.. dalam Diari bonda 2 ni tak ada pulak gambar kucing tapi ada sebut pasal kucing. :) i love cats

Anak kesayangan Anie, siti belum pulih sepenuhnya.. masih ada lagi makhluk mistik yg menumpang pada Siti. Anie tabah mengumpul wang menunaikan nazarnya membawa siti ke Tanah Suci. Siti semakin sembuh namun ingatannya belum pulih sepenuhnya. Sani berjaya Anie tangani dengan baik dan Sani puas juga dimalukan oleh Anie.. Namun sikap suami Anie makin menyakit kan hati. Adakah Sani dok sebar fitnah pulak tentang Anie? kesian Anie asyik jadi mangsa fitnah.. Rezeki dari Allah ada di mana-mana dan Anie sekeluarga tabah menempuh dugaan. Anie siap ada citer kan susah payahnya ke kuala lumpur hantar manuskrip ke creative enterprise. nampaknya diari ni ada sambungan lagi.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Dia ibu, ada ketikanya hati berdetik jua. Marah dan sakit hati mengepung, mengasak hati nuraninya. Diri bukan bahan sandaran... Juga bukan batu loncatan manusia-manusia hipokrit. Lalu Ti, di kesempatan yang bagai mana harus ibu kuatkan semangat. Bukankah setiap perbuatan itu harus disertakan dengan keikhlasan? Itu ibu akui namun sesekali hati ibu berbisik pilu... sukarkah memahami hati seorang ibu?

Review 452: Diari Bonda by Rohani Din


Diari Bonda
Penulis Rohani Din
Penerbit: Creative Enterprise Sdn. bhd
RM24.90
554 mukasurat

"Dosa apakah... sehingga begini berat dugaan yang kau berikan padaku?"

Well citer ni ditulis dalam format diari, ada tarikh, jam dan masa tapi penulisan macam novel lah.. lebih kepada rasa macam baca novel.. bukan diari. mungkin kerana penceritaan yang sangat spesific berbanding dgn diari. And this is a very very very thick diari. Perjalanan hidup yang penuh dengan dugaan dan dugaan itu bukan calang2 dugaan yg mampu ditempuh oleh semua orang.

Kisahnya sangat serius dan berat, disulami unsur-unsur mistik yang mbuat kita rasa seram sejuk pulak. Rasa macam membaca sesuatu dari pengalaman sebenar penulis.. tertanya jugak adakah ni perjalanan hidup sebenar Rohani Din?

Kisah ketabahan seorang ibu dan isteri yang diduga hidupnya, Anie. Mula-mula suaminya sakit, ada masalah jantung, paru2 berair, kencing manis, masalah buah pinggang.. macam2 la.. kesian dia.. bila husband dia dan ok sikit, anak dia yg paling disayangi, iaitu Siti pulak tiba2 diserang penyakit misteri yang tak terubat oleh perubatan modern. Ada roh-roh terbiar yang menumpang di tubuh anaknya, malah ada saudara sendiri yang menumpangkan saka di tubuh kecil Siti. Kesian! Keadaan Siti menarik pelbagai makhluk mistik dan Anie tidak pernah putus asa utk memulihkan anaknya.

Macam2 orang yg cuba mengubat Siti, ada yang jampi serapah, ada yg bersilat, ada yang menurun, ada yang berdoa dan mengaji, macam2 lah. Kehadiran Sani memang cukup menyakitkan hati. Dia mendakwa dirinya padnai berubat. Tapi rupa2nya dia ni ada helah tersendiri. suka ngorat perempuan guna ilmu memikat la. Anie terpaksa berjaga jaga dan berpura-pura baik dgn Sani sbb tak nak nanti sani berbuat jahat menggunakan ilmu hitam terhadap dirinya atau anaknya. dia berazam akan menyakitkan hati Sani sedikit demi sedikit dan setelah Siti sembuh nanti, dia akan membalas dendam atas segala-galanya yg Sani telah buat sehingga Sani sendiri akan menarik diri.

Sani tu rasanya muka tembok yg paling tebal. Panjang tangan betul, lambat lepas sikit tengok2 barang dah hilang, tak tau malu pulak tu.. dah la tu perasan bagus pulak tu.. aduih..

background citer ni sekitar singapura dan johor.

sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:

Tuhan.. Sesungguhnya aku tidak bersendirian berhadapan dengan kemelut ini. Aku ingin menjadi ibu dan isteri yang babah namun ada waktunya ketabahanku berada di penghujungnya. Kemampuan ku terbatas. Ti.. Merenungmu hati ibu tersentuh pilu. Doa ibu tidak putus Ti... Keinginan melihatmu ceria seperti dahulu jua tidak pernah lumpuh.

Review 451: Permata Asmara by Rozita Abd. Wahab


Permata Asmara by Rozita Abd. Wahab
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
RM22.90
460 mukasurat


"Cinta ini bukan mudah dipertahankan. Jerihnya, mereka yang rasa..."

Penulisan yang bersahaja dan mudah. flow cerita yang lancar dan agak mendatar walaupun di saat-saat genting terasa mendatar kerana gaya bahaya yang kurang meruntun emosi tapi ceritanya memang menarik dan mesti dibaca oleh peminat2 novel cinta.


Mengisahkan Nurin dan Eric Chua yang saling jatuh cinta pandang pertama. Azlinda mendendami Nurin dan sentiasa berusaha mencuri hati mana2 lelaki yang menunjukkan minat kepada Nurin. Sebelum ini 3 lelaki berjaya digoda oleh Azlinda tetapi Eric Chua tetap setia pada Nurin walaupun Nurin tidak memberi kata putus kepada lamaran cintanya.

Pemergian Eric ke Sweden selama 3 minggu membuat Nurin menanggung rindu sampai demam dan mimpi2 sebut nama Eric menyebabkan bapa Nurin tahu tentang Eric. Nurin makin pasti dengan hati dan perasaannya lalu menerima cinta Eric. walau bagaimanapun, mama Nurin menentang kahwin campur dan secara diam2 mengatur pertunangan Nurin dgn Iskandar yang pernah beralih cinta kepada Azlinda. Nurin sudah lama membuang Iskandar dari hatinya sbb jika sekali Iskandar pernah beralih cinta, tak mustahil dia akan melakukannya lagi sekali. Iskandar mahukan Nurin kembali. Demi maruah keluarga Nurin terpaksa menerima Iskandar tapi hatinya tetap utk Eric. Atas nasihat rakan2 karib Eric, Eric sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan Nurin. Eric nekad utk memerangkap Nurin agar terlepas dari tangan Is sehingga bapa Nurin terpaksa mengamanahkan Nurin kepada Eric. ;)

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang buku:

Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yg ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut utk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki adam adalah impiannya demi masa depan yang lebh bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yg baru bermula. Namun sekali lagi impiannya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan riwayatnya. Menuntut cintanya yg telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan utk nya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

Tuesday, July 12, 2011

Review 450: Kurela Cinta Ini Bertamu by Nuril Bahanudin


Kurela Cinta Ini Bertamu
Penulis: Nuril Bahanudin
Terbitan Kaki Novel
RM24.00
Sabah/Sarawak: RM27
Editor: Jabatan Editorial KNE
9789675067747
721 mukasurat


"Tatkala cinta mengetuk hati,
Aku masih dalam terpinga,
Perlukah kuterima takdir ini,
Yang aku dan kau perlu bersama..."


Perjalanan kisah Qish dan Daniel dalam kisah ini agak klise jika diletakkan sebaris dengan mana-mana kisah novel cinta selepas kahwin. Bagi yang menggemari kisah-kisah genre ini mungkin takkan jemu menjadikan novel ini sebagai santapan mata.


Daniel seorg jejaka kaya yg ada ramai kekasih. Qish pula seorang gadis biasa yang tiba-tiba menjadi tanggungjawab Daniel setelah Daniel tersalah masuk bilik ketika sedang mabuk dan Qish pula tengah weng lepas makan ubat selsema. Setelah mengetahui Qish mengandung, Daniel menjaga kebajikan Qish tetapi kedua-duanya merahsiakan perkahwinan mereka dari keluarga Daniel. Sepanjang tempoh Qish mengandung mereka mula merasa keserasian walaupun masing-masing ada kekurangan.


Rahsia mereka terbongkar apabila Daniel sendiri terpaksa menyambut kelahiran anak mereka di tepi jalan dan kejadian itu dilaporkan dalam berita perdana. Walaupun terkilan, ibu bapa Daniel gembira menerima cucu dan menantu serentak. Ketika usik-usik membawa bahagia, Suhail mencemarinya dgn mengaku anak dikandungnya milik Daniel. Ketika berada dalam keadaan meragukan itu, Daniel seperti tidak bersungguh-sungguh mempertahankan diri. Seolah-olah membenarkan saja tuduhan Suhail tanpa berusaha menidakkannya. Di hari pernikahan, Ricky muncul menyelamatkan keadaan dgn mengahwini Suhail tetapi Qish melarikan diri kerana merasa sudah tidak diperlukan lagi dalam keluarga kaya itu. Daniel berjaya menjejak Qish dan berusaha memulihkan semula hubungan mereka.


Masa baru nak mengecap bahagia lagi sekali, Haizam pulak tiba-tiba sedar dengan perasaannya terhadap Qish selama ini adalah cinta. Tindak tanduknya telah melukakan hati tunangnya dan hati Daniel yang sudah salah faham dengan kedudukan Qish dalam kejadian itu. Tanpa mahu mendengar apa-apa penjelasan, Qish dihalau dan tidak lama selepas itu bayi mereka disahkan sakit dan memerlukan pemindahan hati. Kebetulan Qish hospitalized selepas kemalangan, jadi secara sorok-sorok dia mendaftarkan diri sebagai penderma hati untuk anaknya. Tetapi pembedahan gagal dan anaknya meninggal dunia.


Qish sudah tawar hati untuk menerima Daniel dan membawa diri. Tetiba jer Qish tu rupa-rupanya pandai melukis dan buka galeri. Sepanjang penceritaan sebelum ni tak der pulak menunjukkan bakat-bakat seni Qish. Tup-tup ujung-ujung timbul pulak galeri lukisan. Daniel tidak pernah menandatangani tuntutan cerai Qish dan cuba membawa Qish kembali ke rumahnya tetapi pada masa yang sama dia mencemburui Adri yang kelihatan rapat dengan Qish di galeri. Ibu Daniel berjaya memaksa Qish kembali dan terserahlah kepada Daniel untuk memastikan isterinya terus berada di situ sebagai isterinya dalam erti kata sebenar.


Bagi aku cerita ini mempunyai jalan cerita yang bergerak laju dan tidak membosankan. Binaan cerita terasa menaik tetapi pada masa yang sama terasa seperti ada kekurangan emosi dalam penceritaan. Ia lebih kepada bercerita dan memberitahu apa yang terjadi. Past and Present kadang-kadang bercampur aduk membuat aku berpatah balik ke muka surat sebelumnya untuk memastikan aku tak terskip muka surat. Sayang pula kisah yang ada binaan cerita sebaik ini tidak diperkemaskan. Mungkin penulis masih mengumpul pengalaman dan harap-harap plot cerita ciptaannya yang 'fast phase' seperti ini akan dikekalkan. Looking forward to her next novel :)


yang penting, happy ending :)


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta/sinopsis


Kurela Cinta Ini Bertamu... hidup ini banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yg selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita. Eh, eh macam-macam ada kan? Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah utk jatuh cinta. Namun sekali bercinta... selamnya tetap cintanya. Berbeza dgn Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yg ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yg ada. Modalnya mudah. Wang, kedudukan dan raut wajah.


Pertemuan tanpa diduga telah mewujudkan sebuah ikatan yg rumit, masing-masing belum bersedia dengan rasa dan beban yg perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat dgn sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yan gdiberikan. Namun, nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yg perlu dijaga. Masing-masing serba salah, rumit dan argh pening kepala!!!


Qistina Balqish: Arghhh... tanya pada hati, hati kata tak tahu. Namun kau tak kulihat sehari jiwa sudah berlagu rindu, bagaimana? apakah yg perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ini? Sedangkan ada benih yang kian bercambah di dalam rahimku.


Daniel Muaz: Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran itu kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idaman aku, tapi aku dah mula angaukan kau Qish!


Haizam: Kenapa baru sekarang kusedar yg kau sebenarnya kucintai? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun demi cinta ini.


Yasmin: Aku perempuan... aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu. Kenapa kau tak mahu percaya sayangku???


Mampukah mereka mencapai bahagia sendiri? Entahlah , biarlah masa menentukan tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek begitu saja.

Review 449: Baju Melayu Hijau Serindit by Syud



Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Terbitan Jemari Seni
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789675118593
430 mukasurat


Tak start baca lagi pun dah senyum :) Bila dah abis baca, lagi la senyum. :)


Kalau sesiapa yang sudah pernah membaca karya-karya Syud mungkin Pacai bukan nama asing lagi.


Watak Wardah pada permulaan cerita (sebelum berinteraksi dengan Pacai/Firas) kelihatan biasa-biasa sahaja. Tetapi apabila dia mula berinteraksi secara langsung dengan Pacai, keseluruhan jalan cerita yang kelihatan agak tipikal menjadi sangat istimewa dan manis :) Syud menggunakan keistimewaannya dalam mencetuskan dialog manis untuk menangkap perhatian pembaca. Tanpa dialog menarik seperti itu, jalan cerita ini akan kelihatan tipikal.


Pertemuan pertama sibaju hijau dan si kasut merah di kedai buku mungkin kelihatan biasa-biasa saja di mata kasar tetapi bermula di saat itulah kedua-dua mereka mula merasai kehadiran satu sama lain dalam pertemuan demi pertemuan yang berikutnya. Si dia yang tak bernama mula dirujuk sebagai Shrek dan Dorothy (dari Wizard of Oz) sebagai tanda pengenalan yang hanya mereka yang tahu.


Apa terjadi apabila Shrek dan Dorothy mula mengenali nama sebenar masing-masing (Firas dan Wardah)? Haha... love is in the air :)


Mengapa Wardah perlukan bantuan Firas yang baru diketahui namanya? Dia memerlukan seorang 'stranger' lelaki untuk diperkenalkan kepada ibunya sebagai teman istimewa demi untuk mengelak dirinya dari dipasangkan dengan Ilham, seorang lelaki yang baru putus tunang. Dia tidak mahu menjadi seseorang untuk 'fill in the blanks' walaupun hakikatnya dia terpersona dengan perwatakan Ilham.


Firas? Pucuk dicita ulam mendatang. Tak susah nak jadi 'boyfriend' kepada Wardah asalkan mereka tidak jadi 'bestfriend' macam Teja Aulia dan Adil dulu. Jadi boyfriend yang prihatin lebih mudah dari jadi bestfriend yang memendam perasan cinta. Kan? Ketika diperkenalkan ketika kenduri doa selamat di rumah keluarga Wardah, Firas sudah diuji untuk menjadi imam. Whoaaa, good luck Firas.


Firas tak dapat mengawal diri dari mencemburui Wardah yang kelihatan rapat dengan Abang Hanan. Dah pandai merajuk dah si Firas. Wardah pun dijentik cemburu sehingga terbeli beg berharga RM600 selepas terserempak dengan Firas dan ibunya bersama seorang gadis yang sangat jelita (yang rupa-rupanya seorang doktor). Comel pula tengok diorang cemburu. Semakin terserlahlah perasaan sebenar mereka.


Sesuatu akhirnya terjadi sehingga memaksa Wardah meluahkan perasaannya. Apa ya terjadi sampai Firas menerima 105 missed calls dari Wardah? Baca lah sendiri dan senyumlah seindah suria. hehehehehe *senyum*


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Dia ibarat seperti orang yg sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.


I
Hidup seorg Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).


Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan 'mencari jodoh' mama itu?


"Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun."


II
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah 'hilang' daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!


"Apa yang I dapat kalau I tolong you?"
"You dapat jadi boyfriend I."


Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah :(

-----------------

SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yg memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!

Review 448: Cinta Syaza by Rosnani Shahadam


Cinta Syaza by Rosnani Shahadam
Terbitan Rhythm Publishing Co. Sdn. bhd.
RM21.90
466 mukasurat

"Demi cinta ini, aku tega menghadapi..."


cerita ni jelas menunjukkan penulis nya masih baru dalam bidang penulisan, malah mungkin tidak mendapat pendidikan formal utk menulis (pandai jer aku, aduih) anyway.. sebenarnya citer ni full of stories. setiap satu bab ada saja yang terjadi dan ada progress, cuma mungkin cara penulis mengolah cerita agak lemah, penyampaian agak kurang berkesan, kelihatannya seperti penulis merupakan seorang pembaca novel yang setia dan cerita ni ada compilation dan gabungan cerita-cerita menarik yang pernah dibaca dan dijadikan satu cerita baru.. saya rasa sekiranya penulis ini mendapat bimbingan yang baik, cerita ini akan menjadi sangat menarik dan berkesan.


resepi utk novel ini menarik.. kisah tomboy yang sudah tidak percaya dgn lelaki lantaran sikap bapanya terhadap ibunya. then diikut terjebaknya tomboy ini dalam perkahwinan kerana salah faham. Digantung tak bertali. Kembalinya dengan imej baru memikat hati suaminya tapi dia jual mahal. kalau dilihat dari segi ini citer ni sepatutnya menarik, tetapi kelemahan penyampaian menjadikan cerita ini terasa hambar dan seperti terburu-buru utk dihabiskan ceritanya.. rasanya kalau lebih huraian dalam penceritaan terutama mengenai emosi dan perasaan, tentu akan memberi kesan yang berbeza. I manage to finish this book in about 5 hours semasa perjalanan balik dari Kuantan-KL-Putrajaya.


Najwan, suami Syaza ni jenis tengok kecantikan fizikal, bukannya kecantikan peribadi, sama la macam emak dan bapa Najwan yg tak suka Syaza masa dia tomboy, tapi biler dia kembali dengan penampilan fizikal lain, baru la diorang restu. Masa Syaza ni tomboy lagi dia memang tak pandang pun walaupun dia pernah ikut Syaza balik kg utk menyamar sbg kekasih Syaza. Saya lebih suka Daniel (mix chinese + australian) yang memang sudah lama menaruh hati pada Syaza dan tak pernah berhenti berharap. sebab tu la saya suka ending dia.. tapi tu la.. jarak masa yg cuba ditunjukkan dalam citer ni tak terasa, macam terlalu cepat Syaza berubah hati.


sure fine whatever
Rinn





sinopsis belakang buku:


Syaza, gadis tomboy yang ceria, seorang sahabat yang sentiasa disenangi oleh Najwan dan Daniel kerana kejujuran dirinya. Tanpa disedari, Arif, anak majikannya juga cuba menagih cintanya. Pengalaman pahit yang dilalui ibunya membuat Syaza sukar untuk membuka pintu hati kepada insan yang bernama 'lelaki'. Peristiwa hitam mengubah segala-galanya apabila syaza dan Najwan terpaksa bernikah dengan satu perjanjian sebagai syarat. Namun kerana ego yang tercabar, Syaza digantung tidak bertali. Syaza terluka lalu membawa diri.


Syaza muncul kembali dengan perwatakan seorang gadis bertudung. malah, keayuannya yang terserlah membuat Najwan cuba menawan hatinya semula. Tanpa disedari, ada rasa cinta yang bertunas walaupun Syaza puas menidakkannya. Pada saat kasih kian bersemi, malang tidak berbau apabila Najwan terlibat dalam sebuah kemalangan.


hadirnya Daniel pada saat syaza berduka mengembalikan harapan syaza untuk menerima cinta setelah kehilangan insam tersayang. Daniel mula menganyam mimpi-mimpi yang indah bersama Syaza. kehadiran orang ketiga menggugat impian mereka untuk bersama. Mampukah Syaza mengecapi kebahagian setelah mengharungi pelbagai dugaan?

Review 447: Belahan Jiwang by Idaman Kalbu


Belahan Jiwang by Idaman Kalbu
Terbitan Creative enterprise sdn. bhd
76 mukasurat
RM5.90

Cerita gila yang happy dibaca. Memang gelak mengekek ngekek la baca buku nih. Mengisahkan gadis 19 tahun Ema dan Cumi yg sama2 memulakan bisnes nursery di rumah. Kehadiran Abg Hanif dan anaknya boboi mencuit hati Ema. Tapi kemunculan pakwe lamanya, Mat Rapi, menggamit nostalgia cinta Ema dan mat Rapi masa sekolah dulu. Cinta mereka terhalang sbb ibu mat rapi tak suka kat Ema yg tak la berapa pandai dlm pelajaran. Mat Rapi ni selalu nya dlm ranking 1-3 manakala Ema penduduk tetap di tangga ke3 dari belakang. Agak mengejutkan bila tau rupanya Boboi tu adik tiri Mat Rapi n Abg Hanif tu suami kpd ibunya Mat Rapi tu. Nyaris jer Ema jadi madu mak mat rapi. Tapi peristiwa kelam kabut ni mengubah pandangan ibu Mat Rapi terhadap Ema yg bijak menjaga dan mempertahankan Boboi. Abg Hanif tu ada masalah mental rupanya...

sure fine whatever
Rinn

Catatan belakang buku:

"Kalau mak aku tangkai jering, aku tangkai apa?"
"Tangkai petai!" jawabku pantas.
"Kau tu tangkai apa? Benda-benda dah teruk pun kau nak jual? Eh... tak kayalah kalau menipu!" Herdik Mat Rapi sambil bangun menolak kerusi dengan kasar.
"Kau tahu tak apa maknanya bunga dipetik, perdu ditendang? Kaulah contoh yang terbaik... mak aku kau benci, aku kau hendak!" sambung Mat Rapi.
"Sori le, kalau kau pun macam mak kau... aku pun tak ingin!"

Review 446: Virus Cita-Cita by Rosli Osman


Virus Cita-Cita by Rosli Osman
Terbitan Rhythm

"Antara cinta dan cita-cita - haluan manakah yang perlu dipilih"

Cerita budak-budak yg bakal menduduki SPM. Udin seorang pelajar yg berpotensi. Persahabatan yg dihulurkan oleh Intan disalahertikan dengan cinta. Farid yg cuba menagih cinta Intan mengundang rasa cemburu Udin. Pergaduhan menyebabkan Udin ditahan polis dan digantung sekolah. dia mula mengatur semula hidup dan masa depannya. Kejadia langgar lari meragut nyawa bapanya menjadikan Udin seorang anak yang lebih bertanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. cintanya disalurkan kepada pelajaran dan membuatkan hasil yang membanggakan.

Cara penulisan agak dewasa utk penceritaan kisah remaja, agak menyenangkan.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Pengaruh cinta hampir memusnahkan masa depan Udin. Udin sanggup melakukan apa saja utk memiliki Intan. Akibatnya Udin digantung sekolah dan ditahan polis. Udin terpaksa membuat pilihan antara harapan ibu bapanya atau terus hanyut menagih cinta daripada Intan.

Review 445: Ayat-Ayat Cinta by Habiburrahman El-Shirazy


Ayat-Ayat Cinta by Habiburrahman El-Shirazy
(Novelis Sarjana Al Azhar Universiti Cairo)
510 mukasurat
RM22.90
Terbitan AR-Risalah Product Sdn. Bhd.


Pemenang Award Novel Terpuji 2005
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005

The first thing yang kena tanam dalam kepala bila mula baca buku ni adalah never pre judge. teruskan membaca dengan sabar and you'll be rewarded sweetly. Sebelum baca buku ni saya memang dah ada prejudgement ni.. sebab bahasa buku ni translated dari bahasa Indonesia.. ada juga bahasa indonesia digunakan tapi yg sangat mudah dan kita boleh paham la. memang mulanya agak membantutkan minat membaca buku tapi as i go on, tak boleh stop sehinggalah ke muka surat terakhir.

Elakkan dari membaca semua komen yg terdapat di bhg hadapan buku ni, baca komen2 tu selepas habis baca buku ni sbb nanti spoil la dah tau apa jadi.. nampaknya ramai awek2 indonesia jatuh cinta dengan "Fahri" :)

Rasa macam membaca kisah seorang sufi di zaman moden. Hampir separuh dari buku ini menceritakan tentang peribadi dan latar belakang Fahri, seorang jejaka Indonesia yg berada di Mesir utk menimba ilmu. bits and pieces pada separuh buku ini penting utk dihayati so tht biler sampai the interesting parts selepas separuh buku ni, you will easily relate dgn the first part.

Bagi saya kemuncak dan keseronokan cerita bermula di saat Syeikh Utsman membawa lamaran buat Fahri dari anak saudara salah seorang kenalannya. Bermula dari situ flow pembaca terasa lancar dan interesting sbb tak sabar2 nak tau endingnya.
Fahri menyenangi Maria, seorang kenalan beragama kristian yg kagum dgn surah Mariam. Fahri sentiasa menjaga pergaulan dgn maria dan keluarganya. Nouri turut menaruh hati pada Fahri yg membantu menyelamatkannya dari kekejaman keluarganya sendiri. Nurul gadis cantik dari golongan bangsawan Indonesia menyintainya dalam diam tapi Aisha seorang gadis Jerman berdarah palestin yg paling berani menyuarakan hasrat menyunting Fahri utk dirinya melalui bapa saudaranya yg mengenali Fahri. Fahri pernah berdepan dgn Aisha ttpi tak pernah tengok wajah Aisha. Seram sejuk fahri memikirkan sapa la yg pinang dia. Fahri mengambil keputusan utk berkahwin setelah menimbangkan kata2 ibunya yg mahukan Fahri memperisterikan seseorang yang sanggup pulang bersamanya ke Indonesia dan jika wanita itu enggan, lebih baik kawin dgn gadis Indonesia saja.

Fahri dan isteri dilamun cinta suci, di saat berita gembira ketibaan cahaya mata, kebahagiaan mereka diragut oleh fitnah yg menyeret Fahri ke lembah siksaan penjara Mesir. Sungguh memilukan, dan memang nangisla mengenangkan siksaan yg terpaksa dilalui oleh orang sebaik Fahri. Hanya cinta Maria yang dapat menyelamatkan Fahri!

Membaca buku ni jugak refresh balik ingatan kita dgn ayat2 suci al Quran. Hadis-hadis, melembutkan lidah menyebut kalimat2 suci Allah. Cara penulis menceritakan suasana panas di Mesir sangat mengesankan. Macam terasa-rasa tahap kepanasan yg dialami oleh mereka di sana.

Satu buku Islamic yg dihiasi terjemahan ayat2 suci, hadis serta puisi cinta yg jiwang dan menjadikan hati berbungo bungo. Disulami kisah cinta pertama teruna dara yg menghiburkan. Dugaan Allah buat insan yang beriman mempunyai hikmah yg sangat besar.

sure fine whatever
Rinn

catatan belakang buku:

Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005
Pemenang Anugerah penghargaan The Most Favourite Book 2005

Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia" kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula.

Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yg sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki- malah - menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) & Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

Rasanya memang sesekali ksiah cinta yg Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.

Maka itu, tidak membacanya seperti melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya

A Samad Said
Sasterawan Negara

"Berbeza rentak dan nada dengan Harry Potter, akhirnya Ayat-Ayat Cinta terpilih sebagai the most favourite book..."
Majalah Muslimah
Edisi Januari 2006

"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya timur tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam novel ini terasa seolah-olah ianya benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"
Ahmadun Yosi Herfanda
Sasterawan & Rekadsi Budaya Republika

"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun ini di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam dan begitu dewasa!"
Mohamad Fauzil Adhim
Pakar Psikologi & Penulis Buku2 Best Seller

"Jika Naquib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ianya hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari, lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya, dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya. Ditulis dengan bahasa yang lancar dengan tokoh-tokoh yang hidup dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka..."
Joni Ariadinata
Penulis cerpen, Redaksi Jurnal Cerpen Indonesia

Review 444: Sejujur Hatimu by Umi Azrini


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sejujur Hatimu by Umi Azrini

"Seulas senyuman sekilas pandangan adalah bicara sepi dari lubuk hati"

Bila dah lama tak baca kisah cinta selepas kawin ni, macam best la pulak.. hehe.. jiwang nyer citer ni! biasala citer macam ni mesti salah sorang ego atau dua2 ego. ni citer ni dua2 ego, kepala batu dua2nya. Umi Azrini bijak mengalun citer membuat kita turut terbuai dgn perasaan cinta watak2 utama.. kira boleh sampai tersipu sipu dan memintal mintal ujung bantal lah. hik hik.

kisah ni melibatkan Reen dan Fahrin. Diorang ni ada tarikan fizikal antara satu sama lain. dua2 merasakannya tapi dua2 sudah ada pilihan hati yg lain. Fahrin dicabar kekasihnya Maya seorang pelakon, Fahrin mahu membuktikan yg dia juga boleh belakon dng orang lain dan nak tengok if Maya jelous or not. Kamal mengambil kesempatan dari keadaan ini utk membalas dendam kepada Iqbal, kekasih Reen supaya frust menonggeng sbb dia ni ada sakit hati dgn Iqbal berkaitan dgn bisness dia. Kamal berjaya menghasut Fahrin supaya memaksa Reen mengahwininya utk prove kan pada Maya yg dia boleh berlakon bercinta
dan membuat org tu jatuh cinta kat dia. Reen terpaksa menerima kerana bapak dia sikit punya garang da.. Diorang mmg dah lama bekenan dgn anak saudara diorang tu, dah la doktor, ensem dan baik hati pulak tu. tapi Reen dgn Fahrin ni tak leh jumpa, jumpa jer mesti nak gaduh2, tapi dalam gaduh2 tu diorang ada tarikan yg tersendiri antara satu sama lain. Kamal tahu masa diorang remaja
dulu, fahrin ada hati kat Reen tapi Reen tu garang nak mampus.

Lepas kawin tu diorang dok bilik asing2 la.. Fahrin dah mula lembut hati dan betul2 jatuh hati dgn Reen tu. tapi nampaknya ego reen lebih tinggi. kalau nak tau kisah seterusnya kena baca sendiri la..

tak sangka pulak nama kedai "JoAnn book corner" ada disebut dlm citer ni! Umi Azrini ni mesti member baik Leeya Myra nih.. tu kan kedai buku milik Anneesa dan Joane dlm buku "mencari cinta" dan ada disebut lagi sekali dalam buku Leeya myra yg terbaru "Izinkan ku bahagia". Interesting.. err tertanya-tanya pulak, Annessa ngan Faris tu dah kawin belum??? ish...

sedikit kekeliruan masa Reen dan Fahrin berbincang (atau lebih tepat bergaduh) lepas makan kat restoren (lepas reen balik dari indon tu). Kalau ikutnya pertelingkahan tu berlaku semasa Reen nak pi tunggu teksi kat depan restoran tu tapi biler dah berlarutan tengok2 suasana yg diceritakan dah kat dalam rumah diorang pulak.. bila masa la pulak depa balik? *garu pala* diorang ni gaduh dan berdebat sakan sampai tak perasan dah sampai rumah?

yg tentang "3 rings" tu saya penah dengar dalam bentuk jokes dalam rancangan "America's funniest home videos".

sure fine whatever
Rinn

terbitan alaf 21 sendirian berhad
sinopsis belakang buku:

Reen & Fahrin - Hubungan mereka sedingin salju. walau bersaudara, namun tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dlm menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing2 menginjak dewasa.

Maya & Fahrin - kematangan usia membibitkan rasa cinta di hati masing2. Namun, segalanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yg mementingkan dunia pentas teaternya.

Semua berpunca dari rasa dendam, sakit hati dan keegoan. Fahrin nekad. Andai dia ditakdirkan kecundang dalam cinta, biar dia mencari kebahgiaannya sendiri! Malang sekali, Reen dijadikan mangsa. Fahrin menjadikan kegagalan cintanya sebagi landasan untuk menguji 'kehebatannya' yang sebenar. Kerana dia, banyak hati yang terluka dan sengsara. Biarkan! Baginya biar orang lain menderita
kerananya, jgn dia meratap kerana mereka. Cukuplah sekali dia tewas.

Pepatah ada mengatakah, "Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dgn orang yang salah sebelum ditemukan dgn orang yang tepat." Benarkah?

Review 443: Aku Yang Kau Tinggalkan by Hendan Yahya


Terbitan Creative Enterprise sdn. bhd
Aku yang kau tinggalkan by Hendan Yahya

"Cintamu umpama rumah api yang memberi pedoman di dalam pelayaranku ini"

ni kisah balas dendam. sanggup mementingkan dendam daripada perasaan cinta yg dah mula wujud. bila timbul penyesalan dendam yg dah berbalas terasa tak memberi makna dan kepuasan, malah lebih rasa terbeban dengan kesalahan yg dah dilakukan. Agak keterlaluan cara balas dendam yg digunakan dlm citer ni. mcm bertentangan dengan budaya melayu kita la.

Iqmal berdendam dengan arwah ibu Liyana Ashikin yang dikatakan telah menyebabkan goyahnya rumah tangga ibu dn bapanya, ibunya tersiksa dan meninggal dunia. dendam iqmal makin menebal, dia berjaya memikat Liyana Ashikin dan bila berjaya mendapatkan kpercayaannya, dia mencabul kehormatan Liyana Ashikin lalu ditinggalkan menanggung malu hingga terpaksa meninggalkan pelajarannya.

Setelah kehilangan LIyana Ashikin barulah Iqmal sedar yg dia sudah cintakan Liyana Ashikin, seorang lemah lembut dan berbudi bahasa, pandai menjaga hatinya.

Dia cuba dptkan kembali cinta Liyana setelah tahu kedudukan sebenar, ayahnya sendiri yg gilakan ibu Liyana tapi tak dilayan lalu dia frust hingga melupakan tanggung jwb kepada keluarga. IQmal telah salah faham dan mengambil tindakan drastik sebagai pembalasan kpd orang yg tidak berdosa. dia sanggup mengambil Liyana sbg isterinya tetapi Liyana ashikin sudah mula mempertimbangkan hajat Fairul sekeluarga yang ikhlas menerima dirinya seadanya.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku
terbitan creative enterprise sdn. bhd

LIyana ashikin. Gadis yang diburu untuk dicintai... namun akhirnya dikhianati cintanya dgn kejam. Iqmal tidak mampu menolak alunan cinta yang mengepung rasa... di matanya ada cinta yang membara pada gadis istimewa. Menyala kala ditiup bayu yan gmenggetarkan jiwa. Namun kerana dendam orang tua... Iqmal butakan mata dan pekakkan telinga demi melunaskan hasad yang tidak pernah padam. Maruah seorang gadis akhirnya tergadai... terlerai dari tampuk hati yang
suci murni. Apakah kehadiran Fairul dapat menyelamatkan Liana Ashyikin yang terlelong hatinya? dan tanda yang Iqmal tinggalkan apakah dapat Fairul jaga dgn penuh kasih sayang bersama Liyana asyikin yang dicintai sepenuh hati?

Review 442: Garis-Garis Deja Vu by John Norafizan


Garis-garis Deja Vu by John Norafizan
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2008
RM22.00
640 mukasurat
isbn 9789675118005


Kali pertama saya membaca karya penulis ini adalah novel Tunjukkan Aku Satu Bintang. Juling mata tengok novel tu, tebal giler... tapi bagi saya novel tersebut sangat memorable walaupun not my cup of tea. Ternyata semasa membaca GGDV saya masih boleh mengingati dengan jelas siapa father Thomas Rodriguez, siapa Lenny, siapa Daniel. Malah sister Mary ngan Dirty diana pun saya ingat! Ni kira saya la pulak yg mengalami deja vu semasa membaca GGDV nih. Nampaknya saya lebih senang mengingati novel2 yang menampil kan kelainan. Memang banyak novel genre biasa dan romantis yang saya baca dan saya suka tapi kadang2 tu saya gagal membezakan antara satu sama lain. Cerita ini seperti kesinambungan kisah Tunjukkan Aku Satu Bintang.


Novel ini dialunkan 4 kisah secara berasingan Ashraf, Nini, Damien, Suraya, . Permulaan bab bertajuk Rumi dan Mimpi Damien. tapi citernya lebih kepada kata2 Rumi dan juga keluhan hati Ashraf. Tak der pulak Damien. Di bab kedua dah masuk kisah Suraya.


Ashraf seorg suami yg akur kehendak ibubapanya utk menerima Nini sbg isteri. Berita Nini mengandung membuatkan dia mahu mencari Laila di Jordan. wanita itu pernah menjadi isterinya dan ketika terpaksa berpisah Laila sdg mengandung. Perjalanan getirnya di pdg pasir menemukan dia dgn Attayak ali & keluarga. Sulaiman, anak kecil jatuh dlm penjagaan Ashraf dan kini dia bertanggungjwb mencari ayah kpd anak itu.


Nini rasa berdosa pada suaminya. Atas bantuan Sedek, dia terbang ke Jordan menjejak suaminya. Namun kapai terbang kena hijack lah pulak. Sedek mati terbunuh lalu menemukan Nini dgn Numair, salah seorang pengganas yg jatuh cinta pandang pertama dgn Nini.


Damien anak kecil yg ditinggalkan baba ketika ibunya koma. dia terkontang kanting tanpa arah. Watak ini mengingatkan saya kepada Daniel dlm Tunjukkan Aku Satu Bintang. Geramnya saya pada Jenny yg merampas beg Damien berisi wang 2000 pound yg ditinggalkan baba. Rasa mcm nak tenyeh2 jer Jenny keparat tu.. tak sangka takdir menjadikan mereka sahabat yg paling baik di dunia. Mereka nekad memulakan pengembaraan menjejak semula baba Damien.


Suraya, seorg atheis. Dia dilahirkan sbg seorang Islam. Cinta pada Father Thomas telah menjadikan dia murtad lalu memeluk agama kristian. Akhirnya dia hilang kepercayaan kepada mana2 tuhan. Eilin menyebabkan hatinya mengingati semula Islam dan Jack Corbin mengembalikan keyakinan dia kepada Allah yang satu.


Setiap mereka dalam perjalanan penting dalam hidup mereka. namun titik pertemuan mereka satu. Kalau nak tau apa kaitan mereka semua ni, kena la baca kisah ni :)


kisah drama berat tapi saya tak pening menghayatinya. Namun ada ketika2nya saya rasa seperti baca buku terjemahan. mungkin sbb penggunaan nama2 watak inggeris dan tempat2 luar negara.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Kata Rumi:
pasangan yang bercinta bukan bertemu di satu tempat akhirnya
mereka sudah bersama sejak dari azali lagi


Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dlm nada berbeza. dua benua. Tiga negara. Empat nyawa. Dan satu takdir yg tersimpul mati.


Sebuah episod pengembaraan yg merentasi garis-garis deja vu
satu pelarian tanpa noktah
dan rentetan pertemuan2 aneh seorg Damien


Kenapa setelah sepuluh tahun berselang,
Ashraf harus mencari laila yang hilang
sedngkan isterinya, Nini ditinggalkan pergi?


Dan begitu mahalkan harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkanNya demi dia?


Sebuah lagi karya segar daripada John Norafizan, seorg jurutera yg mahir menyusun peristiwa-peristiwa cerita; pengarang yg sentiasa mendaulat kan bahasa ibunda pada setiap karya-karyanya.

Review 441: Tunjukkan Aku Satu Bintang by John Norafizan


Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Tunjukkan Aku Satu Bintang by John Norafizan
RM29.90
720 muka surat


"Untuk sebuah cinta, aku sanggup menghadapi seribu luka..."

Sempadan tanpa seri,
fana dalam mencari diri...
tunjukkan aku satu bintang,
buat merwarna sesuatu yang telah hilang...

dari pembacaan saya yg kurang pengalaman ini saya rasa cara penceritaan penulis adalah sangat straight forward tapi bijak menyembunyi dan memutar belitkan kebenaran yang disampaikan dan membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya kisah silam yang menghantui watak2 utama dalam cerita ini. Dalam penceritaan kisah2 semasa watak2 utama, kisah2 masa silam lebih menarik utk dikupas dan membuat pembaca nak tau apa sebenarnya sudah terjadi. Penulis bijak mengolah persoalan itu walaupun secara samar2 kita dah boleh mengagak setelah membaca lebih separuh buku ini. Terus terang saya tak bosan membaca buku ini dan tak tergesa gesa nak menghabiskan.. cuba mood membaca terbantut
bila mendapati kira-kira 8 muka surat tidak bercetak, dah tu muka2 surat kosong tu berada lebih kurang 1cm sebelum buku habis.. aduih..

Secara ringkas cerita ini menceritakan tentang Jeslina anak Malaysia yang terbuang di Manchester setelah mengahwini seorang lelaki bernama Henry. Setelah Henry meninggal dunia dia terdampar di Manchester seorg diri kerana dirinya tak diterima keluarganya di Malaysia. Watak Father Thomas memang mengelirukan, seorang lelaki yang sentiasa menyalahkan orang lain utk memujuk diri. Jeslina jadi seorang manusia yang tak kisah dengan hidupnya tapi amat sayangkan anaknya Daniel. Jeslina ni seorg yg tak dapt hidup tanpa cinta lelaki. Dia bernyawa kerana masih ada cinta pada kenangan bersama Henry. Kepulangan Ida dan kemunculan Asnawi memberi sinar ceria dlm hidupnya. tapi bila Ida cintakan Father Thomas yg sanggup memeluk Islam, Jeslina cemas kembali. Dia tau siapa Father Thomas sebenarnya dan cuba memujuk Ida tapi sia-sia. Ida perlu
melalui semuanya sendiri utk menyedarkan dirinya bahawa dia tersilap mencurah kasih. Daniel mula menjadi seorang Islam sebenarnya setelah kenal dgn Asnawi dan Jeslina pun turut serta setelah bertahun tahun terumbang ambing tanpa bimbingan. Namun Asnawi ada kisah misteri tersendiri yg bersangkut paut dgn Father Thomas, kisah silamnya mungkin jauh lebih tragis dari Jeslina. Tekejut juga bila tau yg Henry mengahwini Jeslina atas perancangan Father Thomas yg mahu menutup kesalahannya tapi Father Thomas sendiri kecewa bila Henry betul2
menerima Islam dan menjadi pengikut yg taat, menyayangi Jeslina dan Daniel sepenuh hati.

satu cerita yang penuh dengan misteri dan merungkai rahsia lama. ada ending yg tragis dan ada yang menggembirakan.

sure fine whatever
Rinn

terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindui masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar saja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula?

Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina...

Review 440: Indahnya Kasih by Kreisya Reisya


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Indahnya Kasih by Kreisya Reisya
RM15.00
380 muka surat

"Kita memintal angan di ruang mimpi yang sama membina istana cinta"

ni adalah sambungan kepada novel Kreisya Reisya yg bertajuk "Kisah Kasih" yg popular kerana konsep citer2 fairy tales yang ditampilkan. Aizat @ syah E yang meminang puteri farahdika dgn membawa sebelah kasut farah yg tertanggal di suatu majlis. :) memang sweet citer tu.

Dalam kesinambungan di dlm buku ini mengisahkan Aizat & Puteri yg baru mendirikan rumah tangga. Puteri masih lagi menebal sikap manjanya, nasib baikla Aizat ni caring dan sangat penyabar, memudahkan Puteri belajar menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri sepenuh masa. Memang kelakar la baca kisah Puteri yg baru belajar memasak, mengendalikan mesin basuh dan mcm2 lagi lah. Dia bahagia dgn Aizat. walau bagaimanapun dugaan tetap datang menguji istana yg mereka bina. Rasa cemburu, masalah zuriat, perebutan harta dan sindir menyindir dari keluarga mertua turut mengganggu keharmonian mereka. Aizat tetap sabar memainkan peranannya sbg suami yg sangat sangat sangat
bertimbangrasa. rasanya dugaan paling besar buat Puteri adalah apabila ayahnya kawin lain, disangkanya ibu bapa nya adalah couple yg paling romantis di dunia tapi masa merubah segala galanya. Semua yg menduga menjadikan Puteri lebih dewasa dan matang of course she lives happily ever after with her beloved husband, daughters and son.. di samping itu ibu dan ayahnya yg masing2 berkahwin lain turut menghadiahkan dia dengan adik2 baru yg comel yg sebelum ini dia tak pernah ada.

bagi those yang suka Kisah Kasih memang wajib baca sambungan ni..

sure fine whatever
Rinn

terbitan alaf 21 sdn. bhd
sinopsis belakang buku:

Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seseorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu penuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan.

Detik masa pun berlalu...

Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hati, menyulam kembali khayalan cinta Puteri yang terbina di alam remajanya. Terus mempercayai bahawa cinta luhur itu tetap wujud sebagaimana kisah-kisah dongeng semalam, Puteri melangkah ke alam perkahwinan. Dari dunia khayalan, dia mula mengenali realiti hidup sebenar.

Dia mulai belajar menjadi seorang suri di hati puteranya. Buat Puteri, perkahwinan itu bukan lagi satu fantasi. Di sini... di dunia yang baru ini, ada warna-warna kehidupan yang tersendiri. Dia perlu belajar menjadi seorang wanita matang seiring usianya. Dan sebagai suami, Aizat cuba membentuk permaisuri hatinya menjadi seorang wanita yang bernama isteri sejati.

INDAHNYA KASIH... merupakan sambungan KISAH KASIH, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan.

Review 439: Bara by Abdul Rahim Awang


Tajuk: Bara
Penulis: Abdul Rahim Awang
Penerbit: Creative enterprise Sdn. Bhd
RM24.90
540 muka surat


"Nafsunya terjerat di sangkar dosa dan noda..."


Rasanya suatu masa dulu pernah baca salah satu buku hasil tulisan Abdul Rahim Awang ni, tapi dah tak ingat tajuk apa. Ni kira karya baru jugak la by ARA, terbitan tahun 2006. The book is divided into 4 parts, prolog, Buku I, Buku II dan Buku III. Prolog memperkenalkan kepada 2 watak utama dalam buku I dan buku II iaitu Dr Haryati dan Jun Azzuddin. Buku I menceritakan kisah berkaitan Dr Haryati, Buku II
tiada kaitan langsung dengan Buku I yg menceritakan dunia yg jauh berbeza dari Buku I seolah-olah kita sedang baca novel lain.. Buku III menemukan watak Prolog, Buku I dan Buku II.


Buku I: First part of the story memang saya suka.. kisah Dr Zaharah yg berkahwin dgn Rosli, seorang kerani. Di awal perkahwinan Dr Zaharah tak kisah dgn mulut2 orang yg mengumpat tapi lama kelamaan dia terpengaruh dan mula memandang rendah kpd suaminya hingga membawa ke penceraian. Dr Haryati tak pernah mengenali Rosli tapi dia amat bersimpati pada rosli dan cuba menasihatkan Dr Zaharah agar mempertahankan perkahwinannya tapi Dr Zaharah tak nak, siap offer
haryati suruh amik her husband. Dr Haryati warning Dr Zaharah yg dia akan menyesal. Dr Haryati mengatur strategi dan dia berjaya menawan hati Rosli yg terluka dgn mendalami minat dan kebiasaan Rosli. Kelakar baca part Haryati pi tengok Rosli lawan ragbi, memang meriah la game tu dgn kehadiran Haryati.


Haryati lebih observant berbanding dgn Zaharah yg lebih banyak membuat prasangka. Kesabaran Haryati memikat byk pihak yg sentiasa mengawal Rosli yg rupa2nya seorang ahli perisik yang paling berharga bg kerajaan.


Buku II: Kisah dalam buku II penuh dengan kisah berkaitan dengan Industri memperdagangkan wanita. Ada kumpulan wanita yg cuba menarik those yg terjebak dari terus terlibat tapi diorang ditentang oleh orang atasan dgn menggunakan pembunuh upahan sehingga seorang pengerusi tertinggi diorang mati ditembak ketika berucap, membuat kan beberapa ahli kumpulan merancang pembalasan dgn menggunakan tarikan sexual utk menjatuhkan orang kuat dalam sendikit tu iaitu keluarga Tan Sri Wan Mutalib. Kumpulan itu mensasarkan utk menjatuhkan anak2 kebanggaan Wan Mutalib iaitu Wan ramli, Wan Adnan dan Wan Mokhtar.


ntahla.. satu perjuangan suci yg menggunakan cara kotor dan keji di sisi agama utk membalas dendam? bukan perjuangan la tu. Katrina membuat hubungan sulit dgn Wan Ramli hingga WR hilang pertimbangan dan menyebabkan kematian isterinya yg sedang mengandung. Jun Azzuddin membuat hubungan sulit dengan Wan Adnan, ended up falling in love with him and berjaya memutuskan long-term relationship antara Wan Adnan dgn teman wanitanya manakala Wan Moktar memang satu sen pun tak guna, hehe.. senang saja diperbodohkan oleh Rita. Boleh dikatakan ketiga-tiga rancangan tak berjaya dgn cemerlang, cuma berjaya
mengguris hati dan perasaan saja.


Rita menggantikan tempat sbg presiden gerakan yg nak menyelamatkan wanita2 yg terlibat dgn pelacuran tapi dia pon kena tembak jugak semasa berucap. membawa ke BUKU III mempertemukan Jun Azzuddin dgn Dr Haryati. Haryati kawin ngan Rosli dlm proses mencukupkan 12 anak utk team ragbi seperti yg dijanjikan dan Jun Azzuddin berkahwin dgn Wan Adnan yg berjanji tak akan terlibat dgn kegiatan memperdagangkan wanita lagi. Walaupun keberatan, Wan Adnan membenarkan Jun menjadi pengerusi gerakan wanita itu dgn syarat dia tak buat sebarang public speech, takut nanti bini dia pun kena tembak jugak.


Bagi saya Buku I memang menarik. Cara rahsia sebenar Rosli dibongkar dan keletah Dr Haryati yang mencuit hati. Buku II penuh dgn kisah2 berkisar industri pelacuran dan saling berbalas dendam, bomb mengebom dan macam2 la yg sewaktu dgnnya. buku II saya amik masa 2 hari utk habiskan.. mungkin sebab bosan.. atau saya tak berapa suka cara yg digunakan utk menjatuhkan keluarga Wan Mutalib tu. Walaupun cara halus.


sure fine whatever
Rinn

Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
Sinopsis belakang buku:

Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgokan nikmat yang membahang. Antara kebenaran
dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandar... dijunjung bersama keegoan yang membuta tuli. Rezekinya daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan mereka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan.. dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam.

dan pembelaan ini terbayar juga akhirnya.