Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Tuesday, June 15, 2010
Review 147: Tentang... Dhiya by Syud
Tentang... Dhiya by Syud
Terbitan Jemari Seni
RM21.00
545 mukasurat
resepi utama syud utk menarik pembaca adalah menggunakan elemen 'mencuit hati' dgn gaya penceritaan komedi ringan. Pendekatan sebegini biasanya akan menjadikan pembaca mudah mesra dgn watak yang diketengahkan. Saya memang suka dgn gaya santai begini dan kalau tengok review2 saya yang lain pun penceritaan begini memang menjadikan bintang2 saya bersinar-sinar. ;) Bila kedukaan menimpa watak2 kesayangan kita, kita akan mudah merasa simpati dan hiba.
Penceritaan yang seimbang mengenai sepasang watak utama cerita ini. Saya tak terasa Syud berat sebelah dalam menceritakan perihal Lisa dan perihal Azril. Kedua-dua watak ini kita dapat kenali dengan seimbang dan Syud ada keistimewaan utk menyampaikannya dalam bentuk penulisan yang paling mudah dan membuatkan saya menyukai kelebihan dan kekurangan insan2 biasa seperti Lisa dan Azril. Kebiasaannya cerita2 yang kita baca tentunya akan cuba meraih simpati pembaca kepada watak utama wanita yang penuh emosi dan dibebani pengorbanan demi pengorbanan. Sekiranya itu berlaku dalam cerita ini, ia akan menjadikan kisah ini agak stereotype.
kisah love-hate relationship dan kawan jadi kekasih ni ntah sudah berapa kali dialunkan oleh pelbagai penulis. Alunan Syud ternyata ada sentuhan tersendiri dan menjadikan "Tentang...Dhiya" terhighlight di kalangan novel-novel genre ini di rak saya :)
Serba sedikit Tentang...Dhiya. Dhiya Nurlisa mempunyai latar belakang kehidupan yang penuh kesedihan. Mungkin itu menjadikan dia agak beku. Hanya orang2 tetentu dapat merasakan kemesraannya. Azril hadir lalu menambah rencah kisah hidup Lisa. Meletakkan dia dalam pelbagai situasi tak terduga, memberinya pengajaran yang tak akan dilupa. Mereka menyentuh emosi antara satu sama lain dalam keadaan yang mereka sendiri tidak menyangka.
Lepas grad masing2 membawa haluan masing. Mereka putus khabar berita selepas sebuah interaksi yang lebih kepada perdebatan hingga menyebabkan Azril hilang kawalan emosi lalu memarahi Lisa. Lisa pergi bersama rasa terkilan. Azril tinggal bersama penyesalan.
Tahun demi tahun berlalu dan garis takdir mereka bertemu kembali dalam situasi2 yang sentiasa meletakkan mereka di tempat yang sama. Tahun2 yang berlalu tidak memudarkan ingatan mereka antara satu sama lain. Emosi berkocak semula tapi siapa yang perlu melafazkannya?
sure fine whatever
Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi
Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?
Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!
Sdgkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.
Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!
Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?
Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!
SYUD ada gaya yg tersendiri apabila bercerita Tentang...Dhiya. Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment