Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, June 7, 2010

Read Malaysia 2010


Salam All,

Aku pun tak perasan book fair read malaysia ni. Semalam dpt emel dari kaksu NB kara, barulah aku tau. Mcm tak der promotion sangat lah pulak. tapi NBKara ada release buku baru! Join venture penulis Norhayati Berahim ngan Anuar Kamarudin, diorang kira berduet la kot dlm satu novel ni. hihi. Boleh dapat kan kat Read malaysia 2010 ni yang diadakan di MIECC, Mines Resort City.

Sabtu Ahad lepas aku tak tau yg pesta buku ni dah berjalan, kalau tak boleh la jugak jengah2. Weekend akan datang ni ada lagi, kalau ada sapa2 nak jengah. aku tak bleh pi lah, aku balik kampung, ada program baek punyaaaaa dgn famili ;)


boleh ke http://www.readmalaysia.my/ untuk maklumat lanjut :)

3 comments:

  1. rin, saya dah pegi ahad malam baru ni, entahlah rin, tak rasa mcm pesta buku, yg jumpa booth PTS, tp tak xcited langsung nak jalan2 dlm tu. Yg besar hanya MPH yg cuma bg disct 10% utk novel2. Baik sy tunggu pesta buku Selangor. Sy langsung tak war2kan kat kwn2.. i wonder why diorg pilih Aznil utk jd duta... emm...

    ReplyDelete
  2. Read Malaysia tu memang tiap2 tahun buat kat MIECC ke? masalahnya tempat tu orang susah nak pegi especially yg ada masalah pengangkutan like myself. Tahun lepas pun pegi share cab dgn kucc. Tahun ni memang tak tahu langsung tentang kelangsungan Read Malaysia ni. Kalau tahu, memang last week saya gi jengah jugak. Sebab memang suka jer jalan2 kat tempat2 yg ada buku :)


    Rasanya kalau Read Malaysia ni buat kat Lokasi yg public transport nyer senang mcm area PWTC tu bas senang, teksi senang, lrt pun senang, parking space pun byk, sebab tu ramai suka pi.


    Aznil jadi duta? ye ke? tahun lepas tengok ada upin ipin jer. hehe. Mungkin nak tarik perhatian org melayu kot. Sbb kalau perasan, read malaysia ni byk promote utk org cina saja. so biler publisher melayu join, diorang nak tarik juga pembaca2 dari golongan melayu utk pegi ke Read Malaysia.

    ReplyDelete
  3. yes rin...byk jual product org cina, teddy bear pun ada jual kat situ, dah mcm jualan buku2 cina.. sebb tu sy kata tk best. tak teruja langsung nak habis masa ronda booth. booth PTS pun tumpang booth Gramedia. imagine that...

    ReplyDelete