Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, March 28, 2012

Review 671: Sentuhan Kasih by Norhayati Berahim


Sentuhan Kasih
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Aku merinduinya dalam derai dingin salji..."

"Daripada penulis 'best seller' Pesanan Terakhir Seorang Lelaki, Inferior dan Seindah Derita."

Ni pinjam dari kak ima nih.. sambil-sambil tengok orang main bola jaring, sempat lagi ha baca buku nih.. thanks kak ima sbb recommend buku nih.. nampaknya ada dua peminat Norhayati berahim nih! dua2 JU nih!.. memang susah utk tidak suka cerita nih.. citer cinta selepas kawin memang menjadi kegemaran ramai pembaca novel cinta di malaysia.. and when it's from Norhayati Berahim memang la kena baca.

Watak utama kali ni Inas dan Zakry (mixed la.. Jerman + Melayu = JEM manis gitu. hehe.. jgn marah cp, kak ima ;) ) Pertemuan kali pertama antara Inas dan Zakry adalah masa dlm tren di Norway. Bantuan Inas kpd Zakry yg tak kenalinya mengusik hati zakry.

Bapa Inas memaksanya berkahwin dgn Ikmal atas alasan Ikmal tu lelaki yg baik lagi pun bapa inas byk berhutang dgn Ikmal. Inas terpaksa bersetuju. Selepas perkahwinannya dia bertemu dgn kalsum, isteri Ikhmal yg setia. Kalsum terlalu baik utk lelaki seperti Ikhmal dan Inas memberanikan diri berdepan dgn Ikhmal dan akhirnya mereka bercerai. Jadi janda berhias la.. Inas membawa diri ke Norway kerana dibuang ayahnya. Dia mendpt pekerjaan di sana tapi tiada tempat tinggal yg sesuai. Zakry mengambil peluang utk mendekati Inas dan mempelawanya tinggal di rumahnya yg turut disewa dua pasangan yg telah berkahwin. Utk menghalalkan mereka serumah Inas bersetuju berkahwin dgn Zakry. Bagi Inas dia akhirnya mendapat tempat berteduh, manakala bagi Zakry, Inas sudah ada di tangan cuma hatinya saja yg perlu dicuri.

Zakry sabar menanti Inas. Kehadiran Dayang Amy membibitkan rasa cemburu di hati Inas. Bila kawan Inas, Niza dtg diorang pegi bercuti. masa ni la zakry dan Inas diuji dgn rasa rindu. Inas yg terpaksa berenti kerja kemudiannya bekerja utk Zakry dan tugas itu membawanya kembali ke Malaysia. Dengan bantuan sahabatnya, Niza, Inas berjaya membeli syarikat Ikmal and it's payback time.

sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:

Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia... Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji atau terus menanti panasnya bahang asmara utk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati.

Review 670: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki by Norhayati Berahim


Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
by Norhayati Berahim
RM20.90
444 mukasurat
terbitan creative enterprise sdn. bhd

hmm mcm mana nak cakap ye? dari segi story memang menarik la, bittersweet revenge. watak Nik Arif awalnya berprasangka dgn Atiqah dan mula perasan yang iqa tu syok kat dia. Bila Nik Arif pasti dgn perasaannya, dia terlalu berani bila berdua-duaan dgn Iqa. Iqa jelas belum pasti dgn perasaannya tapi dia ni macam tak berusaha menjauhkan diri dari Nik yg makin gatal ja tingkah lakunya. Sampai depan mak sendiri pun Nik berani kacau2 sentuh2 iqa tu.. kalau adik den dah lamo dah lekat botol kicap kat kepala tu, buat tak senonoh kat anak dara orang depan mak sendiri.. kalau dah kawen tu lain la sikit. heh.



citer bitter sweet revenge memang best, sbb yang pernah berniat jahat dan merendah-rendah kan Iqa memang terkelu terkebil kebil la bila tau sapa Iqa sebenarnya. Teringat pulak citer sentuhan kasih, lebih kurang konsep revenge yg mcm ni la jugak bila Inas membeli syarikat milik bekas suaminya.


Iqa berpatah arang dengan bapanya yg sering bertukar-tukar isteri selepas bercerai dgn ibunya. She gave up her law studies sebab nak menceburi bidang komputer yg lebih diminatinya. Di tempat kerja, hubungan dia dan bosnya (faizal) disalah ertikan dan diragui oleh bakal tunang dan ayah faizal. Teman serumahnya turut memandang rendah pada Iqa yg memegang jawatan kerani. Offer ayahnya, Datuk Marzuki utk mengendali satu kilang komputer datang tepat pada masanya dan Iqa tak dapat menolak. Dia berjaya take over syarikat Faizal.


hubungan Nik-Iqa most of the time nampak seperti Nik ni bertepuk sebelah tangan dan terhegeh hegeh kat Iqa. Iqa tak respond sangat tapi tak pulak dia melarang Nik tu yg most of the time mcm ulat naik daun.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku


Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayahnya lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kpd empayar yang dibina. Tercabar dan sakit hati jua hanya membuang masa. dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya

Review 669: ...Lewat Musim Itu by Norhayati Berahim


...Lewat musim itu
by Norhayati Berahim
RM19.90
434 mukasurat
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

"Dia bangun dari runtuhan semalam"

Wanita yg menjadi fokus dalam novel nb kali ini adalah Harlini. Dia diduga dengan pelbagai dugaan fizikal dan emosi, namun dia tetap tabah. Pada usia muda dia hilangan ibunya dan abang-abangnya hampir serentak. ini memaksa dia memikul tanggungjawab keluarga tambahan pula ayahnya lumpuh selepas kemalangan. Cintanya dihumban ke tepi oleh Amiril yang dikenali sejak kecil lagi kerana mengahwini seorang wanita yang kaya.

Tahun-tahun berlalu menjadikan Harlini tabah. Terlalu byk perkara yang Harlini fikirkan dan cinta bukan salah satu daripadanya. Kepulangan rakan zaman kecilnya, Benedict tanpa disangka-sangka menawarkan cinta dan pada masa yang sama Amiril juga kembali. Kebijaksanaan Harlini menjadikan rumahtangga Amiril kembali damai tapi Benedict tak jemu2 memburu cintanya. Kebakaran ladangnya dan letupan keretanya menyebabkan Harlini tersadai di hospital. KElemahan Harlini digunakan sebaik mungkin oleh Benedict utk mencuri hati harlini. Dia tak henti-henti melamar namun Harlina tetap membisu. Ini membuatkan bapa Harlini terpaksa meminta Benedict melakukan apasaja asalkan Harlini bersetuju utk berkahwin.. wah.. Benedict dpt greenlight, lagi gatai la
jadinya mamat tu.

Perwatakan Benedict dan harlini seolah-oleh mengimbas persamaan dengan beberapa watak dalam buku-buku Norhayati Berahim yang lain tetapi cerita ini tetap ada tarikan yg tersendiri dan ada diselitkan insiden2 thriller yg menarik.

sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Jiwa perempuannya telah lama kering. Dikecewakan, kehilangan, tanggungjawab menjadikan hati saljunya tega dengan setiap dugaan yang datang. Perlukan diratap sebuah kehilangan? Lama mana harus dia bersedih? Jawapan itu hanya ada padanya. Hanya dia yang mampu menentukan di mana letak duduk diri.

Review 668: Murni Kasih by Norhayati Berahim


Murni Kasih by Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara Sdn. Bhd.
RM23.90
670 mukasurat


"Cinta itu tidak pernah terpadam walau di penghujung usia"

Satu kisah yang jarang diceritakan dalam novel-novel cinta. Ada banyak part yang predictible tapi susunan ayat-ayat Norhayati berahim mampu membuat saya rasa sangat sebak, sedih dan nak menangis. Ada kepuasan selepas menutup buku ini.

Mengisahkan 3 sahabat sejak kecil iaitu Dino, Murni & Ojan. Mereka mempunyai hala tuju yg berbeza. Persahabatan mereka tidak disenangi ibu Ojan. Ada kisah cinta lama yang menjadikan Murni kelihatan seperti onar di mata ibu Ojan. Murni paling bijak antara mereka bertiga dan melanjutkan pelajaran ke Kanada. Dino dan Ojan di malaysia saja. Dino buka kedai mekanik manakala Ojan menjadi kebanggaan ibunya sebab berjawatan besar di bank.

Murni kembali dan menghabiskan kontrak 3 tahun dgn syarikat yg menajanya dulu lalu nekad membuka business caregiver. Walaupun ditertawakan oleh Ojan, Murni tabah dgn sokongan Dino syarikat itu berjaya ditubuhkan dan ternyata pulangannya amat menguntungkan. Murni bukan saja untung dari segi kewangan tetapi dia dapat memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang sejati dari rumah persaraan yang ditubuhkannya. Ojan sebenarnya berjauh hati dgn Murni yg tak menghiraukan perasaannya, dia jeleskan Dino yg rapat dgn Murni. Pada masa yg sama Loqman Aqeem yg pernah melanggan khidmat 'caregiver' dari Murni turut menaruh hati padanya tapi dia agak berat meluahkan perasaan sbb Murni hanya dipandang sbg orang gaji sedangkan masa tu Murni terpaksa 'turun padang' sebab staff tak cukup.

memang susah nak predict di awal cerita sapa yang menjadi pilihan Murni? Dino, Ojan atau Aqeem? kena la baca.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Kenapa terlalu sukar dia mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apakah cinta itu sebenarnya hanya mainan perasaan? tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya? Ah... segalanya benar-benar menyakitkan. Dipendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit. Lantas lelaki itu sedar, dia perlu membuat satu keputusan.

Review 667: Bunga Kasih by Norhayati Berahim


Bunga Kasih by Norhayati Berahim
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors
Tahun 2001
RM23.90
450 mukasurat
isbn 9839459303

"Harum cinta kasih mengukir rindu berpanjangan"


Antara buku yang sudah terjeruk kat rak buku aku. hehe. akhirnya aku berjaya menghabiskannya. :) Kisahnya menarik tapi aku tak tau kenapa terasa hambar. Konflik cerita ini meluas dan tidak tertumpu kepada watak hero heroin sahaja. Ceritanya mudah dan memang sangat rapat dengan genre karya2 NB yang lain :)


Kisah ini tentang Anis dan keluarganya. Dia adalah anak isteri kedua ayahnya. Berlaku perebutan harta setelah ayahnya meninggal dunia. Isteri pertama ayahnya mahu meragut semua kesenangan hidup mereka walaupun kesenangan itu hasil titik peluh Anis sekeluarga. Keangkuhan Datin Asmah telah menyebabkan Adila lebih rapat dengan madunya dan dia sendiri sudah lupa dengan seorg lagi anak perempuan yg pernah dilahirkannya lalu dibesarkan oleh madunya juga. Terbongkarnya rahsia itu telah meruntuhkan ego Datin Asmah apatah lagi bila semua orang dah tau yg dia sebenarnya isteri kedua, bukannya ibu Anis.


Rohan anak muda Manhattan yg berkelana ke Malaysia utk mencari ibunya. Dia terpaut dengan Anis yg tabah mengharungi hidup. Pencariannya telah merapatkan lagi hubungan dia dengan Anis malah lebih daripada rapat apabila ibu yg dicari rupa2nya sangat dekat dengan mereka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Anis merintis jalan pahit dgn penuh kesabaran dan cekal sehingga muncul sebagai gadis berjaya di daerahnya. Dia juga berhak mempertahankan kasih bapanya yg telah dipupuk bertahun-tahun cuba dirampas oleh Baharom yg sama-sama mekar di satu jambangan. Dalam kegetiran itu, Anis terperangkap dgn hukum takdir setelah kehadiran Nasir, Iskandar dan Rohan. Siapakah Iskandar yg pernah dilupakan itu? Siapa nasir yg ingin menjernihkan kekusutan keluarga? dan siapa pula Rohan yg cuba mencuri hati wanitanya?

Tuesday, March 27, 2012

Review 666: Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar


Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Liar
Penulis: Muliati Abdul
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18
Sabah/Sarawak: RM21.00
431 mukasurat
9789675067938


"Aku bukan Hawa yang diciptakan utk Adam.
Aku hanya Kamilia. Tapi tidak salahkan,
kalau kali ini Kamilia diciptakan utk Adam?


Kisah zaman sekolah yang telah lama dittinggalkan menyebabkan Adam Ahmad lupa pada Kamilia Si Kambing Liar yang sering diusiknya di zaman sekolah. SEmangat nya melayang sehingga pengsan ketika itu apabila si Kambing Liar lah yang menyelamatkan nyawanya ketika lemas di kolam. Pengsan black out si Ikan Buntal tu bila tau Kambing Liar yg bagi cpr kat dia.


Pertemuan semula sepuluh tahun kemudian... Mereka saling tidak mengenali kerana kedua-duanya berubah 100% dari keadaan dulu. Adam Ahmad merupakan jejaka pujaan wanita, manakala Kamilia pula cintanya diburu doktor Khairyzan. Pertemuan demi pertemuan telah menimbulkan persepsi buruk Adam Ahmad terhadap Kamilia. Jiwanya bertambah serabut apabila ibu dikampung telah menguruskan pertunangannya dengan si Kambing Liar. Disebabkan Kambing Liar pernah bagi CPR kat dia, maka dia terpaksa berkahwin dengan Kambing Liar? Adam Ahmad mula membina strategi untuk meleraikan ikatan pertunangan tanpa kerelaannya.


Kamilia pula menyangka pertunangannya dengan si Ikan Buntal telah mendapat persetujuan tuan punya badan. Ibu si Ikan Buntal sudah memberi confirmation yang sangat meyakinkan.


Kisah ini lebih kepada kisah komedi ringan yang mencuit hati. Kisah dari zaman skolah PMR membawa ke zaman dewasa memang comel. Walaupun kisah Dr Khairyzan yang memburu cinta Kamilia kelihatan memberatkan sedikit kisah ini namun Dr. Khairyzan adalah watak yang menggegarkan perasaan Adam Ahmad. Lagi cemburunya membara bila sahabat baik sendiri menaruh hati pada tunangannya.


Lawak la part Adam tu sampai pengsan dan muntah2 tengok darah.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku


Ikan Buntal bulat. Sudahlah bulat, jauh sekali sekacak Nabi Yusof A.S Tidak ada yg istimewa melainkan NAKALNYA yang nauzubillah! Tapi jgn terkejut, si Ikan Buntal ini ramai peminat. Kambing Liar bau seperti kambing gurun. Suka marah-marah. Cermin mata dia BESAR mengalahkan makcik-makcik. Kerjanya cuma menghadap buku. Anak emas sekolah lah katakan. Tapi itu semua kisah sepuluh tahun yg lalu. Bertahun-tahun terpisah akhirnya mereka bertemu semula. Tambah parah bila ada hasrat utk melihat mereka berdua disatukan. Musuh tradisi bakal bersatu? Umpama mimpi di dalam mimpi.


Terlalu banyak cerita yg tersimpul dan kusut sejak dulu lagi yg berlarutan hingga kini. Tapi siapa berani merungkai kalau kedua-duanya punya ego setinggi langit tua? Yg seorg penuh dgn rasa curiga. Yg seorg keras kepala. Lalu terjadilah isu SMS yg berbunyi begini:


"Awak dah buat hidup saya mcm roller coaster.
Esok saya akan jumpa awak. Kita putus tunang!"


Duhai Adam Ahmad dan Kamilia, sila selesaikan masalah anda berdua secepat mungkin ya! Jangan sampai melarat. Lagipun tidak elok susahkan hati org tua. Nanti hidup tidak berkat.

Thursday, March 15, 2012

Review 665: Bukan Pungguk Rindukan Bulan by Wanis Soffya



Bukan Pungguk Rindukan Bulan
Penulis: Wanis Soffya
Terbitan Kaki Novel Enterprise
317 mukasurat
RM17.00
Sabah/sarawak: RM20.00
9789675067945

"Kalau sudah ditakdir bersama, sampai masa, bulan sendiri akan mencari si pungguknya"


Kisah cinta remaja simanis 17, Balkis Batrisya ni sangat manis :) Bagi yang gemarkan kisah cinta remaja tentu saja akan enjoy kisah setebal 317 muka surat ini. Tiada isu yang dibiarkan tergantung dan disimpulkan dengan baik di akhir cerita. kisah yg membuat pembaca juga gembira :) Konflik kisah ini bukanlah baru malah mungkin boleh diteka permulaan, pertengahan dan penghujungnya namun Wanis Soffya menyampaikannya dengan caranya tersendiri. Penceritaannya kemas dan tidak meleret. Salah satu sebab mengapa aku suka buku2 yang nipis dan menarik :) Tapi tulah, heroinnya muda lagi, baru nak isi borang UPU.


Menutup buku ini buat aku ingin mencari karya pertama penulis ini yg bertajuk Cahaya Kasih Qaisara tetapi ending cerita itu membuatkan aku fikir balik nak baca ke tidak. :)


Kisah ini tentang Balkis Batrisya atau panggilan manjanya Cha. Dia seorang gadis yang ceria dan berani. Walaupun latar belakang kelahirannya membuat dia dipandang serong, dia cuba bersikap ceria dan bersyukur dikurniakan ibu saudara yang dianggap ibu kandung. Persahabatan yang dihiasi bunga2 kasih dengan Firdaus dirasakan tidak ke mana kerana ibu Firdaus yang bermulut murai tu sentiasa mengutuk2 Cha yang diumpamakan pungguk rindukan bulan apabila sering bersama Firdaus. Penghijrahan Firdaus menjarakkan persahabatan mereka dan mungkin itulah yang terbaik. Peristiwa sebuah kemalangan kecil menemukan Cha dengan Syahrain yang baru frust kerana pilihan hatinya bukan pilihan keluarganya. Syahrain cuba menjauhkan diri dari Tengku Julia yang sukar dibentuk dan lebih suka bergaya dan seksi. Free2 jer Syahrain kena tazkirah dengan kakaknya bila bawa Julia berjumpanya.


Pertemuan dengan sipenunggu keputusan SPM, Cha yang comel membuat Syahrain melupakan Tengku Julia sedikit demi sedikit. Apabila Cha mula membuka hatinya buat Syahrain, terbongkar pulak cerita sebenar mengenai dirinya. Dia dicari oleh ibu dan bapanya dan akhirnya ketemu. Rasanya terlalu mudah pula Tengku Zul dan Tengku Mariah menyerah kalah semasa mencari Balkis Batrisya dahulu. Takkan sekali cari saja dah mengalah. Kalau Balkis tu dibawa berpindah randah kot2 la susah nak cari. ni last2 lepas berbelas tahun jumpa balik di tempat yang sama. Ni lah padahnya cepat sangat percaya cakap orang seperti Cik Senah Murai.


Setelah mengetahui Tengku Julia adalah bekas kekasih Syahrain, Cha mula mengundurkan diri. dia tidak mahu dikatakan perampas kekasih kakak sendiri. Cha ada rancangan sendiri untuk mengeratkan semula hubungan Tengku Julia dan Syahrain. Tanpa diketahuinya Tengku Julia dan Syahrain ada rancangan yang jauh lebih baik ;)


sure fine whatever
rinn


meRinnTis Blurb/sinopsis


'Aku bukan pungguk rindukan bulan!!!'
Balkis Batrisya ingin menjerit untuk meluahkan rasa hati. Tapi... untuk apa? Melampiaskan marah? Pada siapa? Dia tidak tahu...


Kata orang langit tidak selalunya cerah, sesekali sampai masa mendung akan tiba jua. Bagi diri Balkis Batrisya pula langit hidupnya sering saja mendung, tiada cahaya, tiada juga harapan. Tapi siapa sangka? Langit yang sekian lama mendungi tu akhirnya cerah jua, malah bagaikan berlukisan bunga2an yang kian hari kian berkembang, putih bersih dan bercahaya. Semuanya bagaikan anugerah dgn kehadiran Syahrain sulaiman dalam hidupnya sebagai kekasih hati. Bagaikan telah terencana, kehdiran Syahrain Sulaiman telah merungkai banyak persoalan hidupnya yg suram menjadi ceria dan bahagia. Merenung ke langit mengharapkan cahaya pada mlm hari. Hatinya berbunga ceria tatkala terungkap rahsia diri yang sekali gus memberi jawapan yg pasti dia takkan menjadi seperti pungguk selamanya. ibu, bapa dan keluarga... akhirnya dia punya semuanya.


Namun, baru sahaja diulit bahagia, langit yang mendung kembali bertamu bersama halilintar yg merentap tangkai hatinya. Kegembiraan yang dimiliki kini menuntut pengorbanan. Pengorbanan untuk kebahagiaan darah dagingnya sendiri. Pengorbanan yg bukan sedikit buat dirinya. Syahrain Sulaiman terpaksa dilepaskan demi kakaknya, Tengku Julia yang baru dikenalinya, yg lebih dia sayangi kini. Tapi... sanggupkah dia melepaskan Syahrain Sulaiman? Mampukah dia menerima Syahrain Sulaiman sbg abg iparnya... dan relakah Syahrain Sulaiman menjadi korban dan mengorbankan cinta barunya demi kekasih lamanya itu?

Wednesday, March 14, 2012

Review 664: Merah Cinta Epal by Ridha Reewani



Merah Cinta Epal
Penulis: Ridha Reewani
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah / Sarawak: RM 21.00
373 mukasurat


Ekhmal lelaki kaya tapi sanggup mengejar sorng budak yg mencuri epalnya. Dia mampu bayar RM50,000 utk upah seorang gadis yg tak dikenali langsung sebagai tunangannya tapi epal yang tak sampai 50sen tu pun dia tak sanggup nak halal kan? Takkanlah Irdina tak terfikir semua tu. Ekhmal tu tak pa lah. dia ada agenda rahsia utk memiliki Irdina. Terasa mudah benar Irdina bersetuju dengan idea tiba-tiba seorg lelaki yg tidak dikenali. Mudah benar dia menurut.


Cerita ini dikisahkan dalam pergerakan yang laju. Bagi yang gemarkan kisah yang tidak drag, memang sesuailah baca kisah ni. ni bukan citer kahwin paksa tapi cerita tunang paksa :) Kehadiran Balqis dan Hasmir menambah rencah dalam 'pertunangan' mereka berdua. Hasmir tu mcm lalang. kalau dia berkawan dengan org baik, dia jadi baik, kalau dia berkawan dengan orang jahat, dia akan jadi jahat. Balqis, seorg wanita yang mementingkan kepuasan perasaan sendiri. Dia tak kisah kalau org lain terluka demi mencapai hasratnya. Balqis adalah watak hitam yang diputihkan di akhir cerita.


Bagi saya, kewujudan Isma menarik. Dia menjadi titik misteri cerita kerana sejarah kematian ibu dan bapa Irdina tidak didedahkan sejak awal. Isma menjadi kunci untuk membongkar kisah yang menjadi rahsia hidup nenek Irdina. Dendam Isma terhadap Irdina semakin lama semakin memuncak sehinggalah nenek Irdina sendiri terpaksa membuka rahsia demi mendamaikan dua saudara yang selama ini menyangka mereka adalah sebatang kara.


licik sungguh perancangan keluarga ibu Isma untuk memecah belahkan keluarga menantu yg tak direstui mereka. Diorang psyco cucu mereka sendiri melalui surat palsu dan jika plan mereka menjadi, keturunan menantu bukan pilihan itu akan kucar kacir dan pupus kerana dendam yg membawa maut.


sure fine whatever
rinn



meRinnTis Blurb/Sinopsis:


Sebiji epal merah menyatukan seorg gadis bernama Irdina yang sedang mencari pekerjaan dan seorg pemuda bernama Ekhmal yang tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga. Pertemuan dua insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain ini hampir membawa kedua-duanya ke gerbang perkahwinan tetapi dapat dihalang. Tanpa Irdina ketahui, pertemuan tersebut adalah satu rancangan dari seseorang yg telah lama memendam rasa padanya. Walaupun perkahwinan tersebut tidk menjadi, kedua-duanya tetap ditunangkan tetapi hanya dalam tempoh 3 bulan. Irdina menerima perjanjian itu atas kesempitan hidup sementara Ekhmal bersetuju kerana belum bersedia untuk berkahwin. Perjanjian yg dimeterai, cuba dilunaskan sebaik mungkin.


Seorg gadis polos dan seorg pemuda yg panas baran, Irdina dan Ekhmal saling berbalah dan tidak sependapat. Tanpa sedar, angin cinta mula menyapa lembut di dalm hati masing-masing. Dugaan dan pengorbanan dalam bercinta sudah menjadi satu kemestian. Ada gadis lain yg menaruh hati pada Ekhmal yg sanggup melakukan apa sahaja utk memisahkan mereka. Begitu juga ada seorg lelaki yg memuja Irdina yang begitu ingin melindungi gadis itu. Ekhmal dan Irdina masnig2 memendam rasa membuatkan hubungan cinta mereka dinodai org ke3. Mereka hampir terpisah namun kuasa cinta mengatasi segalanya. Sedang hangat dilamun cinta, mereka sekali lagi diuji. Mampukah kuasa cinta bertahan sekali lagi?


"Kahwin dengan aku."


Terbeliak mata Irdina mendengar kata-kata Ekhmal tadi. Terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya.


"Awak bergurau bukan?"


"Aku serius! Kahwin dengan aku."


"Kalau saya tak nak?"


"Aku bawa kau ke balai polis atas tuduhan mencuri dan melakukan penderaan mental," jawab Ekhmal.


Sebuah kisah cinta romantis yang bermula dari sebiji epal merah. Nikmatilah.

Review 663: Semakin Rindu Semakin Sayang by Umaira Dzul Widad



Semakin Rindu Semakin Sayang
Penulis: Umaira Dzul Widad
Editor: Radiah Baharin & Norhafedah Jamiyil
Penerbit: Fajar Pakeer
RM22.90
Sabah /Sarawak : RM25.90


'Semakin dikenang, rindu tambah mendalam
Semakin dipandang, hati bertambah sayang'


Puteri Elisya menyintai Khyrul tapi pada masa yang sama dia jatuh hati pada Syahmi. Elis seperti menduakan Khyrul (walaupun Khyrul tu bukanlah jejaka pilihan terbaik sebagai suami). Elis tidak pasti dengan perasaan sendiri dan membiarkan Khyrul berharap. Khy tu memang bersungguh-sungguh nak kahwin dengan Elis tapi keadaan diri dia tu tak menunjukkan dia seorang lelaki yang sudah bersedia utk beristeri. Syahmi kelihatan lebih stabil dan bertanggungjawab walaupun tidak kaya raya.


Khy dari keluarga yg berstatus tinggi. Kadang2 ibu Khy seperti memperlekehkan status Elis yg bekerja menghantar bunga utk kedai ibunya. Sepupu Khy, Badri pun bencikan Elis kerana Elis menyebabkan Khy sudah jarang keluar bersuka ria dengannya. Syahmi lebih humble dan bertimbangrasa, malah pandai mengambil hati dan bergaul mesra dengan ibu dan nenek Elis. Tapi Syahmi ni plak, pergaulan dia dengan Zafira yang dikatakan sahabat rapat tu dah macam pasangan bercinta. Zafira terang terangan menaruh hati terhadap Syahmi tetapi Syahmi anggap dia sebagai kawan malah cuba pasangkan sahabat baiknya itu dengan pakciknya yg bujang terlajak. Lebih mengelirukan apabila Syahmi penah menyebut dia lebih rela kehilangan Elis sebagai kekasih daripada kehilangan Zafira sbg sahabat. Syahmi ni macam saja2 nak bagi harapan palsu kepada Zafira.


Kisah yang lebih menarik untuk dibongkar adalah rahsia perpisahan bonda dan ayah Elis, Maizurah dan Megat Fattah. Elis membesar tanpa kasih seorang bapa. Dia amat akrab dengan bonda dan neneknya. Meningkat dewasa, dia semakin ingin mengenali Megat Fattah. Maizurah merestui hasrat anak tersayang walaupun dia berat hati dan cuba menutup kesalahan Megat Fattah agar Elis tidak kecewa dengan kisah sebenar di sebalik perpisahan mereka dahulu.


Kalau Elis dah tak cintakan Khy, kenapa biarkan saja ibu dan ayahnya berjumpa dengan ibu dan ayah khy utk membincangkan hal perkahwinan, tambah-tambah pula kejadian ini adalah selepsa Elis dan Syahmi dibelasah samseng yg kamcing dengan Badri, sepupu Khy. Gila ngeri nak kawin dengan lelaki yang ada sepupu rapat yg beri pengajaran guna samseng kaki pukul.


Rasa mcam mudah sangat pula Maizuran beri peluang kedua kepada Megat Fattah. Kesalahan Megat Fattah terasa terlalu besar untuk diampunkan semudah itu. Tambah-tambah pula sikapnya tak banyak berubah dari masa mudanya dulu.


watak2 Elis, Khyrul dan syahmi kadang2 kelihatan tidak matang dan sangat kebudak-budakkan. tidak serius.


sure fine whatever
rinn



meRinnTis Blurb/sinopsis:




Puteri Elisya amat yakin bahawa cintanya terhadap Khyrul tidak pernah bermusim. Sayangnya setinggi puncak Himalaya. Walaupun telah terlalu banyak perkara melukakan perasaannya, cinta terhadap Khyrul melebihi segala. Dia rela buat-buat buta dan buat-buat lupa. Bagi Puteri Elisya, Khyrul satu-satunya lelaki yang berjaya menjuarai carta jiwanya. Namun, mengapa hati berbelah bagi saat cinta itu bakal disatukan dgn sebuah ikatan perkahwinan? Sungguhkan rindunya sudah kehilangan bisa?


"Abang tak kisah kalau Elis dah ada kekasih. Walaupun abang sukakan Elis, in fact dah jatuh hati pada Elis, tapi abang tak paksa Elis utk cintakan Abang."


"Kalau boleh abang nak bawa Elis terbang di angkasa. Kita jelajah ke bintang, ke bulan. Waktu itu mungkin Elis akan sedar bahawa perasaan abang kepada Elis tidak pernah terbatas. Seluas langit dunia, sesetia malam pada siang."


Kalaulah dia belum ada Khyrul, mungkin sahaja dia membenarkan syahmi menghuni hatinya. Bersama lelaki itu dia rasa bahagia. Sungguh dia rasakan Syahmi telah terlewat. Tetapi mengapa semakin dibiar, rindu itu terus bertindan di jiwa membenihkan sayang sehingga dia rasa sukmanya terseksa selepas pemergian Syahmi.


"Dia telefon, kamu tak layan, kamu telefon dia tak jawab. Sampai bila nak selesai masalah kamu berdua ni. Kalau suka cakap ajelah suka. Tak payah nak main tarik tali."


Benarkah perasaannya terhadap Syahmi telah mula bertukar makna? Sedangkan dia bimbang menjadi haloba sekiranya membiarkan cinta di hati beralih kepada Syahmi. Mampukah dia bertahan selepas ketiadaan lelaki itu?

Sunday, March 4, 2012

Review 662: Nuansa Kota Merah by Khairyn Othman



Nuansa Kota Merah
Penulis: Khairyn Othman
Editor: Mohd Rohaizat
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Cetakan pertama 2011
RM20.00
Sabah /Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118623

"Untuk kamu pembaca budiman"

Aku suka pembukaan seperti yang tertera di atas. Ayat yang sangat pendek ini buat aku rasa seperti seorang pembaca yang penting. Aku mencari ruang masa yang betul-betul kosong untuk membaca karya ini kerana nama Khairyn Othman di kulitnya membuat aku pasti aku akan suka dengan karya ini.

Walaupun ia bukan kisah komedi tetapi ianya tetap manis, perisa Khairyn Othman. Bagi yang pernah baca Zahrah de Tigris dan amat menyukainya, aku gerenti korang akan enjoy cerita Islamik yang begini. Ia menceritakan para pejuang Islam zaman dahulu dan zaman sekarang. Kalau pejuang dahulu berperang dengan musuh-musuh Islam dengan cara mengangkat pedang, pejuang sekarang berperang dengan nafsu dan sikap diri sendiri yang membuat diri sendiri menjadi sesat dan jauh dari Allah.

Dina seorang gadis melayu yang sudah hilang melayunya. Dia hidup untuk berhibur dan bersuka ria. Ketibaannya ke Sepanyol menyingkap rahsia mimpi yang sering berulang-ulang dalam tidurnya. Ada yang melambainya kembali ke Sepanyol. Kembali? Bagaimana dia boleh kembali ke Sepanyol sedangkan dia belum pernah ke situ?


Pertemuan dengan Aaron memasukkan dia ke tengah-tengah misteri mimpinya. Dia seperti bertemu mata dengan dua insan yang sering mengunjungi mimpi-mimpinya. Naskah lama yang diterjemah Aaron menyingkap rahsia perjuangan mujahid silam yang kemungkinan besar merupakan susur galur wujudnya Aaron dan Dina sekarang. Mereka membawa kita menghayati kisah dua mujahid muda, Shuaib dan Salma mempertahankan tanah tumpah darah mereka dari ditakluki musuh-musuh Islam. Kisah-kisah novel inggeris membuat kita mengagungkan Wariors dan She-warriors fiksyen yang heroic dan romantis. Bacalah Nuansa Kota Merah, dan hayatilah kisah perjuangan manis Salma dan Shuaib, warior dan she-warior Islam yang merindui syahid walaupun kedua-dua hati sudah terpaut rapat.

Tahniah buat Khairyn Othman kerana menghasilkan kisah yang lain dari yang lain. Eh, ni cerita kahwin paksa tau, hehe. Salma kena kawin paksa dengan Shuaib masa orang tengah sibuk berperang. Masa dia tengah syok kat Shuaib tu takdak plak orang nak paksa dia kawin dgn mamat tu, bila dia dah mula benci tetiba plak terkeluar wasiat yang menyatakan Abi nak Shuaib dijodohkan dengan Salma. Shuaib ni anak melayu jati dengan aura hebat Hang Kasturi! Salma plak pemanah unggul Andalusia. :)

Kisah Shuaib - Salma menjadikan Aaron dan Dina nekad berperang dengan nafsu diri. Mereka mahu berubah ke jalan Allah. Berjayakah mereka dalam peperangan besar ini? Manis!


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis:

Babak 1:

Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dgn Aaron Mauricio, tetapi dgn cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!


Babak 2:

Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia ada bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.


Babak 3:

Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, "Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma."


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Review 661: Laskar Pelangi by Andrea Hirata



Laskar Pelangi
Penulis: Andrea Hirata
Terbitan PTS Litera
RM28.00
sabah/sarawak: 31.00
9789833892006
420 mukasurat


Kita dibawa menyusuri kisah anak-anak di sudut terpencil di Indonesia. Kisah mereka mungkin kelihatan kecil tetapi cara kisah mereka diketengahkan sangat menyentuh hati. Cara watak-watak cilik menyentuh hati kita sangat berkesan dan istimewa. Kali pertama aku baca sesi kuiz yang buat aku menangis kerana amat terharu dengan kehebatan lintang yang sangat 'cool'.


Sekolah Muhammadiyah mungkin akan kelihatan teramat-amat kerdil dengan bilangan pelajar yang sangat2 kecil hingga mungkin tak dapat memenuhi quota minimum utk sesebuah sekolah beroperasi. Hari pertama sekolah yg bakal menentukan sekolah tu akan beroperasi atau tidak tu pun cukup mendebarkan. Nak tunggu lagi sorang saja utk cukupkan jumlah minimum pun cukup membuat mereka dan kita gelisah. Namun setiap anak2 itu ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. Kebijaksanaan cukupkah untuk membawa mereka keluar dari gaya hidup ibu bapa mereka, nenek moyang mereka?


Cerita ini buat aku rasa nak menonton filem Laskar Pelangi :) nak tengok cara watak 10 anak cilik ini dipamerkan di layar perak.


Lintang sangat amazing dan genius, Ikal adalah pemerhati yang sangat fokus, Mahar pula creatif dan penuh imaginasi, Mahar dan Flo sangat adventure mengejar misteri, mereka sangat serasi dan sefahaman. Perjalanan ke Pulau Lanun mencari Tuk Bayan Tula tu sangat mendebarkan dan melucukan. Bayangkan diorang sanggup meredah laut penuh gelora demi mendapat keberkatan dari Tuk Bayan Tula supaya dapat lulus exam dengan cemerlang sebab Mahar dgn Flo tu mempunyai otak yang creative tetapi selalu tercorot dalam kelas. hehe. Tips dari Tuk Bayan Tula tu boleh membuatkan orang yang sedang minum akan tersembur airnya. :) haha.


sure fine whatever
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis:

Pelbagai peristiwa menakjubkan terjadi pada zaman kecil para anggota Laskar Pelangi. Sebelas orang anak Melalyu Belitong yang luar biasa ini tidak menyerah kalah walau keadaan tidak selalu menyebelahi mereka. Lintang si miskin cilik yang genius dengan senang hati berbasikal berulang alik sejauh 20 kilometer untuk menuntut ilmu meskipun kadang-kadang hanya sempat menyanyikan lagu Padamu Negeri pada akhir waktu sekolah. Mahar, selain bersekolah dia turut memarut kelapa utk biaya keluarganya, adalah seniman yang imaginatif dan kreatif meskipun dia sering dipersendakan sahabat-sahabatnya. Tetapi dia berjaya mengangkat darjat sekolah Muhammadiyah di kampung mereka. Begitu juga kisah sembilan orang teman lainnya yg bersemangat menjalani kehidupan dan berjuang meraih cita-cita.


Selamilah kehidupan mereka, kejujuran pemikiran, dan indahnya pengembaraan mereka. Anda akan tertawa, menangis, dan tersentuh menghayati gelagat mereka. Novel ini dipersembahkan untuk mereka yg meyakini akan adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.


"Membacanya umpama menonton sebuah filem, satu kepuasan dan keseronokan kerana dapat menonton apa yang dibaca."
-Ramji Rabi, MPH Bookstores Sdn Bhd


"Satu lagi karya dari Indonesia yang mesti dibaca oleh pencinta novel di Malaysia."
-Meor Shariman, novelis dan penulis skrip filem Cicak Man


"Andrea Hirata telah menyajikan Laskar Pelangi dengan sempurna sekali. Bahasanya cerdas, jenakanya segar, serta terselit metafora yg indah: membuat kita dapat tersenyum dan tertawa serentak atau menangis pilu bersama-sama watak-wataknya. Plotnya ringan tetapi tebal dgn nilai moral dan estetika. Sebuah karya yg harus dibaca utk dinilai dgn mata hati!"
-Noor Suraya, novelis.

Review 660: Kasihku Arina by Mazni Aznita



Kasihku Arina
Penulis: Mazni Aznita a.k.a Anita Aruszi
Terbitan Buku Prima
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
RM25.90
Sabah/Sarawak RM28.90
710 muka surat.


"Aku kehilanganmu...
Aku mencarimu...
Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu"


Whoa... Sci-fi fantasi. Cara penceritaan kisah ini lebih sesuai dengan mereka yang ada pengalaman membaca novel-novel inggeris dan menonton filem-filem sci-fi omputeh. penceritaan suasana dan peralatan di alam sci-fi lebih mudah dibayangkan jika ada pengalaman menonton citer2 seperti starwars, farscape, battle star galactica, atau star trek :) Nampak sangat aku ni zaman bila nyer manusia. haha. sekarang ni dah tak layan sci-fi, tapi kalau tertengok tu memang aku layannnn.


Membaca kisah ini bagai kompilasi terbaik kisah-kisah sci-fi. Cover yang menggambarkan bentuk scroll, kunci orkid dan snowball bagi aku mengganggu sedikit imaginasi aku. Bagi peminat filem sci-fi mcm aku gambaran fantasi dlm kisah ini mudah aku bayangkan. Banyak juga terasa seperti pergerakan dan gambaran yang pernah aku tonton sebelum ini. Pencoit saber aku bayangkan tak jauh beza dari lightsaber, dreamer dan snowball mungkin juga dalam kelas2 senjata yang sama. Gerero adalah mirip warior jedi.


Ramalan mengenai Arina ada iras2 seperti ramalan terhadap Sydney Bristow dalam Alias. Bloomer pulak ala-ala Milo Rimbaldi dalam Alias juga. Emma mengingatkan aku kepada Mistique, watak antagonis dalam x-men. Makhluk2 ciptaan raja Kreuk mengingatkan aku kepada makhluk pelik dalam Lord of the rings yang dibangunkan oleh Dark Lord :) whoaaaa memang mengembalikan nostalgia lama lah bila baca novel ni. oh, part racun dalam tubuh Airina yang menyebabkan dia tak dapat menjadi wanita sempurna itu mengingatkan aku kepada Max dalam Dark Angel yg mengalami nasib yang sama ketika penutup season kedua siri menarik tu :)


Perkara-perkara mirip begini mungkin membuat cerita ini kelihatan seperti gabungan/remake sci-fi sci-fi terhebat dan dicampur/blend dengan suasana keMalaysiaan dan filipina membuat ia kelihatan seperti dunia misteri yang dekat dengan kita. Bagi penggemar sci-fi, fantasi mungkin tiada masalah utk enjoy kisah ini. Bagi aku kisah ini membangkitkan imaginasi yang dah lama aku tak gunakan. Otak terasa segar dengan kisah yang sangat luar alam ini :)


sinopsis menceritakan secukupnya secara asas mengenai cerita ini. Pembukaan cerita ini kelihatan seperti kisah thriller yang normal tetapi apabila kita makin mengenali Alwiz, Arina yang normal itu juga kelihatan semakin pelik dan misteri wataknya lalu membawa kita ke alam lain yg penuh fantasi. Penggunaan perkataan-perkataan inggeris bagi menggambarkan perkara-perkara asing menghilangkan sedikit ciri-ciri karya melayu/malaysia dalam kisah ini.

Dunia Drutasia penuh dgn peperangan, perebutan takhta dan dendam yang tak pernah padam. Arina dilatih sebaiknya demi melunaskan satu dendam, lalu dia menjadi insan yang kejam namun kehendak semulajadi Arina yang cintakan keamanan dan kedamaian membuat dia berpaling dari dunia kegelapan. Dia diburu orang2 sendiri.


Dia dilatih pula sebagai gerero yang diramal bakal membunuh Raja Kreuk. Arina dihantar ke bumi setelah dia berada dalam bahaya yang mengancam nyawanya. Dia jadi pelarian dari semua pihak kerana sejarah hitam dirinya. Alwiz dalam dilema apabila jatuh hati pada gadis yang pernah mencuri hati abangnya dan gadis itu ada agenda nekad utk membunuh abagnya.


Arina yang baru ditemuinya sudah lupa sejarah silam. Pembunuh-pembunuh kiriman raja Kreuk berjaya menjejak Arina yang disorok di Malaysia bersama sebuah keluarga yg Arina sangka keluarganya yang sebenar. Dia sudah lupa kisah2 lain. Arina perlu dibawa kembali ke Drutasia dan dia ditakdirkan bertarung bersama gerero-gerero untuk menjatuhkan kerajaan Raja Kreuk yang semakin menguasai Drutasia.


Arina terhutang nyawa dengan Nakhael tetapi dia jatuh hati pada Alwiz. Perhubungan mereka bertiga sangat rumit namun atas nama persahabatan, mereka bersatu hati dalam setiap perkara dan mereka sanggup berkorban nyawa demi persahabatan mereka.


Org Drutasia beragama Islam rasanya sebab kerap menyebut nama Allah. Kreuk tumbang tetapi bukan di tangan Arina. Pembunuh itu bukan saja berdendam dengan Raja Kreuk, malah Arina juga sudah pasti menjadi targetnya. Kelihatan kisah ini akan bersambung. Tapi endingnya adalah terbaek untuk Alwiz dan Arina :)

sure_fine_whateverr
rinn


meRinnTis Blurb/Sinopsis


Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, dia semakin dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu dirinya rupa2nya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?


Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yg membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.


Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.


"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku. Jerry, Kim dan dan yang lain2. Aku tidak ingin memaksa tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau utk menerima kami." - Nakhael


.........................................

Menulis naskhah ini adalah cabaran besar buat saya. Hampir saya lelah mengumpul semangat, namun ia tidak pernah luntur walau seaat dalam diri. Saya amat senang menulis karya pelbagai genre, kerana saya suka mencuba sesuatu yang baru. KASIHKU ARINA adalah novel yg sgt berbeza dari novel2 yg pernah saya tulis sebelum ini. Sentuhan fantasi diberikan agar ianya mampu memberikan kelainan dalam karya-karya saya yang pernah anda baca.
-Mazni Aznita-

Review 659: Akukah Juwita? by rina farizq



Akukah Juwita?
Penulis: Rina Farizq
terbitan kaki novel enterprise
RM22.00
sabah/sarawak: 25.00
644 mukasurat
978675067907


Kisah ini menfokuskan Minah, gadis kampung yg kasar tetapi feminin setelah menempuh dunia pekerjaan. Kisah ini menceritakan tentang dilema Minah untuk membuat pilihan jejaka mana terbaik utknya. Ketiga-tiga calon dari latar belakang yang baik. Tapi pilihan Minah di akhir cerita aku rasakan akan menyukarkan jalan hidupnya kerana ibu si dia tak dapat menerima dirinya dengan sepenuh hati, walaupun nenek si lelaki itu amat berkenan dengan minah.


Dengan Gaban, Minah menjadi gadis kasar yang keras hati. Dengan Rifki dan Tengku Ukail, Minah kelihatan lebih feminin. Gaban tu hanya berani meluahkan perasaan setelah orang lain turut menunjukkan minat terhadap Minah. Keluarga Gaban sangat menyenangi Minah malah mengambil minah bekerja dengan mereka, malah Minah boleh nak pegi keja tak pegi keja ikut suka hati. Kalau dia berenti pun anytime boleh datang keje balik (ada ka keje macam ni? best nyaaaa) Rifki dari keluarga kaya yang sangat baik hati. Bila Rifki siap boleh mengimamkan jemaah-jemaah kat surau, dia kelihatan sangat mengkagumkan, tetapi dia jenis tak kisah bersentuh lelaki perempuan, membuatkan dia kelihatan janggal. Minah jadi jeles dan ragu-ragu dengan perasaan sendiri. Adakah Rifki pilihan terbaik? Rifki kelihatan sangat menyintai Minah dan Minah pun kelihatan cenderung kepada Rifki, namun kehadiran Tengku Ukail menggugat peluang Rifki. Tengku Ukail tidak gentleman lah. dia jenis suka membuli dan menyakitkan hati orang. Namun gelaran 'budak jahat' kelihatan terlalu 'muda' untuk Tengku Ukail.


Watak-watak Gaban, Rifki dan Tengku Ukail kelihatan lebih kurang saja peranannya. Kadang2 kelihatan mereka seperti pecahan dari satu watak yang sama. Masih banyak yang pelru diperkukuhkan dalam kisah ini. Ada plot yang kelihatan longgar. Konflik dengan Tengku Masni kelihatan menarik untuk dikembangkan tetapi ia kelihatan sepi.


sure fine whateverr
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis


Org kata cinta itu indah, tapi tiada lebih indah andai cinta itu tiada rintangan. Bila kita hadapi dan bersama mengharungi rintangan itu, kita akan lebih menghargai orang yg kita cintai.


Minah, menemui beberapa lelaki yg hadir dalam hidupnya namun hanya seorg yg mampu menemukan cinta sejatinya. Mungkin Gaban, lelaki yg membesar bersamanya di kampung tetapi selalu saja bersengketa dan memanggilnya 'Timun Kecut'. Tetapi mungkin juga Rifki, si mamat poyo yang memang gemar berjenaka dan mengusik. Atau si budak jahat yang mengharu birukan hidupnya terus buat hari2 yg dilaluinya semakin mencabar kesabarannya.


Ikutilah perjalanan kisah cinta gadis biasa yg diberi nama Minah binti Temon dalam kisah yang dinamakan 'Akukah Juwita?'