Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, October 18, 2012

Buku 706: Dia Idaman Hati by Nadra Yasmina

Semasa pertengahan september baru lah aku dapat beli. Itu pun cetakan kedua. Cetakan pertama memang laris. :)
 ni cover depannya. Menggambarkan aura bossy dan note-note comel yang menjadi pengantara antara Jeffrey & Asma.

Memandangkan sekarang novel-novel semakin tebal, 510 muka surat sudah kelihatan tidak setebal mana.

butir-butir penerbitan dan jaminan kepuasan oleh penerbit Fajar Pakeer.

Sedikit tinta dari penulis. Terima kasih :)

Aku mula baca novel ini pada 6ptg 16/10/2012. Hari kerja! :) masa mood tengah bagus untuk membaca.

Demam-demam pun aku sempat habiskan novel ni keesokannya :) Permulaan cerita ada terasa kisah tipikal cinta majikan-pekerja tetapi penulis menyediakan turning point yang mengejutkan sehingga membuat aku yg suka tidur ni sayang nak tidur. :)

back cover dan blurb.
 
favourite quote:
Razlan: Kau tak faham Asma, ni lain. Kau ingat senang ke lelaki nak confess depan perempuan yg dia suka? Berpeluh!
Asma: Confesslah dalam tempat yang ada aircond. Yg pergi buat pengakuan bawah pokok togel tengah hari buta tu siapa suruh!
:) :) :D :D
selamat membaca!

Dia Idaman Hati
Penulis: Nadra Yasmina
Editor: Ahmad Fuad Ab Rahman / Zahiah Zali
Terbitan Fajar Pakeer
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
510 muka surat

"Dia itu lain daripada lain. Dia itu pelik. Tapi pelik yang menambat hati"

Kisah Asma dan Jeffrey. Gadis yang kuat bekerja demi menyara keluarga dengan jejaka yang kaya raya dan garang. Puan Sri Amal, ibu Jeffrey yang mahukan rumah Jeffrey ada pembantu rumah hujung minggu supaya kediaman anak kesayangannya tu terjaga. Asma merupakan calon terbaik untuk tugas itu. Percaya pulak Puan Sri Amal tu membiarkan Asma dengan Jeffrey bersama-sama dalam rumah walaupun Jeffrey tu mengurungkan diri dalam bilik sepanjang masa dan tak pernah bertembung dengan Asma.

Aura harimau Jeffrey memang malap bila berinteraksi dengan Asma walaupun hanya melalui nota-nota kecil. Kalau di ofis, dialah raja rimba yg digeruni.
Jeffrey terpaksa memunculkan diri apabila Lilac (a.k.a Laila - juga dikenali sebagai liplap di kalangan golongan anti-lilac) menyerbu rumahnya. Itulah kali pertama dia berhadapan dengan Asma sbg pembantu rumah, sedangkan sebelum itu mereka sering bertemu di klinik gigi. Demi menyelamatkan diri, Jeffrey membuat pengakuan eksklusif bahawa Asma adalah isterinya. Bermulalah pusing U-Turn yang sangat besar dalam hidup mereka berdua. Personaliti Perniagaan yang besar seperti Jeffrey mudah diburu kontroversi dan kisah hidup peribadinya memberi kesan yang besar kepada empayar milik keluarga.

Lilac tidak berlalu begitu saja, dia berlalu bersama misi untuk memporak perandakan hidup Jeffrey dan 'isterinya' Asma. Hasil campurtangan Puan Sri Amal membuatkan mereka benar-benar menjadi pasangan suami isteri. Kisah tipikal di awal cerita berubah nada selepas itu. Suntikan thriller sangat menjadi dan elemen kejutan melalui watak Zuhara juga tidak disangka-sangka.

sure fine whatever
rinn

4 comments:

  1. ohh..nanti nak cuba cari novel ni..thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. sama-sama izan :), baru masuk cetakan kedua, so sekarang ni banyaklah di kedai2 buku :)

    ReplyDelete
  3. nak try cari jugak...dah lama cari x jumpa2

    ainun

    ReplyDelete
  4. Cubalah cari, rasanya cetakan kedua dah banyak di pasaran. Saya dapat yg ni di Minerva KL kalau tak silap *garu pala*

    ReplyDelete