Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, October 18, 2012

Buku 707: Coke & Sundae II

Cover depan coke & sundae II. kalau yg first dulu kaler nyer ada perple rasanya. nampak outstanding, yg ni nampak seragam dgn novel2 KN yg lain.

ha.. ni special bookmark hasil penulis sendiri. Nilah rupa Syakir & Azyan. Azyan nampak sweet, tak bleh nak bayang dia bukak silat taekwando bagai. Mesti sweet kalau dukung Ameerul yg dah mewarisi bakat berceloteh mak dan ayah dia :)

butiran penerbitan.

book mark kedua titipan penulis :)

penulis sudah menulis confirmation yg Puan Coke dan En. Sundae punya kisah tamat di sini :)

618 muka surat! Ingat ker lebih kurang saiz first book dulu ja :)
 
Coke & Sundae II
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
618 muka surat
"Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai." ~Syakir
"Tapi kalau Ribut Katrina melanda rumah kita macam mana pulak?" ~Azyan
 
Keseluruhannya nada cerita ini adalah komedi, tapi disulam thriller bila disambung dengan komedi semula kesan thriller kurang mendalam. Rasanya mungkin elemen komedi itu yang lebih kuat dalam gaya penceritaan Ilya Abdullah. Walau bagaimanapun penulis ada talent utk mengadun cerita thriller. Mungkin dapat menambah bilangan penulis thriller wanita di Malaysia?
 
Banyak nyawa yang terkorban dalam pembikinan novel ini. Kira kejutan juga buat aku kerana memang tak expect langsung ada kematian demi kematian. Mungkin masa menulis novel ni penulis dlm mood 'membunuh'. ;) Yang pasti, kematian yg paling mengejutkan adalah bomoh Esah tu yang kena heart attack selepas terserempak dengan menantunya yg iras2 hantu berbedak sejuk.
 
Aku tak tau macam mana otak dalam kepala Syakir berfungsi. Dia sanggup mengambil risiko yang amat besar demi memberi pengajaran kepada seseorang yang tiada pertalian darah dengannya. Berbaloikah dengan segala apa yg berlaku demi suatu pengajaran yang hanya menjadikan orang itu lebih gila. Tapi Syakir tu memang gila.
 
Kadang2 rasa mmg patut pun Syakir buat macam tu kat Azyan yang selalu main kasar dgn suaminya. Apa2pun, walaupun ada air mata yang menitis, penulis cepat menutupnya dengan scene yang mengundang ketawa. Penah tengok orang menangis kemudian ketawa? Ha aku dah jadi macam tu. hehe.
 
Tidak banyak kematangan yang tumbuh dalam watak Syakir dan Azyan selepas 5 tahun berkahwin. Diorang masih gila-gila macam dulu.
 
sure fine whatever
rinn
 
 

No comments:

Post a Comment