Drama bersiri Astro Mustika HD
Adam & Hawa
Episod 1
-opening credits and theme song-
"Tuhan dah temukan ramai perempuan dengan Am, tapi yang paling cantik Ain sorang saja."
- Lagu tema-
"aku ada kerna engkau ada tercipta hatiku hanyalah untuk mu
ho jalanku menuju padamu
ke mana pun kau pasti kembali ho wuwo
demi cinta dalam hatimu biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati...) cinta..."
---------------------------
(scene intro Am. Am bersama co-pilot dan steward stewardess baru sampai KLIA menuju ke pintu keluar)
Zol: So, malam ni buat apa?
Am: Aah...call, we'll see how
Zol: Aih... sampai dah... (nampak Dee sampai utk pick up Am)
Am: ok..
Zol: alright, alright, alright
Am: see you later, call you ha?
Zol: okay man, see you.
Am: okay you guys, take care.
Am: hai,
Dee: hai sayang! can you drive?
Am: yeah...
Dee to Am's friends: bye!
Am: (lambai) see you guys!
(scene intro Ain, tengah sikat rambut dan siap2 ke tadika)
Ain: (pakai lipstik) hmm baru berseri sikit (senyum)
She left a note kat peti ais (she's lefthanded, ermm Aaron Aziz pon lefthanded kan? :P ) "Ain keluar pergi tadika Puncak Ilmu"
----------------------
Am tengah driving dengan Dee menempel kat dia.
Dee: Sayang..
Am: Hmm.
Dee: jom breakfast? Ker you nak breakfast I?
Am: I nak breakfast dengan bantal dengan katil I
Dee: I can be your pillow
Am: Wow, are yo sure?
Dee: Ermm sayang, you beli apa utk I?
Am: sayang sorilah tak sempat nak beli apa2. cari barang kak zah dengan mama pun, you know, tak sempat nak cari. Look, tak kisah kan I beli kat sana ker beli kat sini ker, yg penting you have me? Right?
Dee: You ni memang tau
Am: Sikit2 nak merajuk sikit2 nak merajuk
Dee: ya la yang you kedekut.
-------------------------------
(Ain tengah on the way pegi tadika Puncak Ilmu berjalan kaki, melalui kawasan perumahan mewah)
Ain bercakap dalam hati: (((((((((bilalah aku boleh duduk kat rumah macam tu kan? hmm org selalu cakap, tak semestinya kalau kita hidup mewah kita bahagia, betul ker ha? Tapi kalau kaya lepas tu baik, ha... tu baru betul. Ni tak kita ni melayu cepat sangat nak lupa bila dah kaya raya. Eh, entah2 kalau aku kaya pun mcm tu jugak tak. eee tak nak lah, Ya Allah jauhkan lah aku dari kufur nikmat Mu))))))))))))
Ain lintas tak tengok kiri kanan, tetiba kena hon dengan Am yg tengah drive kereta Dee. Ain mengangguk tanda minta maaf dan mengundur ke tepi jalan. Dee & Am memandang dengan pandangan meluat.
Ain bercakap dalam hati: ((((((((((Hensemnya mamat ni, ishhh kalau aku ada boyfriend macam ni, oh best nye!)))))))
Kat tadika Puncak Ilmu
Cikgu Zawiyah nampak Am sampai dengan Dee. Am masuk bawak barang.
Tak lama kemudian Ain pun sampai.
Ain bercakap dalam hati: (((((((((((aaah? Kenapa diorang ada kat sini?)))))))
Ain senyum kat Dee yg tengah tunggu dlm keta tapi Dee buat muka sombong
Ain bercakap dalam hati: ((((((((((((((Lah? hmmph sombongnya...))))))))))
Ain jalan masuk ke kawasan tadika.
----------------------------------
Cikgu baju dot-dot: Banyak awak hantar barang Adam?
Am: Big bos yg kirim cikgu, kenalah ikut. macam mana anak2 saya, ok?
Cikgu baju dot dot: mcm biasalah Am, hari hari raya kat tadika ni
Am: budak2 ni lah penghibur kita kan cikgu?
cikgu baju dot dot: awak dah nak balik ke.
Am: ha hantar barang jer. lepas ni nak mengadap mem besar kat rumah pulak
(cikgu baju dot-dot ni kejap2 panggil Adam, kejap2 panggil Am kejap2 panggil awak, ker telinga aku yg dah biol. hehe.)
Ain meninjau kelas cikgu Zawiyah dari luar.
Cikgu Zawiyah waved at Ain. Ain senyum sambil mengangguk.
Cikgu baju dot dot: saya mintak diri dulu ya
Am: baik.
Am nampak Ain kat depan pintu kelas. (background lagu: terpegun ku melihat kamu, bergetar hatiku memandang mu...)
Am: Cari siapa? (Ain terdiam) Awak cari siapa? (Ain terkebil2)
Ain: Saya cari cikgu Norazah
Am: naik atas tangga belok kanan, pintu pertama sebelah kiri
Ain: (angguk) ok..tq..(berbisik)
Ain naik ikut direction mcm Am bagi.
Am mcm nak ikut tapi teringat Dee tunggu dia kat luar.
---------------------
Am keluar jumpa Dee kat keta.
Am: Baby? hmm kak Za ada masalah sikit dekat tadika so dia minta I tolong dia sekejap, boleh?
Dee: oh baby I tak puas lagi nak lepaskan rindu I kat you...
Am: mlm ni I akan hilangkan segala2nya
Dee: Tipu! Nanti u bagi alasan nak berkepit dgn your mom pulak
Am: look... my mom buat apa? Mlm ni I janji just for you
Dee: betul?
Am: promise.
Dee: ok see you tonight
Am: Call you later
Dee: bye
Am: bye, drive safely tau.
Dee: ok
Am: jgn lupa, seat belt
(Dee gelak)
---------------------------------
knock knock knock
Kak Zah: masuk
Ain: asalamualaikum?
Kak Zah: waalaikum salam, cari siapa ya?
Ain: saya cari cik Norazah?
Kak Zah: ya, saya Norazah.
Ain: owh, saya Ain Hawani. Saya yang datang utk temuduga jawatan guru sementara tu.
Kak Zah: ok ok, sila. sila masuk. Duduk. Alhamdulillah sampai jugak yer Ain. Tapi setau kak Zah Ain punya appointment pukul 8.30 kan, dah lewat 1 jam ni, ada masalah ke?
Ain: Saya diberitahu interview saya pukul 9.30
Kak Zah: hmmph ok, tak per lah. Ain dah sampai ni, apa kata kita terus mulakan interview.
Ain: ok
Kak Zah: ok, kalau mcm tu... ok.. Ain isi particulars ni yek? And then gimme a minute kak Zah ada hal kat luar kejap. Nanti kak Zah masuk balik. Kejap aja ek?
Ain: ok.
---------------
Am tengah dukung baby dan main2 dgn baby kat nursery
Kak Cham: Kalau dah suka sangat dengan budak2 tu Am, kawin jer lah
Am: huh, kawin? Siapalah nak kawin dengan saya kak Cham.
Linda: hmmph atau pun Am ni memilih sangat tak? (hulur air) Nah
Am: Bukan memilih (bagi balik baby kat Linda), Zaman sekarang ni nak cari isteri bukannya senang.
Kak Cham: Cakap tu mcm tak minat langsung nak kawin. Sampai bila nak membujang Am. Awak tu bukannya muda lagi.
(Am nampak Kak Zah keluar dari pintu depannya. Muka Am berseri. Tandanya Ain tinggal sorang kat opis kak Zah)
Am: Angka tu tak penting kak, yang penting apa dalam hati.
Am tanya baby dlm dukungan Linda: Betul tak? betul tak? bye bye (Am menuju ke bilik kak Zah)
Ain baru lepas isi borang. Ain senyum tengok sekeliling dan dinding yg penuh dengan lukisan budak2 tadika. Dia amik beberapa helai lukisan binatang dan tersenyum2.
Ain: binatang apa ni eh?
Am muncul tiba2.
Am: Dinosaur, kan? (Ain terkejut sampai melambung semua kertas dari tangan Ain)
Am: (sambil tolong kutip kertas yang bertabur) tapi ada jugak yang merupakan kucing, merupakan anjing, merupakan burung jugak. But it's definitely a dinosaur. Point of view of a fine boy.
Ain cakap dlm hati: (((((((((((hmm ya Allah, Ain!! Kenapa jadi macam ni? Kau ni tak malu ker? ok... Rilex...))))))))))
Am: Awak ni siapa?
Ain: Saya datang untuk temuduga jawatan guru sementara.
Am: (duduk kat tempat kak Zah) Have a seat.
----------------------------
Kat nursery.
Kak Zah: Am ada masuk sini?
Linda: Am? Tadi ada. Tengah sembang tadi terus je pergi
Kak Zah: Pegi mana dia?
Kak Cham: Tak perasan pulak
Kak Zah: eh Am ni mcm biskutlah kejap ada kejap tak der. Nanti ingatkan saya nak suruh Am repair... apa tu... taman tu. nak cantik kan lagi ya?
Jun: ha tak pa kak Za, taman tu nanti ada masa... Jun tolong kak zah buat.
Kak Zah: aaa yg itu ok lah, tapi yang bertukang tu kenalah suruh Am tolong, eh?. Eh saya dah lambat, Ain ada kat dalam bilik saya. Elok elok eh?
---------------------------
Am: nama awak sapa?
Ain: kenapa nak tanya?
Am: kata nak temuduga. macam mana kak Zah nak temuduga kalau nama tak tau. Tapi kalau awak tak kisah, saya pun boleh. Boleh kita mulakan?
(Am hulur tangan playfully minta borang)
Ain: (dalam hati) ((((hmmm boleh tahan jugak dia ni. Isyyyyhhh tapi potonglah. tak tak tak. muka jer ok, tapi perangai K.o Huh!))))
Am: Ain Hawani bt Ismail. Nak panggil apa?
Ain: Panggil Ain je.
Am: Ain... (angkat kening sambil senyum)
Am: Jadi buat apa nak keja kat sini?
Ain: Kan ada keje kosong dekat sini?
Am: Ada jawatan kosong ker kat sini?
Ain: Takkan itupun awak tak tahu?
(mcm satu slot game dlm super spontan, soalan mesti dijawab dengan soalan. haha)
(kak Zah sampai)
Kak Zah: Hmmmm kat sini rupanya! Dah beli ke apa yang akak pesan.
Am: dah!
KAk Zah: Ah... apa yg Am tanya? Ada ke perkara yang tak munasabah tu?
Am: She's still in one piece kak. Don't worry. Am kan gentleman.
Kak Zah: Mmm dah muak lah kak Zah dengar.
Am: sama-sama kak, hmm?
Kak Zah: (senyum)ok. Sori terima kasih ye?
(walking away sambil kenyit kat Ain. Ain control terkejut. terbedil jugak dgn kenyitan Am)
Kak Zah: tu Am adik kak Zah nombor dua. He's a Pilot. kalau tak bertugas... ha kerja dia pegi dating outing itu jerlah. Sekali sekala saja datang sini tolong2 apa yang patut. Ok kita boleh mulakan, apa kata Ain perkenalkan diri Ain.
Ain: ok nama saya Ain Hawani binti Ismail. Saya berumur saya 20 tahun...
--------------------------------
Kat Rumah Am. Mak Am tengah penuhkan meja dengan makanan yang sodap sodap.
Am: Asalamualaikum.
Mama: Waalaikumussalam. haaa dah sampai dah (peluk Am)
Kak Zah: Macam setahun tak jumpa tau! Ngengada. (nampak pasu kristal) Ma! ini mesti favourite bakal menantu yang mama yang kasi.
Mama: Memang bab itu dia pandai. Tapi nak beli hati mama dia belum cerdik lagi.
Kak za: Expensive doh!
Am: Banyak duit!
Mama: Dah dah jom makan dah siap dah. Jom!
(kat meja makan)
Am: Untungnyalah bila dapat ibu yang perihatin SANGAT dengan selera anak dia.
kak Zah: Yesss. Ma, erin mana?
Mama: Dia ada kelas tambahan nanti petang dia balik. (to Am) heh?
Am: hmm.
Mama: Tadi Dee datang
Am: Tau. Dia cari kemarahan ma, tak
Mama: Dah berapa kali mama cakap kan?
Am: Ma dia ada kat situ ma, kat airpot. Nak buat macam mana? takkan Am nak malukan dia depan kawan2 Am semua tu. lagipun dia dah belikan that vase for you so considered dia dah pujuk dah lah hati mama eh?
Am: Ini kak... that girl Ain
kak Zah: Stop it! Dia bawah umur, ok?
Am: What are you talking about? She's 20 ok?
Mama: Am? Anak dara orang, tak baik!
(telefon Am berbunyi)
Mama: Please not this time.
(Am reject the call - from Dee)
Am: Dia sweet face tau ma. Cantik ma.
Kak Zah: Am please la. Dengan org luar boleh, ok? Dengan cikgu Puncak Ilmu, stop it!
Am: Ya lah. Am boleh belajar something from her (angkat kening sambil beliakkan mata)
Kak zah: eeeuu! Ma!
Mama: Am tak baik tau mainkan perasaan org nanti esok hati awak pulak yang terluka
Am: tak main apa2 la mama
Kak Zah: Hesyyyh. Ada jer jawab.
Mama: Hulurkan mama ayam tu.
----------------------
Ain: Assalamulaikum
Mak Lang: Waalaikumsalam. Oh! Ain. Lambatnya balik Ain. Dapat keje ke?
Ain: Dapat! hehe
Mak Lang: Alhamdulillah.
Ain: itu yg kak Zah bawak Ain tengok2 sekeliling tadika dan taska tu. Lepastu Ain dapatlah berkenalan dengan cikgu2 kat sana
Mak lang: oh ye ke...
Ain: Habis lambat sikit.
Mak Lang: Bila mulanya?
Ain: esok
Mak Lang: Esok? Ha elok lah tu sebab besok dah masuk bulan baru kan? Berapa gaji dia?
Ain: Tiga ratus setengah
Mak Lang: Alhamdulillah rezeki
Mak Lang: Nanti jangan lupa telefon mak bagitau dia Ain dah dapat kerja. Nanti risau dia.
Ain: Ya lah. Tapi Ain ingat esok pun Ain terus nak balik kampung lepas habis kerja.
Mak Lang: esok nak balik?
Ain: hmm nak jumpa mak. Sebab kalau dah mula keja nanti Ain dah sibuk. Susah nak dpt cuti.
Mak lang: Betul jugak tu. Yerlah. Nih Ain kalau nak makan, Ain ambik, Mak Lang dah perangat semua lauk2 dah. Tapi Mak Lang tak lah masak. Mak Lang beli jer
Ain: Takpa Ain tak kisah. Ain solat dulu ya?
Mak Lang: ha yer lah.
-----------
Am driving fast. Dia hon dan stop bila nampak Kak Long jalan sorang2 tepi jalan.
Kak Long: Eh?
Am: Hi!
Kak Long: Hi Am, you baru balik ke?
Am: Tak. Pagi tadi dah masuk dah. You, baru balik keje ke?
Kak Long: ha'ah tulah. I busy sikit sekarang, nak keluar pun tak der masa.
Am: Oh ye ke? (cakap laju2 --->) maknanya kiter dah tak boleh keluar lah? Ok bye! (cepat2 drive away)
Kak Long talking to herself: Aduih. Apasal aku cakap aku busy? kalau tidak kan aku dah boleh keluar dengan dia? eeeeeeeeeihhh.
----
Am dating dengan Dee.
Dee: Sayang.
Am: ya?
Dee: Aaa.. your mom suka tak yang kristal vase yang I bagi kat dia hari tu
Am: Sukalah. You ni kan kalau bab2 belikan orang you memang pandai. Macam mana you belikan I ni (tunjuk jam rolex dalam kotak hitam)
Dee: Sayang, utk you I sanggup buat apa saja asalkan saja you selalu dengan I.
Am: Mestilah sayang. Tetapi kenalah tawan hati mama I dulu. Utk kita, ok?
Dee: Pasal tu u jgn la risau. u know who i am (gelak). You suka tak?
Am: suka! fits (sambil sarung jam rolex ke tangan)
Dee: That's good.
-----------------
Kak Long tengok note yang Ain tinggalkan. Dia cepat2 ke bilik Ain. (terus buka, tak ketuk pintu pown)
----------------
Sedutan akan datang...
Mama: Mcm mana? Dah ada pilihan?
Am: Belambak
Mama: Tapi please ya bukan Dee. Ha Mama berapa kali tau terserempak dia dengan lelaki lain.
Dee nampak Am tengah bantu Ain kutip kertas dalam kelas.
Cikgu Zawiyah: Nak bagi tau dgn Ain sebab Ain org baru kat sini. Jadi Ain kena berhati hati dengan semua org terutamanya si Am.
Ain: Am?
Cikgu Zawiyah: Ha'ah.
-closing credits & theme song-
ni adalah fanscript sahaja. bukannya skrip sebenar. mintak mahap ler saya tak der skill menulis. Sebab tulah jadi pembaca :) Apa-apa pun harap2 KAMU suka :) Jangan merajuk lagi ya? And sorilah kalau dialog tu buat watak2 tu 'kedengaran' seperti org utara. haha. spelling dia ikut northen slang ya.
sure fine whatever
rinn
wow recap!!
ReplyDeleteni masa tengah rajin saja :)
ReplyDelete