Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, September 26, 2011

Review 530: Selamat Tinggal Sayang... by Ma Lee Chuswan


Selamat Tinggal Sayang... by Ma Lee Chuswan
Rm20.90
440 mukasurat

"Dalam soal hati... benarkan perempuan tidak pernah dewasa?"
-Daripada penulis 'Best Seller' Permata Hati

Saya tak fikir panjang masa mula2 nampak buku ni di rak buku dalam
MPH sebab memang ramai yang rekemen saya untuk baca buku ni.
kebetulan pulak bajet cukup so dapat lah beli.. sebaik saja abis
exam, buku nilah yang pertama saya capai setelah 2 minggu menahan
diri dari membaca novel2 sebab kena study la for exam.

Latar cerita seorang gadis 'the ugly duckling' yang bertukar
menjadi 'swan' disulami kisah cinta selepas kawin memang pasti akan
memikat hati pembaca-pembaca novel yang sukakan kisah cinta genre
seperti ni.. Bagi saya cinta di antara Puteri dan Hakim lebih kepada
tarikan seksual. tak terasa pulak cinta mereka berputik dari hati,
lebih kepada tarikan fizikal antara lelaki dan perempuan.

Dee suatu masa dahulu adalah seorang gadis tomboy yang tak pedulikan
penampilan diri sbg wanita. Khabar sedih yang dibawakan kepada Hakim
membuat Hakim menangis sendu dalam dakapan Dee dan mereka terlanjur.
Kerana bimbang Dee akan mengandung, mereka bernikah, tetapi Dee malu
bila mendapati dirinya tidak mengandung lalu membawa diri. Beberapa
tahun kemudian mereka ditakdirkan bertemu dalam satu syarikat yang
sama, yg kini dimiliki Hakim. Dee yg kini dipanggil 'Puteri' jauh
berbeza dari Dee hingga Hakim langsung tidak mengenalinya. Manakala
bagi Puteri, Hakim tetap bertakhta di hatinya dan tak dapat mengawal
perasaan terhadap Hakim hingga mengganggu prestasi kerjanya. Sedikit
demi sedikit Hakim mula menyedari yang Dee adalah Puteri. Rasa cinta
yang amat mendalam kepada Hakim menjadikan Puteri berani dan
meluahkan perasaan kepada Hakim. Ntah la kenapa Hakim berat nak
menerima Puteri sedangkan Puteri tu isterinya dan memang sah2 dia nak
kat Puteri tu. Dia meletakkan syarat, sekiranya Puteri dapat menakluk
hatinya dalam masa 6 bulan, barulah dia akan menjadi milik Puteri
sepenuhnya. Rasanya Puteri amik masa 6 minit saja utk 'menakluki'
Hakim. Hakim serba salah kerana ugutan bapanya supaya dia berkahwin
dengan anak rakannya, kalau tidak masa depan adik kesayangannya pulak
akan menjadi taruhan sbb kalau bukan Hakim, adiknya pulak yg akan
dikahwinkan dgn anak lelaki rakannya tu yang terkenal dgn sikap buaya
daratnya.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun...
cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian
puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng
zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu
kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang
kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur,
terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab
yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka
bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus
bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...

No comments:

Post a Comment