Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, September 21, 2011

Review 507: Kerana Dia Cinta by Izza Aripin


Kerana Dia Cinta by Izza Aripin
Terbitan Kaki Novel
RM18.00
485 mukasurat

"Cinta itu anugerah-Nya...
Jangan ada benci antara kita..."

Nak kata citer ni biasa, tak biasa sangat, ada kelainan yang berjaya disulam penulis ini.. Kalau anda jenis pembaca yg suka meneka sambil membaca,mungkin tekaan anda akan tersasar sepanjang membaca buku ini. saya suka elemen 'tak sangka' bila membaca dan kehadiran 'jiha' dlm kisah ini memang saya tak sangka. Perkaitan antara Emma dan Dena juga saya tak sangka walaupun sifat pendengki tu sejibik sejibon sama jer. Ending berbentuk epilog yg disampai kan penulis mengingat kan saya kepada sesetengah movie yang diakhiri dgn captions mengenai apa yg terjadi kepada watak2 tertentu dlm movie tu :) cara yg baik utk membuat kesimpulan. tak semuanya berakhir dan dpt disimpulkan. penulis seperti membayangkan ada sambungan mengenai kisah Ryan yang makin menghargai cinta. Amani/Gia seperti berjaya menyuburkan cinta dalam hati2 yang sebelum ni cintakan dunia, cintakan harta tetapi terkilan juga bila mata ibu bapanya masih buta dan masih mengagungkan kekayaan duniawi. Bagi saya ending kisah ini perfect buat Gia/Amani dia berjaya membuat Ryan menghargai cinta dan dia akhirnya dpt suami yang menghargai dirinya. Penggunaan lenggok dan bahasa inggeris yg sangat baik, yg kadang2 susah nak jumpa dlm novel melayu.

hmm rasa mcm nak cari karya2 Izza Aripin sebelum ini seperti 'Segalanya Cinta' dan 'Sofi' :)

Mengisahkan Gia yg berkelulusan tinggi sanggup menyamar sbg pembaca pruf semata2 utk mengintip bakal suaminya, Ryan yg sanggup mengahwininya semata-mata utk menyatukan dua syarikat besar. Ryan terus terang menyatakan dia takkan mampu memberikan cinta tapi Gia mahu berkahwin atas dasar cinta. Gia kantoi apabila Dena (kawan baiknya) membocorkan identitinya kpd Ryan. Gia terlalu berharga buat diri Ryan dan dia tak mahu Gia merosakkan segala galanya.

Perkahwinan diteruskan dan ternyata segala-galanya mampu ryan sediakan kecuali cinta. Ryan seperti memperalatkan spt boneka utk ditayangkan kpd rakan2 perniagaannya. Gia hidup dalam kekecewaan. Kekecewaan yg dibawa ke Cameron Highlands menemukan dia dgn keluarga yg serba sederhana dan mendekatkan dirinya pada yg ESA. Apb dia disahkan mengandung, dia cuba menanam niat dlm diri utk memenangi cinta Ryan, Kalau pun Ryan tk dapat memberi cinta, kesetiaannya mungkin sudah mencukupi. Semasa ketiadaan Gia, Dena memasang perangkap utk Ryan dan Gia overheard yg diorang pernah tidur bersama. Gia dilanda kecewa lalu membawa diri sekali lg dn kali ini dlm keadaan sarat mengandung. Gia ditemui tapi bayinya sudah tiada... semua orang menyalahkan Ryan terutamanya keluarga Ryan sendiri. Gia menggunakan peluang ini utk minta dilepaskan dari ikatan perkahwinan ini. Penceraian ini menjadikan ibu bapa Gia sangat marah lalu menyingkirkan dia dari keluarga. Gia membawa diri ke luar negara. Dia kembali sbg Amani yg ayu bertudung. kali ini dia bukan sahaja menarik perhatian Zeek malah Ryan turut meluahkan rasa cinta tak berbelah bagi buatnya.

aduih.. byk nyer nak citer.. baca sendirilah yer.. kalau orang yg suka citer kawin2 paksa ni mesti suka citer nih.. teringat perbualan telefon ngan cp pagi tadi.. dia baru nak rekemen novel ni tapi kebetulan kitorang sama2 abis baca buku ni last night.. :)

sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Dlm perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dgn Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumahtangga yg dibina reta menanti belah. Hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena utk mengejar cintanya. Terhimpit dgn beban perasaan yg semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami adalah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dgn hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.

Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yg lara ke perantauan bersama dendam. Masa yg berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sbg Amani yg sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yg masih luka diketuk oleh cinta Zeek yg hadir tanpa diduga. Dlm dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.

Siapakah di hati Amani? adakah dia menerima cnta Zeek dgn redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana Dia Cinta... membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.

Kerana Dia Cinta... kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban, Dena rela bermusuhan, Rezman percaya pada cinta.

Kerana dia Cinta... kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta, Fahrein berjaya mencapai cita-citanya, Zeek menemui cinta sejatinya.

Kerana Dia Cinta... kerana Allah, Nurjia Amani menemui cinta abadi.

No comments:

Post a Comment