Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, September 21, 2011

Review 509: Misteri Julia by Zaifuzaman Ahmad


Misteri Julia by Zaifuzaman Ahmad
Terbitan Alaf 21 Sendirian Bhd.
RM11.00
300 muka surat

"Satu insan dua wajah
satu wajah dua insan"

hmm satu insan dua wajah tu rasanya merujuk kepada Harun/Rizal,
manakala satu wajah dua insan tu merujuk kepada Rina/Julia. Antara
citer thriller yang sangat predictible. memang awal2 lagi sudah buleh
meneka Harun adalah rizal kerana watak rizal sering melihat 'lukisan'
wajah isteri dan anaknya and turns out harun tu pelukis.. so ermmm
macam buleh teka la.

Mengisahkan Julia yg diburu oleh seorang lelaki yg menuduhnya telah
menghasut isterinya utk menyertai pertubuhan ajaran sesat lalu
kumpulan itu membunuh diri beramai-ramai. Julia tidak tahu apa2. Julia
lebih byk mengadu kpd sahabatnya, dan bukan pihak polis. cuma nak
ujung2 cerita barulah dia report polis dan panggil sahabatnya tinggal
sekali. Rizal pun seakan lambat bertindak, mungkin saja nak bagi Julia
(yg dianggapnya Rina) lebih takut, tapi apa motifnya menyamar sebagai
Harun sedangkan di akhir cerita dia main redah jer ke rumah Julia.
Anwar terkorban dan cintanya tak kesampaian sbb Julia tak layan dia
langsung. Rina pulak telah insaf dan dengan mudahnya terlepas dari
genggaman Rizal yg lebih byk menumpukan kepada Julia yg dianggapnya
sbg Rina.

sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:

Datuk Dahlan Pengurus Hotel Impiana di Port Dickson telah menawarkan
Julia bekerja di tempatnya. Datuk Dahlan amat berkenan dengan
kerja-kerja Julia yang dikendalikan di sebuah hotel bertaraf lima
bintang di Johor Bahru dan terus melamar dia bekerja di hotelnya.
Disebabkan gaji yang ditawarkan begitu lumayan, Julia bersetuju dengan
tawaran itu.

Anak Datuk Dahlan, Anwar begitu tertarik dengan Julia. Malangnya Julia
tidak suka. Sebaliknya dia telah terpikat dengan seorang pelukis
bernama Harun. Julia telah mengupah Harun melukis beberapa buah gambar
lukisan yang difikirkan perlu untuk hotel tempat dia bekerja. Semakin
hari hubungan mereka semakin intim dan bibit-bibit cinta mula berputik.

Sepanjang perkhidmatannya di hotel itu, Julia diganggu oleh
panggilan-panggilan misteri. Makin hari makin kerap Julia
ditakut-takutkan. Akhirnya Julia buat laporan polis. Melalui orang
tengah, Julia dapati lelaki itu menyangka beliaulah yang menyebabkan
kematian isteri dan anak lelaki itu. Siapakah Julia sebenarnya?
Benarkah tuduhan lelaki itu?

No comments:

Post a Comment