Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 4, 2010

Review 243: Kau Yang Bernama Seri by Bikash Nur Idris


Terbitan Rhythm
Kau Yang Bernama Seri by Bikash Nur Idris


"Sekali kau sudi menerimaku, sejuta kali aku akan setia... Sekali bumi beredar menerbitkan bintang di angkasa bernafas di dada langit, selagi itu kau kucinta."


ceritanya simple tapi saya saaaaaaaangat suka. Rasanya tak der la benda yang tak logic, part Za'ba paksa bas yang Seri naik tu boleh diterima la.. hehe kewl!


Bila baca 3 buku bikash berturut turut, i can see her improve in her writing. gaya penulisan, bersahaja, santai, kelakar memang sebati dengan Bikash Nur idris dan itu yg menarik org membaca. kisahnya dlm Kau yg bernama seri ni simple, kisah dua orang sahabat baik Seri dan Za'ba. Mereka yakin mereka bersahabat tetapi org sekeliling menganggap hubungan mereka lebih dari itu. Seri ni mcm garang dan keras sikit, tapi sikat sensitif seorg perempuan tetap ada. Za'ba pulak antara pemuda paling hensem di kolej dan memang suka tengok pompuan cantik. Seri yakin dia ngan za'ba takkan lebih dari kawan sbb dia bukan secantik perempuan2 lain. Tetiba saja seri didekati Siti yg ada agenda tersendiri.


Za'ba ni kalau tak dpt pujuk seri, dia cari laa kakak2 dia sebagai pengantara, even his mom and dad just to make seri talk to him.


Sure fine whatever


Bersahabat lebih baik dari berkasih.Bermasam muka dalam persahabatan masih mampu bertaut kembali dalam hubungan mesra. Sebaliknya sekali hati dilukai dek kekasih amat jarang memulihkan perhubungan sebagai sahabat.


Seri lebih rela menjadi sahabat Za'ba. Pertengkaran yang timbul adalah bunga-bunga mesra yang berputik di setiap pertemuan mereka. Kehadiran Siti Nurliza mengelirukan suasana persahabatan mereka. Dapatkah Siti Nurliza menghancurkan perhubungan suci antara Seri dan Za'ba? Adakah selamanya mereka terus bergelar sahabat tanpa timbul perasaan lain?

4 comments:

  1. hi akak.. nk tumpang tanya, buku kau yg bernama seri nih akak jual x?

    ReplyDelete
  2. adela, buku ni ada satu copy saja and not for sale. sekarang ni yg ada extra copies for sale cuma 'ombak rindu' dan 'mulanya satu cinta' sahaja.

    ReplyDelete
  3. Adela, kalau masih berminat nak beli buku Kau Yang Bernama Seri ni, emel me as soon as possible. I have one new copy dan masih berbalut. my email rinn.jay.you@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam. Sis ade nk jual novel ni lg tak? puas cari dh ni. huhu

    ReplyDelete