Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 4, 2010

Review 246: Tangisan Senja Harapan by Bikash Nur Idris


Terbitan Rhythm
Tangisan Senja Harapan by Bikash Nur Idris


"Tangisan senja berbunga harapan tika senja mengorak lalu..."


cepat rasanya bila baca buku nih.. 215 mukasurat semuanya. ceritanya padat, lepas satu satu lepas satu satu, ada saja kisahnya. rasa macam penulis nak cepat habis kan cerita nih. terlalu byk spelling mistakes tapi tk mengganggu jln cerita. saya tak pasti ni buku bikash yg ke berapa tapi biler baca buku ni mmg nampak penulis masih baru tetapi cara penulisan bikash memang santai dan semakin meningkat biler baca buku2 dia yg terbaru. so this book mcm a good practice la..lagi satu, time stamp yg digunakan masa alisa tulis diari tu ok la, tapi masa yang last2 tu tahun pada tarikh tu terpatah balik setahun, dari mula kisah ini bermula tahun 1999 tapi masa dia tulis diari last sekali tu time stamp kat bab tu adalah tahun 1998, berpatah balik setahun lah pulak.


Tangisan senja harapan ni mengisahkan Alisa yang pergi ke kota utk mencari adiknya, Sufi yg telah lama hilang dan terperangkap sbg gadis taruhan dlm perlumbaan motosikal.


Watak sufi ni, err mcm mana ek nak cakap, dia terlalu cintakan Awie (yg pernah memperkosanya semasa mabuk) dan sanggup menjadi taruhan dlm pelumbaan yg Awie sertai, membantu awie melangsaikan hutangnya yg mencecah 10,000RM. Awie masih mencintai Sufi tapi merelakan sufi jadi gadis taruhan yg menjadi hadiah kpd sesiapa yg menang perlumbaan. Takkan la orang yg serius cintakan seseorang sanggup biarkan org yg dia cinta beralih dari satu lelaki ke lelaki yg lain.


saya suka interaksi Im dan Wisya. tapi boleh ke sesorang jatuh cinta melalui erita seorang teman? mesti si Lisa promote sakan Wisya kat Im :). Arie tak berperanan besar sangat dlm kisah ni. Cuma dia memang betul2 cintakan Lisa dan tak berganjak sedikit pon dari keputusannya walaupun kawannya Faiz bersungguh-sungguh nakkan Lisa.


masa mula2 kemunculan WILD memang dah tau sapa dia tu.. hehe :)


sure fine whatever


Sinopsis Belakang buku:


Demi kasihkan adiknya Alisa tekad utk mencari adiknya Sufi walau di mana saja berada. Hasratnya tidak diketahui keluarga walaupun ibunya sendiri. alisa ke kuala lumpur. di sana alisa menumpang di rumah ibu saudaranya. dalam menurut jejak adiknya Alisa sering diburu oleh lelaki-lelaki yang ingin menagih kasih darinya. Pun begitu Alisa tidak mudah menyerah sehinggalah hadirnya Arie yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Berjayakah Arie menagih cinta Alisa? Tergugatkah cinta Arie setelah dia mengetahui rakan baiknya sendiri turut memendam rasa terhadap Alisa?

No comments:

Post a Comment