Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, November 2, 2010

Review 239: Dilema Salina by Ahadiat Akashah



Dilema Salina
Penulis: Ahadiat Akashah
RM13.90
269 mukasurat
isbn 9839216205


Dilema Salina ni tak sangka pulak kisah seorg lelaki yg di persimpangan utk memilih jalan hidupnya. Nak ikut naluri kewanitaannya atau pun mengikut lumrah yg telah ditetapkan Allah kepadanya. Dalam mengikuti Salina yg dalam keadaan serba salah, kita turut dibawa menyingkap kisah lalu Salina. Bagaimana dia bermula dari sebuah keluarga kecil ke sebuah keluarga lain yg lebih berada dan langsung membawanya ke keadaan sekarang.


Naluri seorg anak membawanya mendekati wanita yg melahirkannya sebagai Azmil dan dia kembali sbg Salina, kawan kepada Siti, adik bongsunya. Mungkin pertalian darah membuat mereka mudah mesra walaupun tak seorg pun sedar siapa Salina sebenarnya. Sanusi abg sulung dia jatuh hati pulak kat Salina! adui mata keranjang. Dia tengok cantik lawa, terus fall love. Kalau la dia tau Salina tu adalah Azmil yg jadi tempat dia sepak terajang masa kecik2 dulu mesti terus nak bunuh diri. haha.


Sikap Sanusi membuat Salina membuat keputusan utk pergi dari situ. Dia bermuhasabah diri dan kembali kepada sifat asalnya sebagai lelaki. Dia membina keluarga bahagia dan menjadi lelaki bertanggungjawab. Setelah bersedia, dia kembali menjejak keluarganya, tapi hanya Siti yg tinggal. Ibunya dan Sanusi telah kembali ke rahmatullah.


Cerita yg menunjukkan bahawa pilihan di tangan kita. Kita boleh pilih utk pilih yg benar atau yg salah.


sure fine whatever
alongside


blurb/sinopsis belakang buku:


"Dia di dalam dilema,
dilema yg tak mungkin dimengertikan,
dilema yang hanya dirasakan Salina..."

No comments:

Post a Comment