Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 4, 2010

Review 248: Sambutlah Cintaku by Bikash Nur Idris


Sambutlah Cintaku
Penulis Bikash Nur Idris
Terbitan alaf 21 Sdn. Bhd
RM 11.00
296 mukasurat


Antara buku terawal yg pernah saya baca. Seronok membaca interaksi
antara Aiman dan Datul.


Datul awal2 lagi dah under estimate kebolehan Aiman. akhirnya Datul
dan Aiman bercinta tapi pada masa yg sama, adik Aiman (amir) pon syok
kat Datul jugak dan menuduh Aiman mencuri org yg dia kasihi. walaupun
dah kawin ngan Datul, Aiman menjauhkan diri dari Datul sbb rasa
bersalah dgn aiman. ntah la.. mcm tak patut la Aiman buat macam tu,
Amir tu budak2 lagi peh tu main tuduh2 jer, macam la confident sgt
Datul nak kat dia kalau Aiman tinggalkan Datul.


perasan tak watak aiman dan datul muncul lagi dalam novel Bikash
bertajuk Kau sayangku. Datul masih keras kepala tak abih2.. hehe..


sure fine whatever




sinopsis belakang buku:


Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.


Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan
benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.


Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.


Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman
bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

No comments:

Post a Comment