Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 25, 2012

RinnTis: Reorganizing, Merging

blog kesayangan aku di multiply aku dah stop update berikutan announcement dari Multiply yang bakal beroperasi untuk tujuan marketting sahaja. Aku dah migrate blog dan review dari sana ke blogspot sebagai back up dan kenang-kenangan untuk blog review multiply. Sangat ramai rakan-rakan pembaca dan penulis-penulis yang aku dapat berkenalan secara maya dan secara peribadi di sana. Sekarang dah masuk zon memory-lane :)
 
 
Blog yang aktif aku kemas kini adalah blog RinnTis ini. Tapi memandangkan posting aku pun dah berterabur dan terasa sangat banyak blog nak kena maintain so aku akan buat kerja-kerja reorganizing dan merging posts dari multiply dan blogspot. Rak-rak shelfari kat atas tu yang entah tahun bila last aku update pun aku dah lupa, aku ingat nak delete supaya nampak clear sikit. tak der la tersumbat sana sini rak-rak yang tak dikemaskini tu. Dalam proses kerja-kerja mengemas ni, mungkin aku tak berkesempatan nak update dengan lebih kerap.
 
Sneak Peek dan sinopsis novel aku akan update di gengkicap.blogspot seperti biasa. Kalau korang nak updates boleh lah ke sana, sebab aku mungkin kurang aktif di sini untuk beberapa ketika sebab lebih banyak buat kerja-kerja belakang tabir.
 

 
Lagipun sekarang ni aku rasa review aku dah masuk nada-nada makcik-makcik zaman tak moden yg berleter dah. Macam dah tak sesuai dengan kumpulan pembaca zaman millenium sekarang ni. Tak semua dapat menerima teguran makcik-makcik ni, tak kira penulis atau pembaca sendiri. Ada yang suruh jangan beli buku tu kalau tak suka. Masalahnya dek, selepas dah beli (kadang2 org hadiahkan) dan dah baca buku tu, barulah kita tahu apa yang kita nak perkatakan tentang buku tu.
 
Memandangkan dah hujung-hujung tahun ni aku menyusun jari memohon maaf zahir dan batin (macam raya pulak) sekiranya ada tulisan dan teguran aku yang menyinggung perasaan penulis dan rakan-rakan pembaca sekalian. Apa yang aku taip itu adalah apa yang terlintas di kepala. Aku mohon maaf sangat-sangat jika ada yang tidak kena. Mungkin aku patut juruskan review aku kepada summarization atau sinopsis sahaja selepas ini demi menjaga hati dan perasaan yang membaca. Terima kasih atas teguran dan dorongan semua.
 
Kepada yang sudi 'memburu' buku untuk aku, 'memburu' bersama-sama dengan aku, menghadiahkan buku, meminjamkan buku, JUTAAN TERIMA KASIH aku ucapkan. Terima kasih juga buat penulis-penulis yang sudi bagi feedback untuk review-review aku. Maaf jika ada yang 'terlebih sudah'. Terima kasih juga pada penulis-penulis yang susah payah contact aku untuk request review novel mereka dan komen. Aku terharu ;_;
 
Entry tahun 2012 ini aku akan tutup dengan koleksi gambar-gambar penulis untuk tahun 2012. Kenalilah wajah-wajah mereka yang telah berkongsi ilmu dan memberi hiburan kepada kita-kita yang suka baca novel nih. (dalam post yang selepas ini ya!)
 
TERIMA KASIH! JUMPA LAGI DI TAHUN 2013.
 
p/s: target buku ke-1000 terpaksa dianjak ke tahun depan. Tahun ni tak dapat cecah 800 buah buku pun! huhu...
 
sure fine whatever
Rinn
 
 
 
 

3 comments:

  1. Huuuu sedihnya ;(( Saya pun dah tak update MP. Mungkin saya akan tutup terus.. rindu betul dengan kenangan lama tu.

    Kak, macam akak kadang2 saya pun rasa dah jadi makcik2 pula. Padahal kita pun ada hak untuk komen kan? Hmm..takpelah, saya teruskan berlaku jujur dengan diri sendiri hee ;))

    Ps: Camna nak sampai target 1000 buku tu? *rolledeyes*

    ReplyDelete
  2. Airina. three words for you. I MISS YOU! :p

    ReplyDelete
  3. Miss you too sis ;))

    Macehhhh sebab jadi kawan baru di fb ;D

    ReplyDelete