Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, December 3, 2012

Buku 720: Sehiris Bulan by Hafizah Iszahanid

Cover sehiris bulan yang serba oren :) Buku ni lah peneman aku ke Kuantan

meRinnTis Blurb/back cover

nampak mcm tak tebal sangat tapi lebih 500 muka surat juga.

penanda buku

butiran penerbitan

novel ini ditamatkan di mukasurat 511. :)
 
Sehiris Bulan
Penulis: Hafizah Iszahanid
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
Editor: Shasha Maryam
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
511 muka surat
 
Indah bahasa. Indah cerita. Indah penghujung. Aku senang dengan karya ini. Jiwa kewartawanan dan kemanusiaan memenuhi ruang kisah Lili Julia, Adlan Huzairi dan Engku Effendi. Rasa tidak kena sudah muncul bersama watak Adlan Huzairi. Jejaka yang menambat hati Lili Julia. Adlan orang seni yang romantis. Memang mudah jatuh hati padanya. Seorang yg mengikut kata hati membuat dia oriented untuk mengejar cita-cita sehingga tidak fikir natijah di sebaliknya. Aku memang frust biler LJ jatuh hati pada Adlan.
 
Lili Julia dan Engku Effendi adalah insan yang setia pada cinta. Sukar mengikis cinta pertama. Kassandra Pullman yang namanya muncul di awal cerita kelihatan tidak padan dengan Engku Effendi namun perjalanan Lili Julia ke Afghanistan menemukan dia dengan wanita itu dan pada masa itu barulah kita mengerti mengapa Engku Effendi memilih Kassandra Pullman. Dia wanita hebat yang bijaksana. Lili Julia mahu membantu Engku Effendi mendapatkan semula cintanya.
 
Zaira juga berjiwa seni. Tapi obsesinya terhadap Adlan memakan diri sehingga mempengaruhi emosi dan akalnya. Tak sedar diri menumpang, dia mahu merosakkan kebahagiaan orang yang memberinya tempat berlindung. Cinta buta membutakan hatinya.
 
Aura kekeluargaan dalam cerita ini sangat nyaman. Mereka tenang menghadapi dugaan demi dugaan yang melintang depan mata. Doa mereka dimakbulkan dengan manis sekali :)
 
sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis
Hidup ini pelik, dan bahagia itu subjektif.
Sesetengah orang pula bahagia itu adalah kemuncak kerjaya.
Sesetengahnya pada membahagiakan keluarga.
Lili Julia, wartawan muda yang hatinya terpaut pada jejaka berjiwa seni, Adlan Huzairi. Malangnya pula lelaki itu berkongsi rasa dengan Zaira. Nota cinta Adlan Huzairi sentiasa menghujani hati Julia namun bagi Zaira, Julia itu bagai ahli sihir yang menghalang segala kehendak hatinya kepada Adlan.
Hati, sebenarnya apa yang kau mahu?
Hati, sebenarnya masihkah engkau dihambat rindu?
Engku Effendi masih mengharap cinta tidak kesampaian daripada Kassandra Pullman, namun bondanya Engku Mahani, mahu dia teguh membina perasaan terhadap Lili Julia.
Sehiris bulan di langit mengumpul selaut rasa tulus perasaan seorang manusia dlm pengembaraan rasa untuk menemui cinta. Lili, Zaira, Adlan dan Engku Effendi mereka adalah pemain wayang di bawah cahaya bulan berona perasaan!
Sehiris Bulan
HAFIZAH ISZAHANID menukangi Sehiris Bulan dgn bahasa yg indah dan sedap dibaca. Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 kategori cerpen dan peserta Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) 2011 ini tahu apa yang perlu untuk anda lihat dan dengar dalam karya terbaharunya ini.


 

No comments:

Post a Comment