Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, December 25, 2012

Buku 724: Untuk Semua Dosaku by Rin Ahmad

Cover Untuk Semua Dosaku karya penulis baru kaki novel Rin Ahmad
 
untuk maklumat lanjut novel ini, boleh ke blog tertera :)
 
meRinnTis Back cover/blurb
 
butiran penerbitan
 
kisah ditamatkan dimuka surat 618
 

book mark. latarbelakang merupakan biodata penulis. untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran

ruas binding karya sulung rin ahmad
 
coretan penulis :)
 
 
 Tajuk: Untuk Semua Dosaku
Penulis: Rin Ahmad
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM22.00
sabah/sarawak: RM25.00
618 mukasurat
habis dibaca dalam tempoh 1 hari sahaja
 
 

Bagi aku kalau penulis memilih untuk menyampaikan tema cerita yang menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca, dia kena persiapkan diri untuk menghadapi teguran/kritikan/pendapat pembaca. Menulis karya berani perlu datang dengan keberanian untuk menghadapi teguran2 tersebut. Jiwa pembaca di luar sana tidak sama. Jgn expect hanya pembaca blog yang membaca novel yang diterbitkan, apabila diterbitkan, jangkauan novel tersebut adalah lebih jauh dari dunia blogging.

Walaupun orang dah bosan baca ayat ni dalam review aku, tapi aku nak sebut juga. Novel ini budak-budak tak sesuai baca. Risau aku bila tengok budak darjah 5/6 dah usung novel yang tajuknya kita dah tau ada adegan yang budak2 tak sesuai baca. pesanan berulang kali begini adalah sebagai reminder kepada parents utk pantau tajuk-tajuk buku yang anak2 pilih untuk baca.

Dari segi penulisan, Rin Ahmad kelihatan jauh lebih matang gaya penulisannya berbanding beberapa penulis KN yang kelihatan sangat muda gaya penulisannya.

Tajuk yang dipilih untuk novel ini juga mungkin sudah hint kisah yang bakal diketengahkan penulis.

Bagi yang kurang selesa dengan penceritaan bersulam flashback mungkin akan terasa rimas. Penulis menyulam tiga time frame serentak dalam karya pertamanya ini; iaitu ketika di Jerman, di malaysia sebelum kahwin dan di malaysia selepas kahwin. Bagi aku cerita-cerita setiap time frame ini jelas diceritakan namun mungkin cara letaknya di dalam novel kelihatan bercampur.

Dosa lalu takkan terampun hanya dengan terjadinya sebuah perkahwinan. Sebuah perkahwinan takkan menyebabkan terampunya dosa lalu. Taubat nasuha adalah satu-satu jalan penyelesaiannya. Allah adalah penentunya.

kisah cinta di Jerman adalah ketika cinta nafsu meraja di dada. cinta tidak menjadikan syed azri terlanjur dengan nur lisa kerana dia terlalu mghargai cinta itu. cinta syed azri teruji apabila hati nur lisa berpaling pada Dia Yg Maha Pencipta. Ketenangan yg dicurahkan Lydia membuat nur lisa sedar kesilapan lalu. dia cuba mengajak syed azri utk sama2 berubah namun syed azri mahukan lisa yg dipandang sbg yg ceria, seksi dan manja yang tidak tipikal. ada ke mnja yg tidak tipikal :)

lisa terpaksa memilih utk berpisah dgn syed azri kerana jika terus bersama, dia akan sentiasa dihimpit dosa. tanda koma yg mulanya diletak dlm hubungan mereka terpaksa dinoktahkah. lisa menyimpan impian utk menjadi isteri kpd lelaki yg mampu memimpinnya ke syurga dan pastinya syed azri tak masuk senarai.
 
sepanjg tinggal bsama ada yg pnah mabuk, ada yg pakai seksi, ada yg isap ganja tapi tak pernah terlanjur.

watak adik Lisa tu ala-ala musuh dalam selimut. Sangat licik. Lisa terpaksa berkahwin dengan Syed Azri apabila rahsia yang cuba ditutup terbongkar juga. Dapatkah Lisa membawa Syed Azri ke pangkal jalan?

sure fine whatever
rinn

1 comment:

  1. USD ... cerita menarik, kisah yg mmg ade trjadi dlm realiti bukan je kat obersi but di mesia pon it happen - idea fresh n byk pengajaran!
    sgt suke USD

    ReplyDelete