Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, September 13, 2012

Review 694: Sunan Musafir by Ramlee Awang Murshid


Sunan Musafir
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan Grup Buku Karang Kraf Alaf 21
Editor: Mazuen Yahya
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00


Bukunya tak derlah tebal sangat tapi harganya mencecah RM22. Rasa mcm mahal pulak. Tapi mengenangkan ini siri terakhir dalam dwi trilogi Bagaikan Puteri, beli jer lah. Tengok2 kat dalamnya ada poskad special :)


Aku happy sangat2 dengan kemunculan semula Ratna yang membuatkan aku sangat puashati dengan penutup kisah panjang ini. Aku memang lebih suka Ratna berbanding Haryani walaupun Haryani yang muncul dahulu sebelum Ratna.


Kisah ini bersambung setelah Sunan separuh abad umurnya. dia membawa diri ke Pinggir Hulu Melaka bersama keluarganya. Andika merupakan satu-satunya darah daging Sunan yang sudah melewati usia remaja, namun tidak banyak keistimewaan Sunan yang diwarisi Andika, malah Andika sendiri tidak tau siapa sebenarnya ayahnya yang lebih dikenali sebagai Kiyai Kelana itu.

Mushaf kisah Laksamana Sunan menarik minat Andika dan Gadul untuk mengenali siapakan pahlawan misteri itu. Gadul tu mmg spesis tak sayang mulut. Cakap lepas.

Pertemuan dengan Yang Suri ketika Andika dan Gadul dibenarkan ayahnya berdagang ke hulu melaka telah membuahkan rasa cinta di hati muda anak teruna Sunan. Kegagalannya membayar cukai menyebabkan Andika ditangkap dan diseksa Panglima Deris. Saifudin datang menuntut anaknya untuk ditukarkan dgn senaskah AlQuran namun ditolak lalu ditawarkan agar mengalahkan Harimau berantai. Harimau Berantai menerima dengan angkuh, manakala Kiai Kelana sabar dan sudi menerima tawaran itu. Yang Suri nekad menawarkan diri sebagai galang ganti sekiranya Kiai Kelanan gagal muncul di hari perhitungan. Part ni ada style citer kungfu cina nyer jalan cerita. Panglima Deris cepat menerima kerana dia memang dah berkenan dgn Yang Suri yg cantik jelita.


Setelah persetujuan dicapai, Andika dibawa pulang. Yang Suri menyusul namun Kiai Kelana (sunan) mengarahkannya pulang dengan segera. Dia tak merestui hubungan Andika dengan Yang Suri. Deria Sunan pastinya dpt merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Yang Suri yang polos dan comel itu.


Kiai Kelana melayarkan kisah Laksamana Sunan kepada Andika (dan Gadul) agar resah Andika memikirkan Yang Suri menjadi surut. ternyata kisah laksamana sunan membuat Andika teruja. Gadul tu over teruja. Bila Kiai Kelana nak berenti solat, Gadul terlebih kecewa ala-ala seperti perserta 'who wants to be a millionnaire' yang terpaksa menunggu iklan habis untuk mengetahui jawapannya betul atau tidak. :)


RAM banyak bermain dengan flashback dalam kisah ini. Bagi yang kurang gemarkan gerakkan cerita ke belakang sekali sekala, mungkin ada cepat berdecit. Namun bagi saya susunan flashback nya kemas dan cukup mendebarkan membuat kita tertanya-tanya di manakah Ratna? Adakah dia ibu kepada Andika?


Bagaimanakah cara Sunan membuat 'comeback' sebagai pahlawan semasa bertarung dengan Harimau Berantai? Saksikanlah sendiri penamat dwi trilogi hebat ini :)


sure fine whatever
rinn


blurb/ sinopsis belakang buku:

Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.


Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat2nya ternyata bukan satu perjalanan yg mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang dewi itu isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? atau sekadar jelmaan?


Pada tahun 1531 - Saifudin yg sudah berusia memutuskan untuk bermukim di pinggir Hulu melaka. Dia mengisi hari tuanya dgn menghambakan diri kpd Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Bejayakah Saifudin menewaskan mereka?


Ramlee AWang Murshid dalam karya terkini Sunan Musafir, lebih byk bermain dengan ruang dan waktu lebih menitik beratkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, Allah itu mencukupi segala-galanya.


No comments:

Post a Comment