Biar Cinta Bertaburan
Penulis: Yusnida Tajudin
Terbitan: Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00
458 mukasurat
"Cinta dan kebahagiaan, dapatkah ia berjalan seiringan?
Atau sekadar hanya mampu terbiar bertaburan?"
Aku memang gemar mengumpul nota mengenai panduan doa dan tips keagamaan dari novel-novel yang aku baca. Panduan doa dan tip2 keagamaan memang sangat berguna dalam kisah ini tetapi penceritaan keintiman Ayesha dan Emeer aku rasa lebih dari sepatutnya. Rasanya terlalu banyak kali ditekankan bertapa hensemnya Emeer dan bertapa cantiknya Ayesha. Disebabkan cerita ini dikisahkan dengan penggunaan 'aku' bagi merujuk kepada Ayesha, kadang2 terasa macam Ayesha tu suka perasan dirinya cantik ;) tapi memang dia cantik pon, kalau tak, tak derlah lelaki sehensem Emeer tu jatuh cinta tahap ultrabatman kat dia.
Kisah bos-setiausaha yang bermula dari atas dasar kerja berubah kepada hubungan hati. Tema yang tipikal tapi terasa lega juga setelah beberapa kali asyik ulang baca kisah kahwin paksa saja dari penulis yang berbeza-beza.
Emeer dan Ayesha lebih banyak memendam perasaan sebenar di awal cerita kerana status Emeer yang sudah bergelar tunangan orang. Tahun-tahun yang berlalu menjadikan mereka lebih akrab tanpa melibatkan soal hati. Setelah 3 tahun, Emeer sudah mula menzahirkan perasaannya melalui tingkah laku dan percakapan. Ayesha tidak mahu salah sangka dengan signals yang dihantar Emeer dan cuba berlagak seperti biasa. Namun hatinya semakin terusik dengan perhatian yang diberikan Emeer.
Kunjungan Emeer ke kampung mengeratkan lagi perasaan mereka. Emeer semakin selesa sementara Ayesha semakin serba salah. Dia tidak mahu menjadi punca putusnya pertunangan antara Emeer dan Lyana Arisa yg baik hati tu.
Walaupun kisah ini tidak panjang atau terlalu tebal, terasa cerita sedikit meleret di pertengahannya tetapi rentak berubah setelah sesuatu yang tidak dijangka terjadi di antara Emeer dan Ayesha. Memang unexpected. Jarang ada penulis yang membiarkan watak-watak utamanya hanyut dalam tuntutan nafsu sebelum ada sebarang ikatan. Nasib baiklah Emeer sanggup bertanggungjawab tetapi Ayesha pula yang keberatan. Setelah mendapat restu keluarga Emeer barulah Ayesha berubah fikiran tambahan pula selepas kejadian Emeer ditikam Rashdan yang turut menyimpan perasaan terhadap sahabatnya sendiri, Ayesha. Ayesha mahu merawat sendiri Emeer lalu memohon dia dinikahkan dengan Emeer. Orang yang punya sengih paling panjang tentulah Emeer walaupun cedera berdarah-darah.
Entah kenapa aku kurang puas hati dengan cara penerimaan keluarga Emeer terhadap ketelanjuran antara Ayesha dan Emeer. Ia adalah satu dosa yang sangat besar tetapi semua org kelihatan tiada masalah dengan kejadian itu. Malah Emeer pulak sangat happy dan kedua-dua mereka tiada rasa bersalah, malah Emeer siap boleh berjenaka mengenai kejadian itu. Atau adakah aku yang terlalu primitif dalam bab2 mcm ni di zaman sekarang?
Kisah selepas kahwin bergerak pantas pula berbanding pertengahan cerita. Dugaan masih ada walaupun mereka sedang menunggu kelahiran anak pertama. Ini menjadikan ending cerita perfect dan tidak terasa tergesa-gesa. :)
sure fine whatever
Rinn
sinopsis dari website KN
Sinopsis:
Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau. Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.
Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu. Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?
Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam. Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja? Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan?
Owh! Begitu kah? Kalau tengok kat GR, berderet ramai yang suka kisah ni.
ReplyDeleteTetiba saya komen kat sini ya kak! Biasalah di opis, MP di block hee ;))
Airina :) happy to see you here :)
ReplyDeletebiasalah Airina, taste pembaca berbeza-beza. Ceritanya memang menarik dan romantis. Rasanya ramai yang jatuh hati dgn Emeer kot :) ermmm GR tu apa?
Wahhhh rinn dah tkr umah br ye...hikhikhik
ReplyDeleteGR 2 rasanya group review, klu x silap la...
Rinn, novel ni kita bc beberapa bab jer lps 2 trus lompat ke bab t'akhir...huhuhu
klu tgk GR yg kat fb rasanya semua buku dia org ckp best tp bila bc rasa nak ketuk2 jer..grrrrrrrrr
Ya, terpaksa la beransur-ansur masuk rumah baru sebab multiply bakal tutup disember ini. harap2 rakan2 multiply sudi la jengah2 rumah tak berapa nak baru saya ni. Masih lagi terkulat-kulat guna blogspot sbb memang tak mahir bab setting2. Tulah antara sebab saya suka multiply yang memang dah terhidang depan mata, tinggal nak taip di ruangan yg betul saja :)
ReplyDeleteowh... GR tu group review! ada juga member rekemen masuk situ. Ada juga member yg bagi tau review saya pernah di paste di situ. Nak paste kat mana pun boleh, asalkan sebut sumbernya dari mana. :) thanks for visiting :) saper ni? tak der nama pun :)
salam dek akak pun peminat tegar novel2 tempatan ne,teringin nk meluah kan gak ape yg tersimpan kat ati akak ne dek.andai akak terlebih komen mohon maap ye!amat betul ape yg adek luah kn tu dek...cam ne yek bile dah terlanjur antara Adam n Hawa tulah silap nye dek,parent wat benda ne cam small matter je,seharus nye Halal n Haram tk bolih diambil ringan dek,kena peka lh!bab novel ne akak rase amat di minati gak generasi muda kite...iktibar n panduan tu bakal jadi ikutan.so kena selit kn gak faktor2 yg ade kaitan ngan Dosa Pahala.la ne dah macam2 jadi ari2 ade je kes buang BAYI!sape salah???dan yg amat tk bolih terima tu ,leh dikata kn peratus nya orang kite![islam] parent jgn lh wat tk kisah je bila ank dah terlanjur.oh sori dek terlalut lak.pembacaan ne teramat leh wat panduan.tapi dek setakat ne koleksi novel simpanan akak yg dah akak telaah banyak gak leh wat iktibar kat anak2 muda,bab ade terselit halal haram,menutup aurat.agama,hormati ibubapa yg bolih dikutip kat anak2 muda!penulis2 muda dah pandai sampai kan n selit kan gak unsur2 cinta yg terbatas,tk lh gak meleka kan.tapi!tk lojik gak dek kalu novel tu terlalu keagamaan sngt,kalu nk cam tu ade gak novel yg berunsur agama.akak amat sokong pd penulis2 ne yg bukan setakat anak muda je nk beli novel,akak ne cam dah ade group yg dh yg lewat ne tuk tunggu novel2 baru yg bakal diterbit kn.sape dapat info dulu cepat2 calling2 geng2 ibu ne tuk dapat novel tu.syabas n good luck pd penulis2 muda ne agar terus berkarya,asal leh wat panduan pd setiap pembaca yg tk kenal usia...mohon maap andai akak terlebih komen.
ReplyDeleteKak Rinn ;)
ReplyDeleteGR tu Goodreads. Kalau group review tu saya tak pasti pula, yang saya tahu di GR tu sebab saya dah buka akaun di situ. Lebih mudah dan cepat di situ la kak. Saya suka. Lagi-lagi bila leh letak quotes ;D
Saya setuju dengan Kak Norihan tu. Sekarang ni saya lihat novel keluaran KN (ampun ya!), bagai sudah tak kisah akan hal-hal seperti itu. Saya tak nak KN jadi seperti Fixi.
Rinnnn...lamanya x jengah umah awk ni. dah b'tkr rupanya (^_^)
ReplyDeleteniera skang dah jd selektif klu nak bc novel. cemuih asyik kluar citer yg sama cuma penulis jer b'beza. niera lbh suka novel yg santai jer skang ni. xde info apa2 pun xpe asalkan x merapu meraban / plot yg buat org grrrrr atau plot yg x msk akal...klu bc novel yg merapu meraban mula la si Rossa Roslan hangin x henggat...
akak norihan :) panjang lebar luahannya. Ya saya faham detik hati seorg pembaca bila ada rasa tak puas hati tu, memang tercari-cari ruang utk meluahkan perasaan. Tu lah antara sebab saya review novel2 yang saya baca. Ya lah kak, makin ramai penulis muda berbakat sekarang ini. Sampai tak terkejar nak membaca semuanya. kalau ikut hati nak beli semuanya, tapi nak membaca pulak tak cukup masa. Too many books too little time :)
ReplyDeleteAirina, owh GoodReads!! aakak pun ada akaun di situ. tapi baru uplod berapa butir, dah stop. Tengoklah nanti mungkin akan jadi silent reader di sana. akak belum penah baca Fixi.
Nieraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (dah mcm bini tarzan jadinya). Weh hang ngan rossa pi mana tenggelam susah nak timbul!!!?? Kalau niera jumpa citer santai yg best2 info lah kiter. nak baca jugak! Rossa tu, kalau tak der angin pun dia berangin. hehe ampun Rossa! maaf zahir dan batin. Raya lagi nih :)
hahahahahah........kita org ada jer. rossa skang busy skit. kita org klu sembang pun kat ym. tiap2 hr..hehehehhe
Deleteciter santai setakat ni yg niera suka si mangkuk tingkat, senyum sampai langit-js, persis puteri-fp,dlm diam ada cinta-bp, hey aku kenal cinta-alaf..buku2 ni semua nipis2 jer & semua new writer tp x mengecewakan. cuba la rinn, story pun ringan xde la senak otak dgn info / point yg x msk akal...(^_^)
novel Nasz-lazuardi pun dah kluar tp bg niera sweet sour lg best. lazuardi 2 mula2 jer xcited lps 2 dah buhsan...huhuhuhu