Seindah Gubahan Kasih
Penulis: Mina Mahanie
Terbitan Kaki Novel
Cetakan pertama: Mac 2007
Harga: RM18.00
416 mukasurat
"Kasih yang mekar ini, kugubah indah di taman hatiku."
Secara keseluruhan, idea cerita ini menarik dan mengingatkan saya kepada telenovela La usurpadora! Lakonan Gabriella spanic yang cantik tu. Menarikkan? Paulina bertemu Carlos Bracho. haha tak sangka aku boleh ingat lagi kisah tu. Erman macam Carlos Bracho, Syirah macam Paula dan Syirin macam Paulina. hehe..
Ada part2 yang saya rasakan kurang logik tetapi menarik dalam novel ini.
Syirin seorang gadis yang kehilangan ibu bapa dan menyara hidup adiknya Mimi. Syirah sudah 5 tahun menghilangkan diri mengejar impiannya utk menjadi kaya. Syirah kembali akhirnya dan sempat menceritakan mengenai perkahwinannya dgn lelaki kaya yang mementingkan duit dan mensia-siakan isteri sendiri. Syirah dan Mimi terlibat dlm kemalangan yg meragut nyawa Syirah dan Mimi hampir lumpuh. Syirin memerlukan perbelanjaan yang sangat besar utk memulihkan Mimi (tak disebutkan pulak berapa RM yang diperlukan untuk rawatan Mimi).
Syirin seorang gadis yang kehilangan ibu bapa dan menyara hidup adiknya Mimi. Syirah sudah 5 tahun menghilangkan diri mengejar impiannya utk menjadi kaya. Syirah kembali akhirnya dan sempat menceritakan mengenai perkahwinannya dgn lelaki kaya yang mementingkan duit dan mensia-siakan isteri sendiri. Syirah dan Mimi terlibat dlm kemalangan yg meragut nyawa Syirah dan Mimi hampir lumpuh. Syirin memerlukan perbelanjaan yang sangat besar utk memulihkan Mimi (tak disebutkan pulak berapa RM yang diperlukan untuk rawatan Mimi).
Syirin ni baik orangnya tapi awal2 lagi biler bertemu Erman dah ada scene kissing. Bagi Erman dia sdg cium isterinya tapi bagi Syirin.. Dia cuba nak explain tapi Erman tu dah terlalu paham dgn sikap Syirah yang bermuka-muka so dia anggap kata2 Syirin tu alasan semata-mata.
Secara realitinya rasanya org sebaik Syirin tentu takkan membiarkan dirinya tinggal serumah dgn abg iparnya dan menyamar sbg kembarnya. Erman dah citer yang perkahwinan mereka sebenarnya ada tempoh kontraknya dan mereka hanya perlu meneruskan lakonan sbg suami isteri yang berbaki sebulan. Mungkin sebab itu Syirin merasakan dia akan selamat di rumah Erman. Lagipun Erman sanggup membayar jumlah wang yang diperlukannya
Dgn kebenaran yang masih menjadi rahsia, Syirin meneruskan lakonan sbg isteri Erman yang dipanggil "Nurul".
Sebenarnya Erman tu kawin ngan Syirah sbb nak mengelakkan adik iparnya, marwan dari terus menggatal dgn Syirah. Dia nak adik dia Ardini hidup bahagia dgn Marwan dan anak mereka. Dia menawarkan duit yang banyak utk Syirah supaya mengahwininya dan meninggalkan Marwan.
Erman sudah mengesan perubahan 'Syirah' masa mula2 bertemu Syirin tapi dia sangka Syirah saja menyamar dan memberi alasan sbb setahunya Syirah tu sebatang kara, tak der sanak saudara.
Erman sudah mengesan perubahan 'Syirah' masa mula2 bertemu Syirin tapi dia sangka Syirah saja menyamar dan memberi alasan sbb setahunya Syirah tu sebatang kara, tak der sanak saudara.
Syirin memaksa dirinya bersetuju dgn syarat Erman dan tinggal dgn Erman selama sebulan sbg isteri Erman yang elegan. Tajuk 'Gubahan' tu sesuai dgn keistimewaan syirin yang pandai membuat gubahan bunga yg cantik-cantik.
Gaya penulisan yang tidak longgar tetapi ada sedikit kelemahan dalam melakar situasi yang lebih believable. I look forward to more books by this author :)
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku:
Lima tahun menghilangkan diri, akhirnya Syirah kembali. Namun, kepulangannya kali ini hanya seketika. Kemalangan ngeri yang telah meragut nyawanya itu telah mendorong Syirin, adik kembarnya, untuk mencari Erman, abang iparnya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini. Dia terpaksa mencari Erman untuk melunaskan hutang yang tertunggak.
Erman pula tidak pernah mencintai isteri yang dikahwininya itu. Dia hanya mengahwini Syirah atas agenda tersembunyi yang hanya diketahui oleh mereka berdua.
Apabila Syirin berjaya bertemu dengan Erman, Erman berazam untuk memenangi semula hati 'isteri'nya itu supaya agendanya mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.
Dapatkah Syirin melayari hari-hari yang mendatang sebagai bayangan kembarnya dalam mengubah jambangan kasihnya dengan Erman di Vila Impian? Sanggupkan Syirin menghadapi risiko tersingkapnya identiti dia sebenar setelah hutang dilunaskan?
Dapatkan Seindah Gubahan Kasih untuk mengetahui sama ada perasaan sebenar antara Erman dan Syirin boleh dicampuradukkan dengan rancangan mereka tersendiri.
terimakasih kerana membaca SGK. kalau nak tahu perkembangan terkini tentang novel-novel dari mina mahanie, jemputlah lawati http://minamahanie.blogspot.com
ReplyDeletekak mina, terima kasih bagi link :) dan terima kasih sudi jengah sini :) nanti saya tambah link tu kat list saya
ReplyDelete