Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, September 8, 2009

Review 21: Kompilasi Selimut Malam by Samsiah Mohd Nor


Tajuk: Kompilasi Selimut Malam
Penulis: Samsiah MOhd Nor
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2001
isbn: 983-8934577
Harga RM21.90


"Mampukah digumpal seribu rasa benci..."



Sebenarnya dah lama dah abis baca kompilasi ni. Hari ni baru tergerak nak buatreview. Mood membaca tengah bagus, taknak ler stop2. :) termasuk buku ni mau ada7 buku yg aku tak review lagi. huhu...


Kompilasi ni mengandungi 3 cerita karya Samsiah MOhd Nor.


1. Selimut Malam

2. Koqin Karemo

3. Bebunga Lalang



Koqin Karemo aku dah siap baca n review lama dah dulu. Selimut Malam dgn Bebunga Lalang memang tak penah baca lagi. Selimut malam ngan Bebunga Lalang mcm ending tergantung, tapi ramai peminat2 SMN suka sangat dengan kompilasi ni. Bagi org yg macam aku yg minat citer2 happy ending ni susah sikit la nak terima hehe.. tapi perjalanan kisah cinta mereka menarik utk diikuti.



Cerita 1: SELIMUT MALAM



Reo adalah seorg jejaka kacak yg terkenal dgn sikap playboynya. Dia jatuh cintapada seorg gadis manis, Alia. Mereka bercinta dan kemudian terpaksa berpisahsementara ketika Alia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alia sedih bila dia kembali kerana sudah lama Reo tidak menghubunginya. Dia sangka Reo sudah ada kekasih2 baru lalu melupakan dia.



Alia pi cari Reo kat rumah dia tapi mereka sekeluarga telah berpindah setelahsatu tragedi berlaku. Pencarian Alia berakhir apabila dia menemui Reo, adiknyaSuria yg kini tinggal bersama ibu mereka di tempat lain. Tetapi keadaan Reo sangat menyedih kan. Dia terlantar di pembaringan setelah terkena buatan orangyg dengkikan Reo.



Cinta Alia terlalu setia dan suci untuk Reo, lalu dia menolak cinta lelaki2sempurna fizikal spt Herman dan Bunyamin.Atas persetujuan Alia, mereka berkahwin dan memulakan hidup sebagai pasangansuami isteri. Bunyamin kecewa dan cuba dekat dgn Alia dgn cara bertunang dgnSuria, adik Reo.Reo kesunyian apabila Alia sering balik kerja lewat. Alia cuba sebaik mungkin utk meluangkan masa untuk Reo, namun tuntutan tugasnya semakin menekan dan Reosemakin kecewa dan mengadu pada ibunya. Reo ni dlm keadaan sensitif perasaannya sbb dia lumpuh kaki dan tangan. TAmbah-tambah ibu mertuanya (ibu Alia) galakmenyindir dirinya yg serba kekurangan.



Alia terjebak dgn Bunyamin. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, mereka terlanjur sehingga Alia mengandung. Reo terdengar perbualan mereka lalu merajuk panjangdan menghembuskan nafas terakhir tk lama selepas itu.



Kesian Alia meneruskan hidup dlm keadaan mengandung. Herman cuba memikat Alia tapi Alia spt tidak memberi jawapan pasti sehinggalah cerita ini ditamatkan.

-----------------



CERITA 2: KOQIN KAREMO



Kisah cinta remaja STPM skolah. Pelik betul nama watak utama dalam citer ni, 'koqin karemo'. Sikap dia pun pelik gak. Mak pak dia hantar belajar skolah kat kg sebab kat bandar dia ni macam tak belajar. Kehadirannya di sekolah baru menarik perhatian. Sikapnya memikat hati beberapa pihak, dan turut juga mengundang rasa tk puas hati beberapa pihak. Bila latar belakang keluarganya terbongkar, dia anak orang kaya rupanya. Tetiba jer gadis yang amat membencinya (Julina) berubah menjadi mesra. Koqin agak tersentuh dgn kehadiran gadis ini sebab wajahnya seiras dengan x girlfrend dia. Rakan sekelasnya ARsila menyimpan perasaan kat Koqin ni sehingga sanggup mempertahankan Koqin bila dia dituduh melawan ketua pengawas. Persahabatan dgn ARsila dan Ajak menjadikan Koqin lebih menitik beratkan pelajaran.


perhubungan Koqin dan Juliana dicemburui boipren Julina, merangkap ketua pengawas yg memang dendam ngan koqin ni. Koqin kena blasah teruk dan Julina pulak menjadi sangat caring kat koqin ni. Arsila mula rasa cemburu. Koqin sudah mula memahami perasaan ARsila dan hanya tersenyum dengan sikap Arsila yg resah, bila peperiksaan tamat barulah koqin meluahkan perasaannya terhadap arsila.


Saya kurang suka dgn nama pendek yang diguna untuk Arsila, iaitu Ars.. kalau in english, macam sensored jer bunyi nyer.. Wanita kat cover tu siapa ye? tak nampak remaja seperti watak2 dalam citer ni pon, takkan mak koqin kot :p :)


sure fine whatever

rinn

----------------------------



CERITA 3: BEBUNGA LALANG



Bebunga Lalang mengisahkan seorg gadis bernama Flora. Dia ni sedih sbb tunang dia, Boko baru meninggal dunia dlm sebuah kemalangan dan masa tu dia tengah exam. Abis semua paper dia fail sbb menurutkan hati dia yg walang. Kehadiran Johan membuat dia resah sbb Johan mahu mengganti tempat Boko di hati Flora.



Lama la jugak Flora nak menerima Johan. Di saat Flora mula membuka hatinya buat Johan, dia sedar, kawannya Dzuliga pundok syok giler kat Johan, walaupun sah-sah dia bertepuk sebelah tangan. Flora serba salah sbb dia merasakan dia semakin hilang Dzuliga sbg kawan.Bagi aku, kalau Dzuliga tu gadis yang baik hati, sopan santun, tak pa la jugaksi Flora ni korbankan cinta dia pada Johan tu. Masalahnya Dzuliga tu perangai buruk bebenor. Siap sabotaj FLora dan sentiasa buat Flora kelihatan tak baik di mata rakan2 yg lain dan Flora memang tau tentang perkara ni, malah Dzuliga tu mcm talam dua muka.



Saya rasa tak berbaloi Flora mengorbankan kasihnya demi persahabatan dgn org macam Dzuliga yang memang kita nak elak bertemu dan berkawan. Saya rasa keputusan yg diambil Flora sia-sia dan belum tentu Johan mahu menerima Dzuliga tu.



sure fine whatever

rinn



sinopsis:



Setianya bak kemboja berguguran setelah di dinoda teman sendiri. Hidupnya pulabak bebunga lalang ditiup angin tanpa arah, walaupun pohon sindora setiamenanti. Lalu dia meratapinya dlm tangisan bulan madu yg diselimuti malam,setelah maya pusara menggamit Reo pulang.

5 comments:

  1. novel koqin karemo 2 available lg ??

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. klo nk beli novel neh macam mana??papa contact d email saya kasehshimi@gmail.com..xpon d no fon neh...0125690209..amat2 perlu novel 2..thanks..

    ReplyDelete
  4. nanti saya cek for selimut malam. rasanya ada. will get in touch soon :) i'll emel u.

    ReplyDelete
  5. Ada sesiapa yg tahu dimana sya boleh beli novel koqin karemo..please beritahu..sya sanggup beli..kenangan bersma seseorang yg telah arwah....😔😔😔..mohon email sya detcore1976@gmail.com. Trma ksh

    ReplyDelete