Dedalu di Hati by Anita Aruszi
Terbitan iBook Publication
RM22.00
isbn: 9789832748533
Cetakan Pertama: 2007
638 mukasurat
"Antara rindu, dendam dan budi... Ku dambakan kasih yang abadi"
ni kali kedua saya baca karya Anita. Bukunya tebal2 wo. So masa mood membaca tengah bagus nilah kiter capai buku yg tebai2 sikit. hehe. nampaknya penulis ini memang suka memasukkan elemen misteri dan thriller dalam kisah2 romantis yang diketengahkannya. Memang menarik untuk dibaca hingga ke mukasurat terakhir. Suspen lah jugak memikir kan dpt ker hero kawin ngan heroin last sekali. macam la tak der benda lain aku nak pikir. haha.
Kisah ini tentang Hadzril dan Aleya yang sama2 kehilangan ibu bapa dalam sebuah kemalangan jalan raya. Mereka masih terlalu muda. Bezanya antara mereka, Hadzril ditinggalkan bersama kekayaan yg melimpah ruah, manakala Aleya anak miskin yg terpaksa dihantar ke rumah anak2 yatim kerana tiada waris terdekat.
Hadzril kesian dgn budak berusia 8thn itu dan dgn bantuan Doktor Badrul, Hadzril membantu Aleya dari jauh. Aleya membesar dengan pemerhatian dari jauh seseorang yg dipanggilnya daddy. Hadzril cuba mendekati Aleya ketika menggantikan rakannya sebagai pensyarah di kuliah Aleya. Dia juga memastikan Aleya menjalani praktikal dan bekerja di syarikat miliknya kerana dia mempunyai agenda yang besar utk membela nasib Aleya.
Namun kasih Irina tak dapat ditolak mengenangkan jasa Doktor Badrul. Aleya nekad tidak mahu menghancurkan hati Irina, anak kepada lelaki yg disangkanya daddy. Dia memang anak angkat Doktor Badrul tetapi dia tahu lelaki itu bukan daddy nya selama ini yg selalu dihubunginya secara online. Dia tidak merasakan kemesraan ketika bersama Doktor Badrul. Apabila Hadzril mengetahui anak lelaki Doktor Badrul turut menyintai Aleya, dada Hadzril jadi sesak dan dia tak senang duduk.
Di samping itu Hadzril juga cuba membongkar misteri kemalangan parents dia yg dipercayai pembunuhan terancang. Dan siapa sangka petualang nya adalah salah seorang yg sangat hampir dengannya. Siapa?
sure fine whatever
rinn
blurb/sinopsis:
Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas2 dia menatap waajah gadis itu. Wajah Aleya keihatan comel dlm tidurnya. Mengingatkan peritiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang.
Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas2 dia menatap waajah gadis itu. Wajah Aleya keihatan comel dlm tidurnya. Mengingatkan peritiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang.
Irina memerhati gerak-geri Hadzril yg tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan raut wajah Hadzril. Dari kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril, segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yg diinginkan menjadi pelindung dlm hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya.
No comments:
Post a Comment