Membaca Ceritera Rindu by Leeya Myra membuat aku teringat-ingat pada Sufi, heroin DURI. So apa lagi... jom baca DURI (utk kali keberapa pun aku dah lupa dah.) :)
Duri by Fauziah Ashari
Terbitan Intens Media 2006
"Ku dengar nafasmu dihembus angin yang menyapa"
Sekali imbas cover novel ni macam citer misteri/seram. Bila tengok nama penulis macam terfikir pulak, Fauziah Ashari buat genre lain pulak ke :) Gelapnya cover novel ni ni segelap watak utama dalam kisah ini. Bagi saya, heroin citer ni, Sufi, very memorable. dia bukanlah heroin typikal novel melayu tentunya sangat berbeza dengan watak-watak heroin novel yang lain.
Walaupun watak Sufi ni agak 'gelap' tapi kita most of the time akan take her side kerana bertempat la tambah2 biler berhadapan dengan orang2 seperti Zhaf dan ibu mertuanya, Durrah. Memang terasa 'baru buku bertemu ruas!' :)
Kisah ini berkaitan dengan kawin paksa sebenarnya. Si adik (Nuri) tiba2 jer pergi ke luar negara demi mengejar impian dan cita2nya. Si kakak (sufi) dipujuk keluarga utk mengambil alih tempat adiknya agar majlis diteruskan. ah.. citer typikal lah pulak... tapi kena teruskan bacaan.. :)
Sufi kelihatan pasrah menerima keputusan keluarganya tapi sebenarnya dia mempunyai rancangan licik untuk menuntaskan dendam yang sudah lama bersarang di hati. Zhaf, suaminya bukanlah target utama misi ini, tetapi Durrah, ibu Zhaf. Pertembungan Durrah dan Sufi memang menarik. Buku bertemu ruas. Sufi bukan seperti wanita2 tabah typikal dalam kbykan novel yang tabah menerima 'serangan' kehidupan, berdikari dan pemaaf. Suri akan membalas balik. Ibu mertuanya tak jemu2 memasang jerat utk menyingkirkan Sufi dari keluarganya tapi bila Sufi balas balik, teruk la Durrah tu kena.
Zhaf yang masih cintakan Nuri menggunakan Sufi utk menjejak kekasihnya di USA. Sufi ditinggalkan selama 3 tahun utk berada dekat di sisi Nuri. Dia kembali setelah Nuri meyakinkannya yg dia akan kembali dalam masa 3 bulan tetapi kemudian Nuri bgtau pulak dia tak jadi balik, dia hanya akan balik 2 tahun kemudian. Zhaf terkilan. sufi mencabar Durah yang dia akan mengandung dan melahirkan cucu Durrah dari keturunannya yang akan mencemar keturunan Durrah yang sering menghina dan mencaci ibu yang memelihara Sufi, seorg perempuan yg pernah bekerja di kelab malam. Durrah panik dan memang dia dah warning kat Zhaf jgn sekali2 sampai Sufi tu mengandung.
Durrah semakin membenci Sufi tapi Sufi bijak mengambil hati bapa mertuanya dan dia menjadi orang kepercayaan bapa mertuanya utk mengendalikan syarikat.
Tak susah utk Sufi menggoda Zhaf. Sufi tak buat apa pun, Zhaf tu yang mudah tergoda. Zhaf mula berbelah bagi kasihnya antara sdik dan kakak yang tak boleh dimadukan. Nuri kekasihnya dan Sufi memang sedia maklum tentang itu, malah dia seperti tak kisah dgan hakikat itu. Zhaf pulak yang jadi tak menentu.
Selepas satu perbalahan dgn Sufi, Durrah terlantar sakit dan lumpuh. Seronok betul si Sufi tu menyakat dan menyindir ibu mertuanya. Durrah tak mampu membalas walau dgn satu suara kecil. hanya mata dia meliar menunjukkan protes. Tak ada pulak rasa kesian saya kepada Durrah tu sbb saya menyebelahi Sufi lah masa ni :)
Zhaf pernah berkata yang dia cuma akan melepaskan Sufi setelah Nuri kembali kpdnya. Akhirnya Nuri kembali tetapi Zhaf sudah keberatan utk melepaskan Sufi. Durrah yg semakin sembuh meletakkan syarat yang Sufi mesti keluar kalau Zhaf mahu dia mendapatkan rawatan. Zhaf terpaksa akur. Sufi menghilangkan diri bila Zhaf tak memberikan sebarang keputusan mengenai status dirinya. Dia pergi bersama kandungan yang semakin membesar. Impiannya terlaksana utk melahirkan cucu Durrah dari keturunan yang sering dihinanya. Ada lagi sambungannya.. tapi kena baca sendiri lah utk mengetahui apa punca sebenar Sufi betul2 bara dengan Durrah tu :)
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.
Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.
Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
RM21.50
510 mukasurat
No comments:
Post a Comment