Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, August 26, 2010

Review 190: Antara Benci dan Rindu by Ida Farisya


Antara Benci dan Rindu
Penulis: Ida Farisya
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
537 mukasurat.


"Aku benci zaman silamnya tapi aku rindu pada kasih sayangnya."


Buku ni aku baca tanpa meletakkan sebarang expectation kerana secara umumnya aku tahu ni cerita kawin paksa. Mungkin jugak sebab sebulan dua ni, buku2 yg aku capai kebanyakannya membicarakan cerita kawin paksa sehingga aku susah nak differentiate setiap satunya. But this one somehow stood out.


Cerita ini bermula setelah penceraian berlaku antara pasangan yg awalnya berkahwin secara paksa. Ceritanya diselangseli dgn flashback bagaimana tersiksanya Ifa menjadi isteri kepada lelaki seperti Yusrizal. Penceritaan present-past yang dipersembahkan sangat kemas dan tidak mengganggu pembacaan. Malah kisah Ifa sangat menyentuh perasaan dan tangkap nangis lah.


Ifa menghilangkan diri selama kira2 5 tahun. Dan kemunculannya semula telah menarik perhatian Yusrizal dan keluarganya yg mahu dia kembali sbg isteri Yusrizal. Ifa sudah serik dan bertegas tidak sekali-sekali akan menerima Yusrizal semula. Penceraian mereka dulu berpunca dari Yusrizal yg menduakan Ifa, malah memadu asmara dgn kekasihnya, Anne di rumah mereka. Nasib baik lah masa Rizal kantoi tu adiknya ada sekali. Tak dapatlah Rizal nak mereka2 cerita utk memburukkan Ifa.


tempoh 5 tahun nyata telah merubah Rizal yg sudah bercerai dgn kekasihnya Anne. Perubahan itu juga menjadikan Rizal tekad utk menerima Ifa semula demi menebus segala dosanya terhadap Ifa.


Daniel, bekas kekasih Ifa sebelum dia berkahwin dgn Rizal, cuba memikat semula Ifa tetapi Ifa menolak kerana Daniel tu dah bertunang. Dia tak nak melukakan hati tunangan Daniel. So semasa ibunya memerlukan wang segera utk menampung kos pembedahan, Ifa langsung tidak menghubungi Daniel, tapi sebaliknya mencari Rizal utk bantuan kewangan. Bagi aku RM30,000 utk seorg pensyarah spt Ifa bukanlah sesuatu yg membebankan. Rasanya nilai tu agak rendah, lainlah kalau dia memerlukan RM100++ ribu dengan segera. Rizal setuju menyerahkan RM30ribu dgn syarat Ifa menjadi isterinya semula. Ifa terpaksa bersetuju demi menyelamatkan ibunya.


Menjadi isteri Rizal buat kali kedua memang jauh bezanya. Dia dilayan bagai puteri dan Rizal adalah lelaki yg sgt budiman tetapi Ifa masih lagi tidak dapat melupakan Rizal yg dulu. Dapatkah Rizal yg gentleman dan romantis tu mencuri hati Ifa?


scene Ifa kena culik tu aku rasa mcm 'add on' saja, tapi scene tu menambahkan elemen thriller ke dalam cerita ini. Aku lebih suka cerita ini sebelum Ifa dan Rizal berkahwin semula. Lepas diorang kawin tu biasala, Rizal tu terlebih romantik lah pulak.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb belakang buku:


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorg lelaki yg dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.


Dalam masa yg sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorg wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.


dlm usahanya mengelak utk jatuh cinta dgn Yusrizal, semakin banyak sifat positif yg terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dgn kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.


apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.


sinopsis di website Kaki Novel:

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.


Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?


Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.
Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.


Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.
Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

No comments:

Post a Comment